Masih Ada Yang Marah =='

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
25/11/2011 : 9.17 PM (jumaat)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .


okay . tengku taknak kata apa :) kita senyum selagi mampu sebab tengku dah biasa dengan situasi mcm neh . cuma apa yang tengku boleh nasihatkan , kalau tak tahu hal sebenar jangan hanya tahu menyalahkan atau marahkan seseorang tu . at least boleh tanya dulu supaya tahu hal sebenar agar tak mengata atau marah org sewenang wenangnya . siyes tengku cakap yang tengku dah terlalu penat untuk menghadapi masalah yang sama setiap tahun .

kenapa perlu mcm tu ? tiba-2 kata sesuatu yang boleh menyakitkan hati mana-2 pihak padahal belum tahu sebab musabab , punca atau apa saja .  kenapa nak kena buat semua tu ? selama neh pernah ka tengku buat semua tu dengan hampa-2 semua ? sumpah tengku cakap yang kadang-2 tengku rasa yang tengku terlalu banyak bersabar dengan sikap manusia keliling tengku . memang bagus semua tu sebab boleh menguji kesabaran tengku .

sampaikan tengku rasa tengku neh terlalu menjaga hati orang sekeliling sehinggakan hati sendiri sedih , menangis sakit hati , geram tapi ada tengku luahkan face to face yang tengku marahkan orang tu ? tengku neh hanya tahu pendam dan pendam . tapi sampai bila tengku nak pendam ? kalau masih tak puas hati , masih marahkan kami , msg kami and tanya betul-2 . jangan marah mcm tu jea . kita sama-2 ada perasaan . kami tak pernah lupakan kawan dan sebaliknya .

segala pertolongan tengku selama neh kepada anda-2 semua sangat ikhlas dan jangan risau , tengku takkan minta balasan atas apa yang tengku dah beri . sebab bagi tengku kita-2 sangat rapat dan tolong menolong adalah satu kewajipan .

btw , terima kasih sebab marah kami . minta maaf juga kalau kami terasa lebih . kalau tengku yang salah , tengku minta maaf . kalau anda yang salah , tengku sudahpun maafkan . wassalam =='
thankie for reading : Tengku Lea

Tengku =='

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
23/11/2011 : 5.18 PM (rabu)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .

boleh tengku nak share something apa yang tengku rasa sekarang neh ? tengku sekarang neh totally down . ALLAH jea tahu apa yang tengku rasa sekarang neh . tengku rasa tengku perlukan kawan-2 yang bolehh tenangkan tengku . puas tengku sabar . puas juga tengku menahan air mata . akhirnya tengku sendiri yang tak berjaya nak menghadapi semua neh .

kalau diikotkan tengku ada class harini . class sc sebab esok paper sc . tengku bangun dalam pkol 7 pagi . lepastu tengku mengadap dinding . sampailah ada msg masuk . memang tengku harapkan msg dari someone . tapi apa yang tengku harapkan tu , berlalu mcm tu . rupanya msg dari membe kesayangan tengku .

#ayu : ang tak mai class sains ka ?

tak larat rasanya nak pergi class sains walaupun cikgu nya best sangatt . kalau tengku pergi pun duk buat mengelamun tak tentu hala . baik duk rumah then main gelak-2 dengan adik . sekurang kurangnya apa yang tengku rasa sekarang neh berkurangan . insyaallah . apa yang tengku boleh buat sekarang , bersabar dan back to normal . tengku taknak tekanan bila jawab paper esok . i hope so .

btw , tengs sebab buat tengku rasa down gila . terima kasih sangat-2 . saat-2 tengku perlukan orang dalam hidup tengku , yang neh yang tengku dapat kan ? sumpah , tengku taknak kata apa-2 . tengku akan biar apa jea kemungkinan yang akan berlaku . tengku takkan ambik port apa yang kau akan buat asalkan kau BAHAGIA . yea , memang kau BAHAGIA kan . alhamdulillah . sebab tu kau update status kau happy kat tempat orang kan . glad to hear that . dan kau buat tengku rasa pfft !

YA ALLAH , kuatkan hati tengku . semoga doa PUAN ZAILINA untuk berpindah dari sini termakbul . semoga hati tengku akan rasa lebih baik . biarlah tengu rasa asing di negeri orang dari tengku rasa terseksa dengan situasi yang tengku hadapi sekarang . biarlah tengku jauh dari orang . biarlah tengku lupa semua benda dan semua kenangan dekat sini .

p/s : doakan yang terbaik buat tengku . wassalam =='
thankie for reading : Tengku Lea

Wordless Wednesday #

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments

tengs for everythings =(

thankie for reading : Tengku Lea

Pulun MALAYSIA Pulun . TAHNIAH :)

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
21/11/2011 : 1.02 AM (selasa)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .


okay . hampa tengok tu . happy tak happy nya team MALAYSIA ^-^ mau tak happy nya . MALAYSIA berjaya di tempat tuan rumah . tahniah harimau malaya sebab berjaya menelan garuda sehingga kiok tadi . apa-2 pun , tahniah kepada pemain INDONESIA dan MALAYSIA sebab bermain dengan sehabis baik dan telah berusaha untuk menjaga maruah negara masing-2 . nampaknya tuah melebihi kepada MALAYSIA . alhamdulillah . nama MALAYSIA akan digeruni selepas neh nampak gayanya . INDON kena mengakui yang MALAYSIA menang untuk SEA GAMES neh :)

berjuta juta tahniah terutamanya buat penyokong dan yang penting jurulatih serta pemain-2 harimau malaya . tahniah kepada ONG KIM SWEE sebagai coach, KEROL FAHMI sebagai penjaga gol yang sentiasa terbaik dan cekap, BADRUL BAKTIAQ sebagai kapeten serta pemimpin yang baik dan sentiasa bermuka suci bak kata TENGKU HAIKAL , FAKRI , MUSLIM , TAMIL , GURU , ASRA dan semua pemain . jenuh la kalau tengku nak mention kat sini kan . you guys did a good job . and you make me proud . hek ^-^ sentiasa terbaik dan harini merupakan kenangan terindah bagi penghujung tahun 2011 :)

tengah syiok usha fb yang penuh dengan status pasal bola jea harini , tetiba tengku terusha satu gambaq neh ha . nak share la jugak dengan hampa . meh kita tengok sama-2 . laii-2 :)


okay . apa kes neh ? dari indonesia kot pakcik neh . acano boleh jadi cemni ? kalau pemimpin pun nak taknak jea menyokong , maka jadi mcm neh la yea ^-^ tak bahekk punyaaa . apa yang tengku tengok la kan , penyokong INDON terutamanya terlalu riak dan mungkin tu salah satunya penyebab kekalahan GARUDA . ALLAH tidak sukakan hambanya yang riak :)  buat pemain-2 INDON still okay for me . terutamanya si BANOI tu . baik bebeno budak tu haa . elok la kalau nak buat menantu :) 

pastu kan , tengku terjumpa lagi gambo team LIVERPOOL yang mengucapkan tahniah kepada team MALAYSIA . tak percaya ? meh nak kasi bukti .



#sila klik gambar tesebut untuk proses pembesaran#

see . can you see that ? oh , sorry . can you read that ? HARIMAU wujud tetapi GARUDA tak wujud yea :) depa kata . tengku tak kata . tengku copy catdog saja . HAHA . 

p/s : tahniah again buat team MALAYSIA dan INDONESIA . depa kata esok MALAYSIA cuti . entah betul ke tidak . hikhok ^-^ tidoq lena malam neh takpun takleh tdoq . berjaga la kau , tengku :DD wassalam .

#takziah kepada penyokong INDONESIA yang mati gara-2 dipijak semasa berasak keluar dari stadium . AL FATIHAH . 



thankie for reading : Tengku Lea

SPM : day 5 #

Posted by AQMAL IYLIA 2 comments
20/11/2011 : 2.08 PM (isnin)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .

woot-2 . today i nak talk-2 pasal paper untuk harini . first of all , i hope semua bebudak dapat jawab dengan baik sekali yea :) nampaknya paper harini mcm ada peluang untuk dapat kredit or maybe A or B :) god willing ^-^ oh , lupa plak nak mention paper apa . paper for today adalah pendidikan islam kertas satu dan dua . alhamdulillah , tengku dapat jawab dan bebudak tengku pun dapat jawab . terpancar kegembiraan kat wajah depa masa semua keluaq dewan . bahagia letewwww .

ustaz dan ustazah pun sanggup tunggu anak-2 buah dorang sampai habis paper . bagi sokongan la katakan and nak make sure everything okay sahaja . mana la nak tau ada yang sakit ka pa ka kan :) and guess what ? memang ada yang sakit . dua orang . dan mereka terpaksa diasingkan . semua neh gara-2 virus tengku haritu la kot . HAHA . im sorry . may bad yaw :)

paper one ada yang susah sikit pasal tawaf tu . hikhok ==' tengku dah baca bab tu . tapi setelah di push otak neh , tetap tak dapat nak mengeluarkan jawapan nya . yang tengku tau tawaf ada dua . makani dengan zamani . entah mana satu jawapan dye . hehee ^-^ paper two plak , eksaitedd makkkk tau nak jawab paper neh . dan alhamdulillah , tengku jawab semau soalan perfect . tapi taktau la apa keputusan untuk pendidikan islam :) insyallah result terbaik kot . huhu .

oh yea , korang-2 semua . jangan lupa harini harimau(MALAYSIA) VS garuda(INDONESIA) . kasi support sikit to our team . depa kat sana tak ramai sangat penyokong . hanya boleh mengharapkan penyokong kat MALAYSIA neh jea la . tu pun tengok game melalui tibi . nak p sana , fulus tak banyak campuq dengan penyokong yang tak best sama . takde semangat siakk . satgi p sana INDON duk buat pala gengster plak . cemuihh okay . HAHA . no matter what , goodluck untuk INDON dan MALAYSIA . do the best yeah :) best of luck nah .

p/s : kembali ke dewan hari khamis neh untuk paper sc . wish me luck nah ^-^ akan ada entry yang kedua untuk harini . wait and see . wassalam :)
thankie for reading : Tengku Lea

SPM : day 4 #

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
20/11/2011 : 11.26 AM (ahad)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .

day 4 adalah pada tarikh 17/11/2011 . baru harini kau nak update eh , tengku ? tak tahu ke aku terkebil kebil nak tahu kau boleh jawab paper kau ke tak . kau down ke atau segala bagai ? sweetnya kau nak tahu perihal tengku . HAHA . okay , merepek sat . paper hari khamis tu paper math one and two .

korang nak tahu mcm mana condition tengku lepas jawab dua paper yang menyengalkan ituwww ? korang nak tengok mcm mana rupanya lepas jawab paper tersebut ? mcm neh haa condition tengku ..

bagaikan melukut di tepi gantagg . hukhuk =='

punyalah SENANG paper tersebut . ulang suara , sangatlah SENANG sampaikan terasa nak melompat ataih meja tanda tengku teruja nak jawab . terasa seperti nak bukak kasut then pusing satu dewan . terasa nak maki sesiapa saja yang berada di depan mata . terasa seperti nak panggil cikgu math duduk di sebelah . terasa seperti nak muntah berbakul bakul . terasa seperti pfttt ! ==' 

tu haa , panjang bebeno huraian tengku bagi paper math tu ? kau ada ? ada jugak eh . kita serupa . kementerian main kasaq . HAHA . takpa-2 . kot mana pun takpa . make sure graf turun . tengku takmau failed . tengku nak lulus . nak kredit . tengku nak sambung belajaq . yang best nya kan , kan . dalam banyak-2 paper hanya paper sejarah yang sering merisaukan tengku sebab tengku selalu failed sejarah . tapi , sejarah kali neh senang jugak . tengku tak rasa tengku failed . maybe tengku dapat A or B or C maybe . hehee . 

tapi lepas jawab paper math , math adalah paper yang paling merisaukan buat masa neh . down sangat . bukan tengku jea down . habeh bebudak tengku pun sama . kemana tengku pergi dengan membe , hanya paper math yang jadi bualan hangat kami semua . masing-2 risau . YA ALLAH , kau lembutkan hati pemeriksa kertas kami ya allah . amin ! :)

p/s : yang lepas biarkan lepas . fokus untuk next paper plak . usaha , doa dan tawakal . wassalam .. 

thankie for reading : Tengku Lea

Malaysia Pantang Kalah Walau Sakit Jatuh dan Rebah .

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
19/11/2011 : 9.35 PM (sabtu)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .

game tadi petang . botak bagi goal ! ^-^ #jersi 13#

okay pretty silent readers tengku semua . tengok dak MALAYSIA VS MYANMAR tadi petang around 5PM ? tengok ? baguihh-2 . tak tengok ? rugi beso kau , nyah :DD penuh kesabaran tengku dan membe-2 tengok game tadi . boleh plak MAD kata muka kami MOODIM . HAHA . mau tak moodim nya mad oii . meja kami jea perempuan . segan wok :DD nasib baik tak cover comey walaupun kami semua dah memang comey . HAHA . ha , mengata tengku nampak ? jeles letewwww ;p talk to my litte hand .

tengku lepak nasi kandar nasmir kat area kulim neh ha . memang selalu jadi port untuk peminat dan pemenat bola sepak tempatan mahupun luar negara . saja la tengku mencadangkan kepada ckin , ceqya , and ayu untuk tengok bola kat sana . saja nak lepas gian . padahal paper agama kami hari ISNIN neh . gila bapak punya tak hingatt kau kan :DD mula-2 lepak giant kejap . konon-2nya nak cari kerja after SPM 6 DISEMBER neh . so tengku dan ckin telah apply di tempat kerja yang sama . just wait and see sape yang terpilih sebagai pekerja kat situ :) disebabkan PLKN , peluang untuk tengku nak apply kerja tu terbatas sikit .

lupakan PLKN dan kerja buat seketika . tak eksaited sangat dua bab neh . tengku lagi eksaited nak jawab paper agama isnin neh . my feveret subject ever . wah ! :DD tengku ISLAM , terang-2 la tu subject feveret . kan ? kan ? kan ? okay . lupakan pasal subject feveret tu . neh tengku nak habaq mai kat hampa . game tadi tu MALAYSIA menang bak hang . habeh gegaq satu nasmir tu sebab depa goyang meja . depa jerit . depa lompat . buat macam kedai depa bak hang .  tengku nak habaq mai kat hampa la , sebenaqnya tu tanda depa sokong team HARIMAU MALAYA aum-2 tu . btw , tahniah MALAYSIA . we proud to be MALAYSIAN ^-^ hikhokk . walaupun coach depa kena duk kat tempat lain atas sebab-2 tertentu , namun mereka masih bersemangat untuk berjuang habis habisan di sukan sea JAKARTA , PALEMBANG - INDONESIA :)

and guess what , tengku rasa HARIMAU MALAYA terpaksa berhadapan dengan tuan rumah final nanti . tuan rumah sah-2 la INDONESIA . satgi ada la tu banner "GANYANG MALAYSIA" . tak bahekk punyaaa . nak support tu biaq la secara adil , saksama dan bekerjasama . GANYANG MALAYSIA neh siap ada dalam buku sejarah lagi tahu . dah berapa puluh tahun dah depa neh nak ganyang tapi tak ganyang pun . yang bestnya kan , siap duk kata kat MALAYSIA lagi . hat tu memang best . sumpah best . tak caya p la tengok kat fesbuk ka hape ka . takde kesedaran ka mereka ? negara mana yang sanggup kutip warganegara mereka sebagai buruh ? negara manakah yang sanggup tolong mereka tatkala mereka dilanda tsunami ataupun bencana yang meragut nyawa ? ataupun negara kita sendiri yang terlalu baik hingga sanggup menolong orang-2 yang langsung tidak tahu bersyukur ? entah la , tengku tak faham dengan dunia sekarang neh :)

notakaki buat penyokong MALAYSIA dan INDONESIA : buat yang membalas comment-2 di fesbuk tu , hentikan jea la . apa yang kita dapat dengan memaki dan mengata satu sama lain ? apa yang kita dapat ? dosa kan ? berfikirla dan bertindak seperti orang yang matang serta berpelajaran sikit . kita neh hanya penyokong . kalau kita tolong maki atau marah-2 depa tu bukannya kerajaan bagi hadiah NASI LEMAK sepinggan dan BAKSO semangkuk . buat malu negara lagi ada la . jagalah maruah negara . see you gys next time . wassalam :)
thankie for reading : Tengku Lea

SPM : day 3 #

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
16/11/2011 : 7.04 PM ( rabu)


assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .

duk tak duk #bahasa kedah# dah day 3 kan ? day 1 and 2 mana ? malas nak ceqhita :) sinopsis nya : day 1 adalah paper-2 yang terbaik . day 2 okay-2 jea . day 3 ? suck ! paper dye okay :) condition tengku today yang tak best . sumpah , spoil mood tengku yang sedang seronok plus teruja nak jawab paper sejarah dan tasawwur paper two . why always me ?

tengku dah agak dah benda neh akan jadi sebab tengku rasa macam tak best masa jawab sejarah paper two =='   tengku rasa macam ... macam apa entah . gelabah tu dah memang dah la kan . tengku tengah jawab exam kot . please jangan buat hal . konon-2 tengku hebakk so tengku buat taktau apa yg tengku rasa . lepas jea PUAN ZAILINA datang hantar makanan tengku pun makan la kan sekadar nak isi perut . tengku makan koey teow jea kot . bukan makan nasi ==' tengku neh dah dua hari tak makan nasi . perut takleh nak terima .

koey teow tu pun tengku telan tak habis . perut dah rasa tak best , minum air dan terus minum air dengan harapan tengku akan okay balik . and guess what ? i need toilet right now . pfft ! mula-2 masuk toilet still okay sebab ada geng junior dalam toilet tu . buat apa la agak-2 kan :) terduduk tengku kat tangga sebab tak larat nak tampung dah . lagi 10 minit nak kena masuk dewan dah . tengku kat sini still tak okayy . rasa macam nak menjeritt ..

PLEASE HELP ME . IM HERE ==' but i cant .


jalan slow-2 then ..............................berlari patah balik masuk toilet and boommm ! bukan bunyi bom . bunyi benda yang terkeluar daripada isi perut . penatnya rasa bila muntah . lemah semangat tengku . air mata keluaq dah neh . cemana nak jawab paper neh . maunya TERmuntah atas paper tu memang menyesal aku seumur hidup ==' rasa kepala berpusing 360 darjah . pening tak terhingga . last-2 tengku diletakkan di bilik yang berasingan . tak dapat jawab paper kat dewan . sedih sebab tak dapat teman membe-2 . huk . dah seminggu dua penyakit tengku neh . kalau makan jea kira nak terkeluar balik apa yang dimakan tu . kurus tengku mcm neh . tengku takmau !

btw , terima kasih diatas keprihatinan para pengawas yang sebahagiaannya guru smk air merah . terima kasih sebab jaga tengku tadi sampai tetido yea . terima kasih juga sebab benarkan tengku balik awal . and big thanks buat ustaz , cikgu kelas , ustazah , pengetua yang ambik berat pasal tengku neh ha . jenuh jawab soalan mereka-2 .     mesti depa pikiaq bukan-2 :DD HAHA .

p/s : kenangan terindah tengku sebagai pelajar SPM tahun 2011 . start esok , tengku takkan makan kat sekolah lagi dah . biaq berlapaq takpe dari terseksa mengeluarkan isi perut ==' nak tidoq sat . pkol 4 satgi bangun lain :) doakan tengku . wassalam .
thankie for reading : Tengku Lea

Pesanan Terakhir Sebelum SPM

Posted by AQMAL IYLIA 1 comments
13/11/2011 : 7.05 PM (ahad)

gambaq dolu-2 .

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .

first of all , entry tengku harini lebih bertujuan untuk memohon kemaafan serta meminta para silent readers kesayangan tengku semua supaya mendoakan tengku yang bakal menduduki SPM untuk beberapa jam jea lagi ^-^ bahagia okay . siyes bahagiaa :) tak sabaq rasa . pakat tak tdo lena la tengku malam neh sementara nak tunggu pagi . eksaited punya pasal .

notakaki buat PUAN ZAILINA dan SAJEN WAHAB : firstly , yaa nak minta maaf buat puan dan tuan kalau-2 yaa terkasar , terbuat bodoh , terbuat pekak , tertinggi suara mahupun terkasar bahasa . maafkan yaa . doakan yaa untuk SPM neh . insyaallah yaa akan buat impian puan dan tuan berdua untuk melihat anak anda neh sambung belajaq tercapai . amin ^-^  sayang puan dan tuan # yaa ? nama siapa tu ? nama manja tengku okay# teheee

notakaki buat adek beradek AQMAL : buat hampa tiga beradik aku yang lelaki kesemuanya , puteri tunggal keluarga neh nak minta maaf kalau-2 aku tersepak , terterajang , terpijak , termaki , terkutuk , terkasar bahasa , terketidaksopanan , tercuri makanan hampa , tercuri duit , terpenampaq and bla-2 , so aku minta maaf . tayah nak marah-2 aku lagi dah . aku minta maaf secara terbuka neh . yang penting doakan kejayaan aku . kalau aku berjaya nanti hampa jugak yang dapat share@habuan . nanti aku belanja makan laksa sotong . HAHA . sayang hampa dunia akhirat .

notakaki buat guru-2 tersayang : iylia harap cikgu doakan kejayaan iylia dan bebudak lain :) halalkan segalanya . mintak maaf kalau selama neh terbuat cikgu-2 terasa , tergurau kasar ^-^ peace . glad to know you guys . gonna missyou alot and alot . swear ! =='kepada cikgu ASHIKIN , sorry kalau saya tak berjaya menjadi penolong yang bertanggungjawab =='

notakaki buat bebudak kelas : err , perlu ke tengku listdown kan nama mereka ? for the last time , tengku akan listdown kan .

kepada farid , ENCIK AWIE , saufi , safiq lah , along , ustaz akmal , paan , BABY , madet , BIGSHOW , cikni , yun , lokman , adam , mat terap , fatihi , YAN , UCOP , TOPIK , kicap , nabila , saodah , sue , soley , syerah alias , amira , ATEN , khatty , sarah , syahirah , atirah , hafsah , CKIN , NAD , WANIE , AYU , dan ija : aku minta maaf kat hampa semua kalau tersombong dengan hampa . sepuluh jari aku susun kalau aku ada buat salah ngan hampa , termarah , termerajuk , terbuat taktau mahupun terkasar , tersepak , tertampaq , terbaling botol , tercubit , terpeluk . terpeluk ? HAHA #untuk kaum perempuan sahaja# halalkan jugak makan minum aku , hutang aku dalam buku 555 tu kira halal la kan . HAHA . btw , aku orang yang paling bertuah sebab kenal hampa semua . sayang hampa gila fafi ^-^

notakaki buat membe-2 sekolah rendah , yang pindah sekolah , dan kawan-2 lama : heyy guys , imissyou guys . tengku harap hampa dan jawab paper sebaik mungkin . do the best and make me proud . tehee . tengku tak pernah lupakan hampa walaupun dah 4 tahun lebih berpisah . terima kasih sebab jadi kawan tengku selama neh :)

p/s : so , tengku sudahpun memaafkan semua orang disekeliling tengku :) jangan risau okay ^-^ doakan tengku supaya jawab paper dengan baik , dengan tenang dan dapat keputusan yang baik . amin ya rabbalalamin :) wassalam :)
thankie for reading : Tengku Lea

SPM Memberi Kesan Sepanjang Hayat .

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
12/11/2011 : 5.48 PM (sabtu)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .

apa tengku neh . buat entry pasal SPM pulak kan . spoil mood okay . spoil tak spoil . bukan masalah tengku . HAHA . tayah nak spoil sangat la . benda kau kena hadap juga cuma tahun dan tarikh yang berbeza . senang atau susah . bagi tengku SPM neh la buatkan tengku merdeka betul-2 punya merdeka selepas UPSR dan PMR ^-^ betul tak ? betul , betul , betul .

berbalik kepada tajuk entry . adakah benar SPM memberi kesan kepada seseorang sepanjang hayat beliau ? tengku rasa betul . sebab SPM neh la yang akan membuatkan kita neh layak atau tak ke menara gading . kalau kau nak keje pun tengok spm punya result juga . itu pun orang pandang sebelah mata takpun atas dasar kesian . kita hidup bukan sebab nak menghadap simpati orang sepanjang hidup bukan ?

kalau kau belajaq setakat spm , ada ka mak pak nak kawenkan kau dengan anak dye ? lebih ditujukan kepada kaum-2 adam okay . hehee . dengan result SPM kau yang tak seberapa tu jea , apa sangat keje yang kau boleh buat ? melainkan kau mempunyai kreativiti mahupun kreatif disamping berani menghadapi risiko agar kau boleh bukak bisnes atau buat something yang boleh mendatangkan keuntungan untuk kau . sekarang neh semua benda memerlukan duit . kau nak nak buang air kecil pun kena duit kau tahu ? so amatlah penting untuk seseorang tu mempunyai ekonomi yang kukuh yea . so , kena belajar pepandai kemudian sambung belajar dan carilah kerja yang boleh menjana hidup kau ^-^

isnin neh tengku dah start SPM :) wish me luck okay . salah silap tengku selama kenal neh pun harap dimaafkan . tengku pun manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan tanpa tengku sedari . huk ^-^

p/s : salam takziah buat mereka-2 yang terbabit dalam kemalangan di behrang semalam . ajal maut tangan tuhan . kita yang masih hidup neh kena teruskan hidup . wassalam .
thankie for reading : Tengku Lea

11/11/2011 Blogging VS Vlogging

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
11/11/2011 : 10.28 AM (jumaat)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .

apa yang ada pada sebelas haribulan sebelas tahun duaribusebelas neh ? kompem-2 ada yang kawen harini , ada yang bertunang harini , ada yang couple harini , ada yang dapat anak harini . mungkin ada jugak yang mengalami kesedihan harini disebabkan kehilangan orang-2 yang tersayang . kita bukan tuhan kan ^-^ semua neh sudah ditentukan oleh yang maha Esa :) sweet jea kan tarikh neh . ada yang nak masuk meminang tengku harini ? tengku on jea . HAHA .

bukan yang tu tengku nak kecoh-2 kat sini . tak kisah la apa yang bakal berlaku harini yang penting baik-2 jea kan . baik bagi tengku dan baik juga bagi anda . sini tengku nak kepoh-2 pasal dua benda neh ha . pasal blogging and vlogging . mungkin kat luar sana dah tahu apa ke benda alah neh . tapi tengku nak share jugak . nak jugak . kalau apa yang tengku kongsikan neh salah , sila la tegur atau perbetulkan . tengku terima dengan hati yang terbuka . saya budak baru belajar . tehee #ayat macam budak baru berblogging#


meh kita cakap pasal Blogging dulu yea . blogging neh lebih kepada menulis dengan menekan keyboard tanpa mengeluarkan suara . melalui bidang neh , kita masih boleh mengeluarkan pendapat kita dalam penulisan . bukan sekdar pendapat , luahan perasaan ke , melepaskan rindu ke atau apa-2 saja bersertakan niat dengan syarat-2 tertentu . ada batas dalam berblogging neh so make sure to para blogger mengikut syarat-2 berblogging kalau korang taknak kena saman . sekarang neh dah banyak blogger kena saman gara-2 salahgunakan kuasa yang diberi . huu . and , bloggeing neh juga boleh membuat duit ^-^ dalam berblogging neh tengku lebih minat kepada CIK EPAL gojes . terima kasih .


okay done . pasal Vlogging pula . bagi tengku la kan , vlogging neh lebih best tapi belum masa lagi tengku nak bergerak setapak dengan dunia vlogging neh . apa tu vlogging ? vlogging neh lebih kepada rakaman video . but at the same time , lebih kurang sama dengan blogging juga sebab melalui vlogging neh para vlogger boleh meluahkan perasaan , cerita pa saja yang dorang nak cter or share something yang berguna mahupun tak berguna . sesuai la arena neh dengan tengku sebab tengku neh banyak cakap walaupun agak pemalu . tapi malangnya suara tak sedap . ala-2 ella gitewww :DD sape-2 yang nak dengar suara tengku boleh la call . neh number dye : 0175999999 . dalam bervlogging neh , tengku lebih minat ke arah matLUTHFI . santai jea kalau tengok video-2 beliau :)

p/s : yang neh jea tengku nak sharekan harini rasanya :) lepas neh ada yang berminat untuk bervlogging ? goodluck to you ^-^ cemana plak dengan tengku ? hm . coming soon , insyallah . teheee. wassalam :)
thankie for reading : Tengku Lea

Sayangi Diri Anda ^-^

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
8/11/2011 : 9.28 PM (selasa)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger . 


cerita cinta anak remaja , menggauli kidung kasih , punahkan takut di hati ..
terkutuklah bila kita berpisah , selamanya harus bersama , buktikan kita bahagia ..

okay guys , atas tu ha hanya selingan lagu Tentang Dia . sambil mengupdate sambil layan lagu . konon-2 nak feeling bagaii . padahal lagu tu dah bertahun berkurun dah pun . lagu time tengku kanak-2 tak cukup umur lagi . huk ^-^ oh yea , tengku nak ucapkan tahniah buat junior-2 yang tak menghadirkan diri ke sekolah untuk seminggu dua neh . almaklum lah , persekolahan bagi tahun 2011 bakal melabuhkan tirai yang memang labuh . please take care of yourself . make sure semua sihat-2 jea nanti yea ^-^ jumpa korang pada tahun-2 yang mendatang =(

harini hari apa ? hari selasa kan ? esok hari apa ? tulat hari apa ? tonggeng hari apa ? tak lama lagi jea nak sekolah dah . lepas neh nak jumpa cikgu-2 pun dah susah . ya ALLAH , tak sangka kan tengku dah nak tinggalkan sekolah dan mengadap SPM lebih kurang sebulan cemtu . rasa macam baru semalam jea PUAN ZAILINA datang dan ambil tengku balik sekolah . im a big girl right now . dah pandai berdikari dah pun . dah boleh berfikir secara baik dah pun walaupun perangai kebudak-2 budakan masih tetap sebati dalam diri . 

apa yang buat tengku rasa mcm sedih sikit harini bilamana guru BM tengku yang sering ada masalah ketidakpuasan hati dengan tengku telah membuat ayat-2 sedih .  tehee . macam kami tak dapat nak jumpa lagi pasnie . sekali lagi tengku kena tahankan air mata tengku neh . you such a great teacher , datin =( gonna mishyou alot . tengs kerana meredhakan ilmu cikgu ^-^

mula-2 cikgu BM neh masuk class then beliau tanya kami apa kata-2 terakhir dye untuk kami . beliau suruh kami teka . bukan mood tengku la kan nak meneka neka bagai neh . sebab kalau tengku teka memang terang-2 salah . macam-2 yang bebudak tengku teka terutamanya ketua tengku sendiri . tergelak tengku dibelakang . tehee . cikgu neh sangat suka menasihati kami agar sentiasa berhati hati dengan lelaki . lepas puas meneka then dye kata pesanan terakhir beliau adalah 

SAYANGI DIRI ANDA . 

just a simple words tapi meaning dye begitu mendalam . beliau kata takde siapa yang akan sayang diri kita melainkan diri kita sendiri . hargai diri kita sebaik mungkin . jangan stress pasal cinta ke apa ka . tinggalkan segalanya dibelakang . fokuskan SPM yang mendatang . #baik cikgu#

btw , terima kasih PUAN DALILAH :) terima kasih sebab sumbangkan tenaga turun naik tangga cikgu untuk ke kayangan bagi memberi ilmu kepada bebudak 5Maju Sastera 1 . terima kasih juga sebab cheer me up dengan telatah cikgu . tengku tak rasa yang tengku akan dapat cikgu mcm neh lagi . satu dalam seribu . seribu ke sejuta ? ambik sejuta la sebab mcm banyak sikit kan . HAHA . oh yea , cikgu . jangan lupa jaga anak cikgu yang comel itewww . happy bila dapat peluk cium cikgu tadi dan cikgu-2 lain juga tapi tak termasuk cikgu-2 lelaki :D

p/s : semoga ALLAH lindungi dan murahkan rezeki tengku serta bagi kejayaan buat tengku , kawan-2 , ibu bapa , adik-2 serta guru-2 tengku . amin ya rabbalalamin ^-^ wassalam . 


 







thankie for reading : Tengku Lea

Selamat Tinggal Superman Sayang =(

Posted by AQMAL IYLIA 1 comments
7/11/2011 : 12.15 PM (isnin)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia .


hanya kerana kau yg cukup indah untuk dimiliki dan untuk dicintai =( aku tahu kau mahu ada di hati untuk didampingi dan disayangi . boleh tengku cakap yang tengku sayangkan awak ? ==' 

life must go on . i hope you know that i will missyou alot . semoga bahagia dekat sana . selalu lah ingat i kat sini . i tahu i belum cukup sempurna for you . but you dah cukup sempurna untuk i =='  bahagialh you kat sana and gudluck in whatever you do . the best thing that i can do right now is waiting for someone yang i sayang . 

apa yg you buat neh jugak untuk kebahagiaan you . untuk masa depan you . so i kena terima and hormat keputusan you . and dont worry , i akan sentiasa support you , insyaallah . terima kasih selama neh tak putus-2 nasihatkan i , bagi i semangat , cuba selesaikan masalah i , sudi dengar masalah i dan sudi menjadi kawan dan buah hati terbaik i . 

maaf kalau selama neh i selalu sakitkan hati you , buat you terasa mahupun terkasar dengan you . darah remaja i selalu tak menentu . mood i pun selalu tak seimbang . mungkin kerana keadaan semasa yang mengganggu . terima kasih sebab sentiasa bersabar dan terus bersabar . kalau hubungan kita dah makin renggang sikit lepas neh , i hope you know that you tetap akan jadi my superman ever #deep from my heart#

you , please take yourself there . jangan lupa makan . jaga makan minum you . jangan selalu mengadap laptop . dont be too kind dengan org sekeliling sangat . i taknak depa buli you nanti . 

p/s : sedih plak tengah-2 hari neh . teriak lima menet pun jadi la . sekadar nak mengurangkan sesak dalam dada neh haa =( lima menet jea pun . tak lama :) ready for SPM ^-^ kuatkan semangat . jyeah =='
wassalam . 











thankie for reading : Tengku Lea

Jangan Menyerah Tentang Dia Aku Masih Sayang .

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
5/11/2011 : 11.27 AM (sabtu)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .


hot tak tajuk enrty tengku neh ? okay guys . semua neh adalah tajuk lagu buat siapa-2 yang tak tahu . Jangan Menyerah by Dmasiv , Tentang  Dia by Melly Goeslow , Aku Masih Sayang by ST12 . apa kaitan semua neh dengan entry tengku ? lagu neh semua ada maksud tersendiri . tapi tengku taklah terlalu taksub dengan lagu-2 neh selalunya :) hanya sekadar hiburan semata mata . 

selalunya kalau tengku hangout dengan membe seperti semalam , kami memang akan pergi karok untuk sejam . tak lebih tak kurang . btw , tengs to ENCIK AWIE sebab support karok ^-^ for your information , awie neh sangat pemurah dan tak kedekut . tengku harap rezeki beliau takkan pernah putus dan murah rezekinya . amin :)

mcm-2 feeling yang kami bawak time nyanyikan lagu-2 kat atas neh ha . Jangan Meneyerah tu dinyanyikan oleh CIK WANI . sesuai la dengan suara beliau yang cute-2 cenggitu ha . semua part dye nyanyi seorang rasanya :) feeling jea dengar beliau nyanyi ^-^ then , Tentang Dia tu memang feeling habis bak ang . tengku dengan CIK WANI yg nyanyi . agak semput yea tapi best :) lagu neh nada tinggi dye boleh tahan banyak so tengku pun mengeluarkan beberapa jenis suara tengku yang ada untuk menyanyikan nada tinggi tersebut dengan baik . cewah :D 

Tentang Dia tu ada maksud tersirat mahupun tersurat :) sedih jea rasa nak nyanyi lagu tu . HAHA . hati tisu betul tengku neh . kira mata nak berair jea . gila la kan . nasib baik tak nangis sebab time tu semua happy-2 je . gelak pun besar-2 jea semua . nak SPM neh tak boleh tension-2 . kena happy sama . am i right ? put your hand up please ^-^ 

sungguh aku masih sayang padamu , jangan sampai kau meninggalkan aku . begitu sangat berharga dirimu bagiku (ENCIK SAYANG) . tiba-2 jea ada ENCIK SAYANG kan . nak jugak . HAHA . tu chorus dye . lagu neh kami nyanyi happy jea sambil goyangkan badan kiri ke kanan sambil mengikut rentak lagu . hikhok ^-^ 

p/s : okay done . panjang ke entry tengku neh . naik juling plak kan kalau baca :D wassalam guys :) selamat hari raya ^-^

thankie for reading : Tengku Lea

Mak Jemah Seronok Okay ^-^ (HAPPY ANNIVERSARY)

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
4/7/2011 : 11.43 PM (jumaat)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .


eh , kau pun seronok juga ? kalau kau dengan tengku seronok so jadi dua ronok . kalau kau , kau dan tengku seronok , jadi tiga ronok dah . tehee . suka lettewww :D gila hape tengku neh nak seronok bagai . padahal nak spm lagi berapa saat , minit , jam dan hari jea . kalau ditolak , ditambah , didarab , dibahagi apa semua kan , tak lama jea tahu kitorang nak SPM . ceh , main kitorang-2 plak kan . ingat keyell ? 

meh gossip sikit . alang-2 dosa dah berbakul tu la kan , meh tambah sebakul dua . ada yang tengok Anugerah Skrin 2011 tak ? okay , soalan tu tak penting . soalan yg penting sekarang neh , apa yang tak best pasal anugerah skrin tahun neh ? hm . bagi tengku la kan , kemeriahan tu tak berapa mantop la . kenapa tak guna JOZAN tu sebagai pengacara ? mesti best kan . tapi KAK TA(rozita che wan) dan abg ALLY(ally iskandar) still okay and they did a good job tonight .tahniah-2 :)

okay then , siapa mak jemah ? sendiri fikir . tehee . apa yang tengku happykan ? tengku happy sebab dapat spend time dengan CIK WANY , CIK NAD , ENCIK AWIE , and the last yang i sayang iaitu ENCIK SAYANG . hikhok ^-^ yea-2 , tengku jumpa beliau tadi petang selepas sembahyang jumaat . bukan sebab tu saja tengku seronok okayy . tengku seronok sebab harini bersamaan 4 haribulan 11 tahun 2011 merupakan anniversary tengku yang keberapa yea ? lupaa ==' bila dah anniversary neh , haruslah ada notakaki yea dak ? konon-2 i nampak sweet la kan . kau ada ? takde kan so kau diam-2 yea :p

notakakiibujaripendek : dear you , wahai my sayang yang konon-2 sweet , i hope you know that iloveyou like i love my ego . hekhek . even though dah berapa kali i bermasam muka dengan you , i harap you maafkan . untungla kan bila couple dengan budak sekolah , kuat merajuk :D terima kasih la sebab sudi datang dan hantar barang yang i pesankan tu . oh yea , i hope you know that iloveyou tau . apa pun la yang terjadi sama ada kita begaduh ka , bertumbuk ka , benci membenci ka , marah ka , sedih ka , geram ka , bengang ka dan apa saja la situasi yang sering dihadapi oleh manusia zaman sekarang neh , i nak you tahu i tetap sayang you walaupun i merajuk berjam jam dgn you :D

p/s : raya dah dekat kan ? semangat kau nyah . tadi pun PUAN ZAILINA dan SAJEN WAHAB bergumbira di mana entah untuk membeli kuih muih . semangat okay walaupun raya haji saja . but tengku bersimpati dengan bakal-2 lembu yang bakal ditumbangkan . adeh ==' chop korang . dengan ini tengku korbankan jiwa dan raga tengku untuk mengucapkan selamat hari raya aidiladha yea :) sambut molek-2 . biar meriah . belajaq tu belajaq la kan , kalau raya tu raya la kan . tiada kompromi . kita enjoy sehari dua :D wassalam guys ^-^



e
thankie for reading : Tengku Lea

Talk To My Little Hand Laa , You :p

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
3/11/2011 : 10.34 PM (khamis)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .


asal ada cincin kat jari tu ? dah bertunang ke ? kenapa jari kecik sangat ? kenapa jari last tu bengkok ? jangan la ditanya soalan yang hotsentap sebegitu rupa . terasa makkkkk taww :D semua itu kurniaan ALLAH . terima jea la . kenapa ? kau jeles ? tayah la jeles-2 bagai . semak okay . semua yg ALLAH bagi kat kau tu pun dah cukup sempurna ^-^ peace . ada tak readers yang keluh kesah bila tengku tak update blog ? confirm ada . tengku tau kau taknak ngaku #bajet hot#

kau rasa tajuk entry tengku neh hot tak ? hot kan ? macam panas jea kalau dengar . tapi hampa tak dengar . hampa baca . maybe mata hampa sakit dengan tajuk entry tengku . tehee . before that sayang-2 a.k.a silent readers tengku semua , sorry sebab sudah sehari tidak mengupdate :) tengku busy yea . busy study and bla-2 . balik skola teruih study sampai malam . maklum la tengku neh mangsa SPM . jyeah . bangga satt ^-^ goodluck to the others yea . amin :)

berbalik kepada tajuk yea , nothing sebenarnya . cuma  tengku tak faham bilamana ada seseorang itu ............. hm ............. malas nak cakap . apa yang tengku nak cakap is TALK TO MY HAND . rupanya selama neh ramai yang tak senang dengan perangai kau . ramai yang tak suka dengan apa yg kau lakukan . tapi takpela , tu la salah satu ragam manusia yang perlu kita fahami dan tempuhi dengan hati yang terbuka dan bibir mengukir senyuman tanda bahagia . ehekk . tapi kan awak , awak jangan sedih kalau semua orang cuba menjauhkan diri dari awak dalam diam . sebab semua tu adalah ujian untuk awak dan awak adalah ujian untuk kami ^-^ apa pun ujian tersebut , kita kena handle sebaik baiknya :) 

siapa kami yang dimaksudkan ? siapa kau yang dimaksudkan ? siapa yang tengku maksudkan ? yang pasti membe sekola tengku pun tak kenal budak neh :) ohsem kan guys . kalau org yang kau percaya pun boleh talking bad pasal kau . tak puas hati dengan kau . tapi mcm yang tengku kata tadi la . semua tu ujian . ujian bagi tengku yang sedang menggila disebabkan SPM dan ujian bagi depa yang sedang meneruskan hidup :) sama-2 kita doa agar kita diberi kesabaran yang tinggi . amin ^-^

sudah puas tengku merepek harini . sorry kalau entry tengku agak boring harini :) otak sejuk so idea tak banyak . 

notakakisertaibujarikakidantapakkaki : sama-2 la kita berubah :) kita ? kau jea . tengku tak berubah kot :DD 

p/s : wassalam guys :)





thankie for reading : Tengku Lea

terima kasih YA ALLAH ^-^

Posted by AQMAL IYLIA 3 comments
1/11/2011 : 10.31 PM (selasa)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .

tengku sangat terharu dengan apa yg berlaku harini . sampaikan rasa nak menangis dan mengeluarkan air mata gadis tengku sendiri yang sudah lama bertakung . disebabkan kejadian tu berlaku di sekolah , so tengku tahankan air mata neh . tggu balik rumah baru nangis dalam bilik senyap-2 dan berpura pura senyum tanda gembira . ohsem kan guys ? =='

act guys , when tengku in this situation today ..


ada someone yang datang dan membuatkan diri tengku rasa dihargai dalam diam . tengku tak tahu la kalau beliau perasan yang tengku rasa sangat dihargai that time . tengku dengar apa yang beliau cuba cakapkan sebutir sebutir . untungnya tengku kenal beliau dalam hidup tengku sendiri dan untung juga tengku kenal membe-2 beliau ==' YA ALLAH , kau berikan la kebahagiaan dunia akhirat dekat hamba-2 kau neh ==' amin ! 

neh bukan kali pertama warga sekolah tu buat tengku terharu dan sedih mcm neh . dalam diam mereka melihat apa yg berlaku dekat tengku baik pelajar dan tenaga pengajar tu sendiri . kenapa tengku tak pernah nak perasan semua tu selama neh ? tengku tak pernah terpikir mereka mengharapkan sesuatu dari tengku . maafkan tengku =='

dan tengku tak sangka ada yang memerhati dan mengambil berat pasal tengku dalam diam . tengs HAMBA-2 ALLAH berikut . ilove both of you . really loveyou . so dengan berbekalkan harapan dari both of you , tengku tengah berusaha sekarang . please doakan tengku yea ==' 

dugaan yang datang neh pun , tengku akan handle . handle sebaik baiknya . dan i want my smile back :) imiss my old me :(

p/s : done for today . tengs guys yang terlibat dalam apa yg berlaku harini . siapa ? biarlah tengku dan hamba-2 allah tersebut jea yg tahu :) wassalam .

thankie for reading : Tengku Lea

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |