Kisah Cik Polan dan Cik Abang Nya :')

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
23/9/2012 : 4.10 PM (Ahad)

Assalamualikum warahmatullah wabaraktuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara
Harini , I atau lebih dikenali eton pinky pinky bombom *muntah* nak cerita something la kat korangsss .
Cerita neh berlaku dekat membe i or well known as "somebody" or also well known as nur polan binti mohd polan :)
Siapa sekalipun insan tersebut , kita doakan kebahagian dye k . Sebab dye membe i .
Membe i , membe korang jugak kan :DD

Cik polan neh baru saja kehilangan tapi i rasa tak kehilangan sangat la sebab masing masing ambil langkah silent is better . So relationship neh tergantung bak kata cik polan :)
You know what i mean ? So , i sebagai kawan beliau , i tumpang sedih :')
Semua neh dah tertulis dalam loh mahfuz ^^

Alkisahnya macam neh la kan , benda neh terjadi terlalu pantas . Cik polan dan cik abg dye tak mengharap dan tak ingin pun semua neh berlaku .
Dan menurut cik polan neh , dye tak salahkan cik abg dye seratus persen .
Cuma dye agak terkilan sedikit . Kuciwa sedikit . Siapa tak sedih taktkala rumah yang sedang dibina , runtuh dek kerana menggunakan simen yang murah dan batu bata yang mudah rosak . Sobs sobs :) *over*

Cik polan kata semua neh terjadi mungkin sebab ada cross pasal perasaan cik abg dye . Yela , cik abg dye duk jauh , Kadang kadang pergi sana , jumpa membe2 perempuan yang selalu ada depan mata .
Yang ada time susah senang dye . So hati pun jadi terusik dan tersuka .
Cik polan neh pulak duk jauh dari dye . Jumpa plak jarang . Kadang kadang cik polan jea yang asek terserempak dengan cik abg dye kalau cik abg dye cuti sem dan balik Kedah :)

Cik polan bukan sengaja taknak jumpa cik abg dye . Cik polan neh nak jugak rasa macam couple lain . Keluar berdua , gelak gelak , golek golek , guling guling mcm filem hindustan tapi niat cik polan neh bagus sebenarnya . Dye nak pelihara hubungan antara cik polan dengan cik abg dye sentiasa suci :)
dannn , sehingga hubungan tu terbengkalai , hubungan tu masih suci bersih macam tu jugak . So , cik polan mengucapkan syukur .
Cik polan berterima kasih dengan cik abg dye sebab berjaya kekalkan kesucian hubungan depa neh . Alhamdullillah .

Cik polan ada meluahkan rasa hatinya yang sedih dengan apa yang jadi sekarang neh . Dan tadi masa cik polan cerita masalah dye kat I , cik polan menangis . I tahu cik polan sedih . Cik polan pendam air mata sejak semalam lagi sehingga la jadi telaga .
Mungkin sebab telaga dah penuh , air mata gadis cik polan turun akhirnya sikit demi sedikit .
I tak sangka cik polan dah sedikit matang dalam hal berkaitan dengan relationship .
Mungkin beliau mampu terima apa yang berlaku neh .

Mungkin ? mungkin jea la kot :) Cik polan sampaikan pesanan kepada I agar sampaikan pesanan ini kepada cik abg dye dalam blog i . so here , i sebagai penyampai amanah seseorang , i sampaikan juga pesanan tu .

Pesanan kepada cik polan punya cik abg : b , i think you should know that i love you , i miss you . Dulu sampailah sekarang :') Sepanjang tiga tahun i kenal dengan you , never ever i lupakan you . I rasa i pernah bgtau you yang you antara boipren terbaik i kan , sayang ? :) Tipulah kalau i kata i tak sakit hati , i tak kecewa , i tak menangis dengan apa yang terjadi . Tapi i sentiasa redha . Kadang2 bila i terasa hati dengan perlakuan you , i tak pernah berterus terang .

I simpan sorang sorang . Kadang2 sampai you takleh detect pun yang i terasa hati dengan you sebab i pandai berpura . Kalau you hantar msg , i balas . I berpura pura happy . Then kalau you call , i sentiasa gelak gelak . I taknak you tahu i terasa dengan you . I taknak you serabut :) sebab you ada banyak benda lain yg patut dipikirkan selain i . I memahami you . Sangat :')

Walapun kita dah lama berkawan dah lama bercinta , setiap kali you call i , i masih lagi berdebar debar nak angkat call macam pertama kali kita bercinta dulu . Hebatnya cinta i tapi hebat lagi cinta i kepada pencipta kita berdua :) Last but not least , I tak kisahlah kalau you nak berkawan mahupun bercouple dengan seribu org perempuan sekalipun , kalau dah mmg tertulis you jodoh i , seribu perempuan tu takkan dapat miliki you :) Dan kalau tertulis jugak you bukan untuk I , i redha . Mungkin ada yang lebih baik . Semua tu rahsia ALLAH .

panjang tak pesanan cik polan ? haha . Amanah kan so I pun cuma sampaikan . Cik polan , be strong girl :')












thankie for reading : Tengku Lea

When You Are 18 . What You Can Do ?

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
21/9/2012 : 1.47 PM (Jumaat)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara

Blog neh dah bertukar kepada new look . And I terkebil kebil nak guna cemana minatang alah neh . Asal tak kekal kan jea yang lama ?
Nak create new post neh okay jugak la sebab lebih kurang macm microsoft word . Apa apa jea la :)
Asalkan sesi mengupdate I tak terbantut . Thats all .

Back to the topic . Bila kau dah lapan belas ? Maksud I bila you dah berumur 18 . Anything you can do my dear . Hoho .
Kau boleh sambung belaja kat IPTA/IPTS . Kalau boleh masuk kelab kelab yang mendatangkan dosa .
Kau boleh masuk panggung dengan kadar umur yang dah mencukupi and bla bla dan boleh tengok filem/drama yang berunsur 18 sx . Whatever ! .
Kau boleh start hisap rokok . Tapi budak sekarang tayah tunggu umur 18 , darjah 6 yang masih bawak beg sebesaq alam tu pun dah mula hisap rokok bagai .
Serious stupid .

Bagi seorang perempuan yang pendek , comel , matang SANGAT macam I neh , bila I dah berumur 18 pada 24/5 yang lepas , I jadi macam *bunyi cengkerik* .
I taktau nak describe macam mana . First of all , taubat lillah la best kan .
Kau dah cukup umur segala bagai .
Kau nak kawen pun boleh . Tapi ada yang lagi muda dari I pun dah kawen dah sekarang neh .
Zaman dah maju *bunyi tarzan*

Dulu masa belum cukup umur la kenn , kalau ada mamat mamat ngorat , kompem eksaited .
Kecoh sana sini . Kalau hat ramah sikit , layan ah mamat mamat yang ngorat tu .
Kalau I , i lari dah . I takut dengan spesies2 lelaki yang ngorat neh .
Tapi tak semua . Ikot orang dan keadaan :) Kalau lelaki yang melemparkan senyuman pun boleh buat i cuak , inikan pula mengorat :DD

Tapi sekarang , bila ada mamat mamat yang ngorat , mesti terdiam dan perati betul2 muka mamat tu . Lepastu mesti pikir , dye neh taraf adik adik ke taraf abg abg . Haha
Dulu kan kalau org ngorat kita mesti la dye lagi tua dari kita atau sama umur .
Sekarang kalau keluar lepak lepak ngan member , mesti geng adek2 yang ngorat . Hampaa . Kuciwa >,<

Dannnnnnnnnnnn bila kau dah berumur 18 juga , kalau ada makcik makcik datang rumah , mesti I rasa nak nyorok . I takut kalau makcik makcik tu berkenan dengan I then nak jadikan I menantu then nak kenan2kan I dengan anak lelaki dia .
Masyaallah perasan tak hengat kan ;DD
Bukan tu jea , bila kau dah cukup umur , kau mula pk pasal masa depan .
Kau nak belajar dan cari kerje elok elok . Lepastu pk pasal kawen .

Masa kau bercinta pada umur yang sebegini , mesti kau mengharapkan hubungan tu berkekalan . Kalau boleh kau nak dye jadi zaujah/zauj kau in future .
So kau pun berubah perangai , menjadi lebih matang dan tahu menghormati pasangan kau . Kau nak pergi akad nikah sekarang pun boleh . Calon dah ade , Duit jea takde . Tok kadi all the time ready . lol ;D

Tapi ingat , ketika kau dah cukup umur , tidak bermakna bagi kau untuk melakukan apa sahaja . Setiap perlakuan harus ada batas :) kau nak bercinta kau bercinta jea la  Sebab bercinta part of life cuma acra kita nak handle cinta tu jea kena tahu macam mana dan tidak melebih lebih serta melampaui batas ^^v


                                                                     .........



thankie for reading : Tengku Lea

Lower 6 Talentime ! :)

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
19/9/2012 : 8.54 PM (Rabu)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara :)

Hye guys !
Straight forward jea la k . Takde mood nak menyimpang banyak sangat :)
So semalam , ada Lower 6 Talentime . And guess what ? I join :) Dah lama I join cuma semalam baru terlaksana Talentime tuu .
Malangnya hanya a few students yang join :) Mungkin yang lain malu . Takde idea or whatever .
Kalau nak ikotkan perasaan malu , semua orang malu kot . Termasuk I . Sape tak malu nak perform dekat depan orang lain . I mean org ramai . Tak kisah la how many people sekali pun kita punya penonton .

Bakat apa yang I tunjuk semalam ? Maybe ramai yang tahu I cuma tahu nyanyi so I nyanyi la kan .
Sumpah taubat i tak prepare semalam . Sebab sebelum neh asek tertunda jea Talentime so i pun macam jauh hati nak prektis nyanyi lagi dah .
Then tiba tiba semalam Madam Sooria nak buat talentime tu .
I pun mula mula macam nak taknak la . Sebab I dah jauh hati nak join . Tapi bila i ingatkan pasangan duet I , abg awie , so i relakan walaupun actually , performance i untuk semalam not so well . So bad .
Tapi entah , ramai yang kata okay termasuk Madam .

Kita yang nyanyi so kita tau how bad nyanyian kita kan . Tapi dah kalau the others kata okay , sedap . Then what else I can say ? I terima :) Hehe . I rasa mungkin dah ada yang tahu I nyanyi lagu apa .
Sebab I pernah mention kat entry I sebelum neh lagu apa yang I bawak . I nyanyi lagu biasa biasa jea . Kalau ramai yang minat filem Titanic , maybe they know . My heart will go on by Celine Dion .
Btw , Congratulations to me , abang awie , wany , nad and saufi . Dua pasangan duet and seorang solo . Another pasangan duet nyanyi lagu Lucky by Jason Mraz . Sumpah cute and i jadi backup singer tak berbayar sebab i nyanyi part chorus jea :D and solo part nyanyi lagu Marc Anthony .

Disebabkan kami join Talentime , kami dapat markah lebih untuk oral test kami nanti . Alhamdulillah . Bigbig thankyou Madam :) Madam said , we can go far . And Madam kata high tones i bagus . Haha .
Yes Madam , I hanya boleh nyanyi lagu high high jea . Hehe . Sebab tu lagu Ziana Zain jadi lagu santapan i setiap kali I p karok ;DD Apa apa pun , i happy :) i dapat markah lebih untuk oral test I then first time i nyanyi depan student secara berdua duaan dan bukan beramai ramai like before .

Thankyou ! Chow . Assalamualaikum :)







thankie for reading : Tengku Lea

A One Futsal . E N J O Y

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
12/9/2012 : 10.43 PM(Rabu)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara .

Hye .
Happy Wednesday guys ! cemana Rabu korang ? ada best ? ada scene scene terbaikkkk tak ?
Takde ? Sama la ngan I . Meh sini nak cter apa yang berlaku harini . Macam biasa , pagi pagi ke sekolah la tempat yang akan dituju . Gerak pukul 7.30 sampai around 7.35 . Semua orang tahu kot yang tu .
I rasa I dah cerita benda neh banyak kali dah dalam entry entry I yang lepas :) Mungkin ada yang dah boring . Maybe ? *bunyi cengkerik*

Nevermind guys . Biasalah kalau ada yang boring . Bukan keje I nak cheer up everybody ohkay dengan entry entry I segala . Tapi I usaha untuk gembirakan semua orang selagi I mampu *bunyi cengkerik lagi* .
Oh yes ! I sudah menyimpang dari tajuk yang sebenar . Good job Iylia ! :0

So , apa yang terjadi harini kepada diri I yang semakin hari semakin cute semakin hari semakin sayang ? ;D motif I buat statement minta kaki macam tuu ? hmm . No idea >,< Pergi sekolah belajar macam biasa k . Ulang lagi sekali . Belaja macam biasa k .
Belaja + makan + belajar + layan running man + belajar + pengetua masuk kelas + balik .
Balik rumah then mandi . Dan buat apa yang patut . Tak perlu kot mention kat sini apa yang I buat sepanjang I duk kat rumah . Terlalu detail plak kang ^^

Petangnya selepas Asar , I pergi futsal dekat A One , Kilang Lama berhadapan sekolah apa eh ? SMKK atau Sekolah Badlishah ? Alaa , I lupa .
Tapi just around situ jea la . Memang bebudak class I selalu main futsal kat sana lepas sekolah .
Kira pelanggan tetap jugak la :)
Ramai yang turun main tadi . Almost semua pelajar lelaki turun cuma ada dua tiga kerat jea tak dapat join .
Yang perempuan plak hanya 5 orang yang turun termasuk saya sendiri .
Malangnya saya tak main . Injured . Kononnnnn ;D

Happening jugak la main tadi . Bayangkan bila geng perempaun I masuk padang , kacau bilau jadinya . Haha . Banyak gelak dari main . Maklumlah , kalau namanya perempuan ate mainnya pun lemah lembut gitewww . Kau mampuu ? Berseronok hanya untuk sejam . Main pukul 5.15 then habis dalam pukul 6.15 :)
Dah habis pukul 6.15 , tunggu plak bebudak lelaki tukar baju apa semua . Tapi I tak tengok k . Aurat aurat >,< Hehe
Lepastu bergaduh plak nak balik . Sorang nak ke sini sorang nak ke sana . Kereta tak cukup la . Moto tak cukup la . Orangnya terlebih la . Acano tuu ? Itulah , naik moto jea semua gamaknya . Ini ada yang naik qeta , ada yang naik moto . I dengan geng Wempitz I jea steady naik moto . Boleh weng weng selit selit . Hmm :)

Btw , big thankyou to everyone yang take part termasuk my little brother Aqmal Danial . My dear Danial , dunt be sad sebab tak dapat jaringkan gol . Kau bukan main dengan geng geng pendek kau tadi . kau main dengan geng geng saiz dua kali ganda dari kau . positif k ? alolo . Haha .

Assalamualaikum :)







thankie for reading : Tengku Lea

Family.Friendship.Memory.Never.End

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
11/9/2012 : 11.05 PM (Selasa) 
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara . 
Holla ! *lambai lambai tangan*

Do miss me ? Haha . Okay okay , IMissYouGuysToo :*
Jangan tanya kenapa I gedik sangat malam neh . Entah apa yang jadah berperangai pelik macam sugar glider . Hmm :/
Kenapa mesti sugar glider ? kan ada bnyak lagi binatang lain . Ish . Maaf sugar glider sebab fitnah awak *berperangai pelik* . Saya pun tak tahu bila plak saya jadi saintis sampai boleh describe awak macam tuu . Maaf ! *menyesal* Padahal I nak jadi cikgu/pensyarah . Insyaallah :)

Korang kena tahu bahawa malam neh bilamana I mengupdate entry , sangat banyak la kesalahan yang I lakukan ketika menaip . Itu F to the A to the K to the T to the A . FAKTA . Huh huh :/
Why always me ? nasib ada "backspace" yang sentiasa membantu membetulkan balik ejaan dan typo segala yang boleh mencacatkan penulisan I malam neh :)
Oh yea , i baru saja lepas blogwalking blog arwah Yasmin J Hunwick atau well known as Yasmin Johan Eusoffe Abdullah . Sorry kalau silap info .
No matter what , Al Fatihah buat arwah . Rest in peace :')

Semoga family arwah sabar dengan pemergian arwah . Arwah bukannya baru meninggal k . Almost two months ago jugak la . I dont know her well actually . I know her sebab arwah blogger . And me blogger too . Blogger akan ambik tahu apa yang berlaku kepada blogger lain walaupun dia tak hot , tak gempak walaupun dia hot atau dia gempak macam goreng pisang panas .
Goreng pisang panas atau pisang goreng panas ? *pening*

Okay , setel mukadimah i tiga perenggan .
Gilaaa ?
taklah . kenapaa ?
tiga perenggan kat atas tu baru mukadimah ?
aah . Hehee . Ala , leklaa korang . Bukan selalu korang nak spend time , lepaks lepaks , santai santai , baring baring sambil smoke , sambil makan ,sambil online fb/twitter disamping membaca entry I . Just guys , i nak story what happened today . Nothing best . nothing special . Just so so saja . Haha ^^v

Pergi sekolah macam biasa cuma agak peliks sikit . Seminggu yang lepas , kalau pergi sekolah mesti I kejut si Sara Azman pukul 6.30 utk setelkan mandi , sembahyang subuh and pegi sekolah . Tapi sekarang , no more . Start from today , no more Sara Azman in this house . No need to kunci jam pukul 6.3o lagi . Hmm .
Tapi semalam I kunci jam jugak pukul 6.30 . And padahnya alarm buzz I pukul 6.30 la kan .
Bukak mata , then baru I ingat Sara Azman is not here anymore . So sad :(
Apa motif gamba sekeping macam neh ? nak kata size 4R pun bukan apatah lagi size pasport . Hee . Okay guys , neh separa pasport . Do i care ? Teka la mana satu I mana satu Sara Azman .

Back to story . Totally sedih la . My mum a.k.a Puan Zailina pun berat hati nak lepaskan Sara balik rumah . Maklumlah . Her new anak angkat . Kannnn ? Normal guys , all my frends , oh correction ! Semua kawan kawan rapat saya sahaja akan diambil sebagai anak angkat secara tak rasmi .
Tak perlu pun surat hitam putih bagai . Renyah ! :) Kihkih .

Oh Sara Azman , takde dah part sembang malam malam sebelum tido . Takde lagi dah nak nyanyi or prektis singing together lagu I believe I can fly . Lagu rolling in the deep and bla bla .
Takde lagi dah certain ayat yang aku petik nama mak aku untuk paksa hang makan . Paksa itu ini . Tolong jangan report polis guys . *merayu sangat sangat* .
Takde lagi dah aku nak dengar masalah hang bila malam menjelma . takde lagi dah nak pergi sekolah sekali . Hukhuk :(

Apa pun , sebagai kawan yang baik kepada kawan yang baik *tekan lif naik sendiri* aku atau lebih dikenali sebagai Iylia sentiasa mendoakan kebahagian hang dunia akhirat . Bersabar banyak banyak k . Semua dah tertulis macam tu macam ni untuk hang cuma kita jea taktauu :)

p/s : eh , esok I ada singing competition . Wish me luck please . Dear Celine Dion , im sorry kalau i menyumbangkan lagu you . I'll try my best k . Anything call me k , kak Line . Kak Line singkatan kepada Celine Dion . Belasahh >,<

Okbye korang ! *tutup lampu*





thankie for reading : Tengku Lea

Kita Harta Depa , Depa Harta Kita :)

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments

10/9/2012 : 10.40PM (Isnin)
Assalamualaikum wwarahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara Salam Kemerdekaan /Syawal 
So many things yang berlaku this week . And I tak sangka pun yang I will face this situation depan mata i sendiri . Thankyou Allah sebab bagi I peluang untuk melihat , merasai , mendalami , mengambil iktibar dengan apa yang berlaku around me this week . But I know , all this happen mesti ada sebab dan hikmah tersendiri . Ingin I tekankan kat sini , apa yang berlaku neh memang dah tertulis untuk kita :) okay ?

Macam good good jea kan mukadimah i kannn ? Haha . Duk buat pasrah bagai . Hehe . No lar . I rasa kalau hampa dalam situasi I , hampa akan rasa bersyukur , glad and bla bla . Walaupun bukan i watak utama untuk semua neh tapi i pemerhati . Bukan kah pemerhati akan sentiasa wujud walau kat mana pun kita ada ? oh yes !

Ingin diingatkan di sini wahai pembaca blog I yang setia yang curang , yang berpaling tadah dan sentiasa jujur dengan I . *ada ka yang baca blog I?* Kasih sayang seorang ibu dan anak tak akan pernah putus walaupun semarah mana si anak dan semarah mana si ibu . Bak kata pepatah "air yang dicincang takkan pernah putus" . Biasalakan , kadang kadang bila mak pak kita marah kita , kita jadi tension , geram , marah dan rasa nak memberontak . Kadang kdang makpak neh tuduh kita something yang kita tak buat . Forgive them . Walaupun terang terang depa salah , kita layankan jea :)

Mungkin kita layak untuk marah orang tua kita tapi biarlah berpada :) Mungkin kita perlukan tempat atau  ruang yang dapat membuatkan kita tenang diri dan dapat berfikir dengan baik . Kadang korang pernah rasa tak yang sebenarnya di other side , makpak korang bersalah dalam sesuatu hal ? pernah kan ? Tapi makpak kau tak pernah rasa yang dia bersalah ? nevermind guys , dia makpak kita . Just follow the flow . Yang penting kita tak jadi anak derhaka :)

Takde manusia yang tak inginkan keluarga yang bahagia . Yang penuh dengan gelak tawa , gurau senda apa semua . Tak semua family sama macam family orang lain kan ? tapi kita boleh create kan family kita just like what we want . aite ? banyakkan lah tanam kasih sayang , baja sifat hormat menghormati , siram dengan kebahagiaan . Then you can have perfect family dan kau akan jadi manusia yang paling bahagia . Sangat bahagia :) Tak dinafikan , ada yang jeles dengan family I sebab family i too have fun , santai , sporting , happy go lucky , gila gila . But not all the time kami akan berperangai mcm tu , my dear . Sometime kalau ada part yang kita kena tegas , kita akan tegas .

Seberat mana masalah kita , handle secara molek okay :) banyakkan bersabar dalam segala hal dan positif kan minda okay . Ingat k , hanya mak pak kita la aset yang paling berharga yang kita ada dalam dunia neh . Bernilainya mereka dalam hidup kita . Jaga dan hormat mereka selagi mereka masih hidup . Sesungguhnya semua jasa mereka tak mungkin dapat kita balas sepanjang hidup :)

Terima kasih sebab sudi luangkan masa baca blog I dan secara tak langsung mendoakan kedua ibu bapa awak awak semua :)

p/s : entah hantu apa yang rasuk saya guna *I* untuk entry kali neh . Nampak sopan jea kan ? kononnnn . Haha . Chow ! Asslaamualaikum :)





thankie for reading : Tengku Lea

Pasport Akhirat .Business atau Ekonomi ?

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
 6/9/2012 : 8.54 AM (Khamis) 
Assalamualaikum warahmatullah warabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara Salam Kemerdekaan !
Lama rasanya tak update blog . Lama sangat . Tapi tak berhabuk plak blog neh . Mungkin ada yang view kot . Hehe . Saya baru jea sudah mengusha blog akak mas *Teratak FiqRa* . Indahnya akak neh sebab bulan duablas neh beliau bakal menamatkan zaman bujang beliau dengan zauj nya , Afiq :) Mohon semua doakan perkawinan bakal zauj dan zaujah neh berjalan dengan lancar dan comel secomel pasangan neh . Insyallah :) Kahwin muda bukanlah satu cemuhan k malah digalakkan dalam islam ^^

Okay , itu intro saya untuk bulan neh setelah sekian lama menyepi . Saya menyepi sebab saya muhasabah kan diri dan menenangkan diri . Walaupun banyak sangat rasanya yang saya nak cerita . Sini saya nak share soemthing yang terdetik kat hati saya pagi yang indah neh . Indah k sebab bumi baru sahaja dibasahi hujan . Minta maaf kalau rasa saya berpura pura alim , berpura pura baik , berpura apa apa saja la dengan apa yang bakal saya share neh . Saya hanya share apa yang saya rasa  neh berdasarkan pandangan saya .

Saya rasakan , sangat comel bila seseorang tu memakai baju yang longgar dengan tudung yang labuh . Dengan kasut bertutup dan berstokin . Malangnya saya taklah sebaik sealim tu . Minta minta ALLAH bagi saya hidayah untuk berubah mcm tuu . Entah kenapa saya rasa bila sesorang yang berpakaian sebegitu , lebih selamat . Selamat dari pandangan lelaki .

Jujur , sebenarnya saya tak rasa begitu selamat bila saya pakai jeans , tshirt . tapi bila dah nama remaja kan , pakaian mcm tu jea la menjadi santapan tubuh kami sebagai perempuan . Saya pernah bertanya membe baik saya :

Saya : agak agak kalau aku pakai pakaian mcm tuu (berjubah , bertudung labuh) hang nak kawan dengan aku tak ?
Membe baik : mestilah nak . Nampak comel kot pakai mcm tuu .

Lebih kurang mcm tu la perbualan saya dengan membe baik saya tuu . Saya tahu membe baik saya tu jujur sebab dah 5 tahun saya berkawan dengan beliau . Beliau hanya akan kata apa yang beliau rasa baik , dan beliau akan kata apa yang rasa tak baik . Jujur :) Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik . Kalau saya baik dalam segala hal macam jaga batas , jaga aurat , jaga amal ibadat mesti saya akan dapat lelaki yang sebaik tu jugak kan ? Indahnyaa :)

Mampukah saya yang jahil neh berubah ke arah kebaikan yang saya nak tuu . berjubah + bertudung labuh ? yang pastinya bila saya dah berpakaian mcm tuu , pusat karaoke akan saya tinggalkan terutamanya . bercinta juga saya akan letak tepi dan menunggu lelaki yang betul inginkan saya menjadi zaujahnya masuk meminang saya ,. Hekhek . Tkade lagi lepak lepak almost every week . Takde lagi nak melawan cakap makpak . Takde lagi nak bersikap kasar dengan adik adik . Dan banyakkan belajar untuk menerima segalanya .

Yang penting sekarang neh , nak berubah perlukan kesabaran . Perlu sedia dari segi mental dan fizikal . Berubah sikit sikit lama lama jadi bukit . Hehe . Biar perubahan kita diterima ALLAH :) Setengah orang mampu berubah secara drastik tapi saya tak mampu . Saya takut iman saya berpatah balik . btw , setiap apa yang kita lakukan dalam dunia serba indah neh , merupakan pasport untuk kita ke akhirat . Setiap orang akan dapat pasport masing masing tapi flight kita tak sama . Mungkin akan ada yang dapat flight untuk business dan mungkin akan aa yang dapat flight untuk kelas ekonomi saja . Wallhualam ^^


thankie for reading : Tengku Lea

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |