Olimpik London 2012 =='

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
31/7/2012 : 12.21 AM (Selasa)

Assalamuaalaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger .

Awie : hang nampak cantik pakai macam neh . Simple tapi cantik . Kan sarah kan ?
Sara : aah . yang simple tu la selalunya cantik .
 Saya : Hee :) Kembang semangkuk*

Harini Malaysia vs Manchester City . Am i right ? kalau diikotkan memang plan nak tengok pun game bola neh . Tapi entahla . Lepas berbuka tadi pergi tesco kejap . Alasan pertama nya sebab nak pegi teman awie makan eskem yogurt . Pada masa yang sama juga Puan pesan suruh beli something . Dan pada masa yang masih sama juga , saya tercari cari kurma yang saya asek sebut sebut seminggu dua neh . Tak tahu kenapa , jooh saya dengan kurma tu masih belum sampai . Sampai sekarang tak dapat cari . yang ada cuma kurma biasa jaa =='

Konon kononnya lepas balik tesco tuu , nak layan game bola sambil makan sushi . Orang makan sushi layan ceqhita korea . baru feel . Katanyaaa . Tapi korea bukan lah minat saya dan alhamdulillah saya tak begitu taksub dengan muzik atau drama . kalau layan drama pun hanya layan layan mcm tuu jea . Takde sampai all the time mengadap benda tak berfaedah mcm tuu . Selalunyaa sebab nak tengok pelakon pelakon nya yang comel plus segak sangat . Kalau kulit putih tuu , mata sebelah kecik sebelah besaq pun orang kata segak ^^v tapi tak salah semua tuu . asalkan tak terikut ikut . terima kasih :)

Lupakan . akhirnya , saya tak layan pun bola . Makan sushi , ambil lappy , ambil charger , naik tangga , pulas tombol pintu , buka lampu kipas , pasang charger , on lappy , tutup lampu , bukak google , log in fb , nanges sejam ==' Haha . Macam apa lagi . Nampak sangat tak gentle saya neh :DD

Malam neh saya sedikit kuciwaaa ==' Tapi takpa . Saya tak kisah sangat pun . Cuma entah kenapa air mata saja duk buat tak tahwan turun . Rilek iylia rilek ^^v gelabah teruk sangat neh . Insyaallah Olimpik kat London tu berjalan dengan molek sahaja walaupun dah mula dengar cerita yang kurang enak . *tetiba* . Malas la nak cerita pasal kuciwa saya tuuu . jemu plus jemu plus jemu :) jemu sebab bersedih tak torah :DD

Kecoh an sekarang neh pasal Olimpik . Kau tengok dekat fesbuk saja pun cukup la kan . Berapaa puluh orang yang share maklumat dengan bebudak fesbuk . Saya pun tertarik la untuk baca apa yang dishare tuu haa . Memang nampak la unsur unsur yang tak sepatutnyaa . Dan depa cuba hendak berkuasa ==' yang macam mengejutkan sikit macam *opocott , mak kau!* tuu bila saya baca pasal depa dah menyediakan 20 ribu keranda plastik . For what ? Hm . Ask 'em . Stadium kat London tu toksah kata la kan . Hebat ! Masa hari pelancaran tu pun , api merata rata . menjulang kelangit . Hebat tak hebat ?

Dari setiap percikan api yang pihak depa tu buat , ada maksud yang sepatutnya kita sebagai islam/muslim kena tahu . Tak faham apa yang saya sampaikan ? Search google atau tanya la sape sape yang lebih berilmu :)

Pastu saya ada baca pasal seorang blogger dibunuh sebab menyebarkan maklumat pasal perancangan Olimpik neh haa . Wallhualam . Dan setelah dye dibunuh , blog nya juga hapus macam tu . Hilang ! ==' Gerun ka ? Dunia dah tak aman . Malaysia pun tak aman . Bila ditanya

*Bersyukur tk sebab jadi sebahagian rakyat malaysia ?
#bersyukur sebab negara kita aman dari penjajah . peperangan bla bla and etc .

padahal , nan hadooo . Aman dari pejajah tuu saya setujuu la . Tapi minda dan mentaliti rakyat kita masih dijajah . Ada sape sape perasan semua tuu ? Insyaallah ada . Cuma tak ramai kot yang bersuara . Takut di cop *kuno* *hulu* .

Aman dari peperangan ? Lupa ke pasal rusuhan , Bersih , sanggup mencederakan pihak yang tak sepatutnya ? Helo :) Aman la sangatt . Menyusahkan ada la .

Apa pun yang bakal atau kemungkinan yang berlaku , doa banyak banyak . ALLAH ada dengan kita . Dia tak pernah hilang . Kat DIA kita mengadu . Kepada DIA kita mohon kesabaran yang berlipat ganda . Dan kepada DIA juga kita mengadu dan meluahkan apa yang terbuku dalam hati ==' ALLAH , bless me :(



p palang s : got to goo . bye .
thankie for reading : Tengku Lea

Ramadhan Fasa 1 :) Goodbye =='

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
29/7/2012 : 9.228PM(ahad)

Assalamuaalaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1malaysia salam 1blogger . salam Khidmat Negara .

Hye semua . Lamanyaa tak update blog :) Nak kata busy tapi rasanya takpun . Sama saja :) takde apa yang berubah dalam hidup saya . tapi saya rasa macam saya dah matang sikit . Haha . Dalam kelas pun tak banyak cakap macam tahun tahun yang lepas . Saya bersembang bila saya rasa nak bersembang . Saya gelak bla ada benda lawak dan saya tak sempat menangis apa apa lagi setakat neh . Alhamdulillah . Hehe

Dari situ dah nampak tahap kematangan saya yang meningkat sebanyak 5 peratus ==' err . so guys , mcm mana ramadhan korang ? Semeriah ramadhan saya tak ? Hehe . Yea , ramdhan saya meriah . Sangat ! :) Dan harini saya dan family berbuka secara bersederhana . Tak membazir kot rasanya . Adik besaq dan abg makan nasi kandaq . saya dan adik kecik makan bihun goreng . Puan makan nasi . Sajen Wahab entahla makan apa . Beliau ada dekat langkawi . Mungkin beliau makan cekelat :D

Selalunya kalau ada Sajen Wahab lagi meriah . Macam macam makanan beliau beli . Penuh meja . Dan membuncit la semua perut anak anak dan bini beliau . Saya sendiri dah berapa hari tak makan nasi . Takde mood nak makan nasi ^^v mungkin sebab asek makan nasi jea . so bulan puasa neh , nak tuka menu . So jangan hairan kalau lepasneh saya kurus dua inci dari awak awak semua . Haha . Kalah najwa latippp ohkayy ;p

Riak sungguh saya . hm ==' Saya ada test lagi beberapa hari . Kira macam trial STPM gitewww . No comment la pasal trial tuu . Sama sama la berdoa dan dipermudahkan segala urusan . Tak lama lagi dah nak abeh dah sem satuu . Tinggal lagi dua sem . Lepas habes ketiga tiga sem , melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggii ! Tak sabar sangat sangat . Walaupun dalam hati ini ada seketul cuak yang bertandang . Lagi tinggi peringkat pengajian kita , lagi susah la kan :) tapi , takde benda yang senang dalam dunia neh . Kalau kau nak senang , kau kena bersusah payah dulu ^^v

tahun depan dah sembilan belaih dah umur saya . Ya allah , cepatnya masa berlalu . tak sangka saya akan tua sebegituu . Pastu mencecah angka puluh puluh plak . Rasa macam semalam jea duk main guli dengan jiran sebelah sambil makan aiskrim malaysia ==' hukk . Dah tak dapat duit raya :( hat tu paling sedih sebenaqnya . Hanya mampu mengharapkan duit raya Puan dengan Sajen jea . tu pun kalau depa ada belas kasihan terhadap saya yang comel sangat iniwwwww ;p

P palag s : katanya sesiapa yang tidur meniarap adalah merupakan penghuni neraka ==' wallahualam :) bye semua .
thankie for reading : Tengku Lea

Positive Thinking Like Our Mr Safuan ^^v

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
25/7/2012 : 11.20PM(rabu)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1blogger salam Khidmat negara .



Hye saudara islam saya :) dah dua hari saya teringatkan awak . Semoga sihat kat sana ^^v Raya neh , jemput singgah rumah dan jangan lupa duit raya sekali . Itupun kalau hati saya kuat nak jumpa awak . Hee . Sweet tak korangg ?

Biar saya rahsiakan kat sini siapa saudara islam yang saya maksudkan . Neh semua gara gara Nadia Barudin la neh sebab buatkan saya teringat dekat saudara saya ituu . Haha . Pergi bazar ramadhan dekat Kilang Lama , Kulim semalam , Nadia asek kata *yaa , muka dye macam ********* :) Saya punn mula la perah otak mula la teringat kat saudara saya tuu . Grr . Siap awok nadia tembam :DD

Tapi takpa . sekadar teringat dan tiada maksud apa apa . Insyaallah . Walaupun ramai yang tak suka . Dah tak suka , nak buat macam mana kan . tadah telinga jea la . Walaupun terasa hati ==' Saya terasa hati mungkin ramai yang tak tahuu . Isokey isoright . Nevermind . Saya dah biasa . Hehe .

Tenang jea kan saya menutur serta menaip ayat ayat dalam neh . Bangga tahuu . Haha . Sesungguhnya saya sedang berpuasa . Haha .

kepada Wany Md Noor , sorry sebab masih belum dapat update blog yang boleh buatkan awak melayan perasaan . Idea saya takde la awak . Kalau saya sedang berduka , mungkin senang saya menaip . Tapi sekarang saya tengah bahagia di samping awak dan kawan kawan serta keluarga kita yang lain , jadi mood sedih tu kureng . Hehe . Yang penting senyum kay senyum ^^v setiap yang berlaku ada hikmah .

Setiap kesedihan akan disusuli dengan kebahagian . Semua tu ALLAh dah atur untuk kita . Cuma terpulang bagaimana cara penerimaan kita terhadap ujian tuu :) Walaupun kita nampak tabah pada luaran , tapi dalaman kita lemah . Saya kenal awak , wany . Kenal sangat :) Setiap kali awak sedih , kami semua ada dengan awak . Termasuk kawan kawan baru kita ^^v Walaupun agak berat awak nak cerita , tengok muka pun dah tahu the whole story . hehe . Tu namanya kawan :)

p palang s : Positif thinking seperti cikgu safuan :) Hehe . Bye .
thankie for reading : Tengku Lea

Syafiq & Yana Kahwin Muda : Tahniah Untuk Mereka ^^v

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
11.34 PM(Isnin)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara .

Hye semua . Lamanya tak update blog *auta* . Sejak dua tiga hari neh rasa liat sebenarnya nak update blog . idea kurenggg la awok . Apa yang berlaku kat saya sepanjang hari belum tentu saya boleh cerita all out kat awok semua yea dak ? kena la simpan sikit . hehe .

Tadi masa i tengah on call dengan someone . Beliau tanya i .

*you dah tengok video remaja kawen ?

ha , lebih kureng cenggitu la ayat yang dye keluarkan . I lupaa ==' hehe . So saya pun try la godek godek video tu kat youtube and alhamdulillah tak jumpaa . Argh ! geramm . Time i tergedik gedik nak tengok la tak jumpa pun . Hm . Tak bagi i tengok habaq youtube oi . Haha .

Tiba tiba ada hamba ALLAH yang post video tu kat fesbuk . Macam paham paham plak hamba allah tuu . Terima kasih la hamba allah sebab memudahkan urusan pencarian sayaa ^^v dengan siputnya saya layan video tuu . Ashane entah line wifi rumah saya neh boleh jadi begitu lambat malam neh . Grr ! Tersekat sekat nak tengok punn . Kacau betul :D

Okay la , tak dinafikan bebudak yang kawen tuu comel :) masing masing muda remaja lagi . Saya rasa time saya umur seperti pasangan pengantin neh dulu , masih berlari lari , tak reti apa . Belemoih . Pakai tudung pun senget :) Itu saya . Hehe . Pasangan pengantin berumur 16 tahun (syafiq) dan pengantin perempuan 14 tahun (yana) .

Walaupun majlis depa agak grand , namun dalam grand tuu ada jugak yang tidak suka dengan apa yang depa buat iaitu tentang perkahwinan pada usia muda neh :) Entahlah , biasa la kan bila ada orang yang  suka dan tak suka dalam dunia neh . Setiap perkara yang baik pasti ada yang tak menyukainya . Fakta kan ? Sila panjat kerusi kalau setuju :)

First , mesti ada yang fikir benda tak baik . Mesti fikir bebudak neh kena tangkap khalwat and bla bla . Patu ada yang pertikaikan pasal wedding depa ditaja oleh mak bapak depa sebab depa tu muda lagi . Tak rasa begitu dihargai hanya sebab buat wedding dengan menggunakan duit makpak . Why so serious ? Helo , nowdays ramai lah anak anak yang pinjam duit makpak ntok buat kenduri kawen . Agak malu nak pinjam ngan makpak , pinjam ngan bank . Buat loan ? Helo , helo , helo ! ^^v

Btw , stop it guys . Bia la dorang fikir sendiri macam mana dorang nak handle masa depan dorang nanti . Bia la mak bapak depa sara depa buat setahun , dua tahun , tiga tahun . Nanti dah besar sikit , dah matang , dah pandai tentukan hidup , pandai pandai la depa cari punca rezeki . Rasanya depa pun tahu kot yang tak mungkin depa akan bergantung hidup dengan makpak selama lamanya . Kan ? :) positif la sikit melayu :)

Pasal cara depa nak hidup lepas kawen pun kau kesah kan ? Sekurang kurangnya depa telah menghalalkan sesuatu hubungan . Bukankah digalakkan menyegerakan perkahwinan dalam islam ? Cinta tak mengenal usia . Jodoh pun tak kenal usia . Asal kau tak bising yang nenek tuu kawen ngan si polan 20 tahun muda dari si nenek tuu ? Itu semua dah ditentukan . makbapak depa pun restuu dengan apa yang depa buat . Tolong doakan yang baik baik buat pasangan neh . Allah atau nabi tak penah ajar umat nya mendoakan perkara yang tak baik ^^b

Ingat ! Syaitan menangis bila anak adam berkahwin kerana dah selamat dua orang daripada melakukan maksiat :) Ingat tu . So yang comment comment di youtube tuu , shut up ! ^^v kau mendoakan yang tak baik kat orang , orang pun akan do the same thing kat kau nanti . Taknak kan ? :)

bye semua .
thankie for reading : Tengku Lea

Al Quran Sepanjang Ramadhan :) Saya Takde La Baik Sangat .

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
22/7/2012 : 11.00PM(Ahad)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1blogger salam Khidmat Negara . Salam Ramdhan .

Hye awak . Kita buh lagu baruu . Perasan tak ? perasan tak ? hehe . Lama tak lama jugak la lagu neh . Blur sangat dah taktau nak buh lagu apa . Nak buh lagu raya macam awal sangat tak korang rasa ? yela , kita semua kan baru dua hari puasa , tapi dah kecoh pasal raya . Hm , last last duk ulang balik buh lagu yang pernah kita buh duluu . Sorry kalau boringg . Kalau anda boring , boleh pergi ke blog seterusnyaa ^^v terima kasih sebab sudi meluangkan masa untuk dua saat . Sangat appreciate :) really , i really mean it .

guys , harini saya masih ke sekolah . hari pertama sekolah setelah bermulanya ibadah puasa . Memang penat sikit la :) sikit sahaja . Sumpah tak banyak . Paling sakit kepala ,bila tiba tiba saya sakit perut yang teramat sangat dalam kelas tadi . Hm . Tak bestnyaaaa . Terpaksa berpura pura sihat . gelak sana sini . Hipokrit sebentar :( gastrik ke saya ? apendiks ke saya ?

Insyaallah tak :) Saya dah biasa semua tuu . Insyaallah juga allah lindungi saya sekarang neh walaupun saya bukanlah salah satu hamba yang boleh dibanggakan . tapi saya mencuba :( *lap ayaq mata* okay . be serious iylia . terang terang kita semua tahu , kalau nama pun puasa , mana ada waktu rehat kan . kalau ada pun bukannya dapek makan kan . Kantin pun tutup kan . bankrap la kantin untuk sebulan kan . takpa takpa , ummi kaya kan ? ummi tuu owner kantin sekolah . baik beliau . Pemurah plak . Alhamdulillah . moga makin murah rezeki beliau sekeluarga . Insyaallah :)

Bila waktu rehat , saya dan bebudak kelas dikerahkan agar mengajar adik adik junior mengaji . Takpa takpa . selagi benda tu tidak mendatangkan dosa tapi memberikan pahala , kita digalakkan melakukannya . so kita bahagi bahagi kan student form6 bawah dan agih kepada setiap kelas . And guess what , saya offer diri untuk mengajar kelas budak budak paling nakal dalam sekolah tu saya rasa . Cikgu cikgu pun tak mampu nak handle dorang .  Saya rasa agak tercabar bila cikgu cikgu pun susah nak handle depa . So dengan berbesar hati dan eksaitednya , saya siap sedia mengajar kelas yang menggerunkan itewwww .

Salah satu sebab saya offerkan diri ke kelas tu sebab adik saya salah satu pelajar kelas tuu . Sambil menyelam minum air . Dalam masa yang sama , boleh pantau adik sendiri . nampak adik buas sikit , boleh lempang . Adik tak adik . Salah tetap salah .Itupun kalau dye buat salah . Saya tak menghukum orang tanpa sebab yang munasabah . Saya tak gilaa . Hehe . Jujur la saya garang sikit masa masuk kelas dorang dengan dua lagi kawan lelaki . Ada yang cuak dan mungkin ada yang tak suka saya . Mintaa maaf dari hati . Saya pegang amanah yang diberikan , jadi amanah tu saya handlekan sebaik mungkin . belum masa nak main main . lagi lagi berkaitan dengan agama . Saya kena ajar depa baca al quran . Boleh ke kita nak main aci ligan , nyorok2 takpun main batu seremban atau main congkak ? memang tak ah kan ^^v

Sikap saya dalam kelas budak budak tu tadi bukanlah sikap saya yang sebenar . Ustazah kata *jangan bagi muka sangat kat budak budak kelas neh . Tegas sikit . Buat la nak buat apa pun , yang penting jangan tabuh depa* . ituu jea pesan ustazah dekat kami bertiga :) Saya bukan jenis garang la . Bukan saya tuu . Saya kalau boleh nak jaa happy happy mengaja benda baik dengan hampa . Tapi hampa pun kena la baik . baru adil yea tak ? Saya nak puji kemampuan derta kelancaran adik adik neh baca al quran . Alhamdulillah takde masalah dalam bacaan . Ahkak pun masih belajar al quran . Khatam berapa kali pun ahkak masih belaja . Kita sama jea ahdek ahdek . Cuma ahkak dah dewasa , kau budak budak sikit . hehe

Ahkak pun masih hina dek . ahkak dah lama tinggalkan al quran . Ahkak busy dengan hal dunia . Sampaikan ahkak tak sempat pun nak luangkan masa dengan quran yang merupakan petunjuk kita semua :( hm . Dulu ahkak rajin . Ada tadarus al quran jea , ahkak join . tapi bila dah makin besar , makin jauh plak ahkak dengan semua tuu . Astagfirullah :( Ahkak jujur dengan korang neh . jangan ikot jejak ahkak . Bulan puasa neh jea ahkak nak dekat dekat sikit diri dengan al quran  lagi indah bila ahkak dekatkan diri dengan alquran sambil ditemani adik adik yang memang nakal gilos :) adik Tolong ahkak , ahkak tolong adik :)

p palang s : bye adik adik . See you tomorrow . Ahkak tahu hampa baca blog ahkak . Thankyouu :) Salam ^^v
thankie for reading : Tengku Lea

Cinta Kembali Bertasbih Part 2 ^^

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
21/7/2012 : 3/23 PM(Sabtu)

Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh .Salam1Malaysia salam 1Blogger salam Ramadhan :)

Kalau ada yang follow entry saya semalam , mungkin ramai yang tahu saya sedang struggle baca novel yang bertajuk Cinta Kembali Bertasbih neh :) Dah setengah novel neh saya baca . Selalunya kalau novel , hanya ambil masa sehari jea saya habiskan . Tapi taktau kenapa novel kali neh , saya nak ambil masa yang lama . Saya nak betul betul faham , betul betul menghayati . Hehe .

Best novel neh . Bagi saya la . Selalu saya baca novel yang berunsur cinta duniawi  Tapi kali neh berbeza . Novel masih berunsur cinta . Cinta kepada ALLAH lebih banyak dari cinta nya kepada sesama manusia . Semua perilaku dalam novel neh , mesti akan berkait rapat dengan ALLAH , nabi . Yang penting berunsur baik baik saja . Macam macam jugak la yang dapat saya belajar dari novel neh . Lebih lebih lagi pasal agama . Hee :) Dapat juga tambah ilmu bulan puasa neh haa ^^b

Ada satu part di mana hero dalam novel neh sambung belajar di Mesir . Tiba tiba saya jadi teringat dengan Encik Ampang . Hm . Tak tahu la beliau sihat ke tak . Saya harap beliau sihat , insyallah :) Serba sikit nanti , kehidupan Encik Ampang mungkin sama macam hero dalam novel neh bila beliau kat mesir nanti . Saya mengharapkan yang terbaik untuk you , Ampang :) minta maaf sebab tak dapat menjadi kawan yang baik untuk you . Apa pun , you kawan dunia akhirat i ^^v

Apa pun bila saya baca novel neh , nampak sangat saya begitu kerdil . Jahil lagi saya neh pasal agama . baru setengah novel tu saya baca dah rasa begitu jahil , kalau baca sampai habis , teriak berbaku bakul jugak la sebab meratap dosa dan kejahilan diri sendiri . Adeh :) Entahlah , harap harap hari demi hari dapat la saya tambah ilmu neh haa :( nak sangat suatu hari nanti ada lelaki yang bergelar suami dapat bimbing saya . Hikk ^^v insyaallah . yang paling bestnyaa , hero neh sangat sangat sangat sayangkan adik dye , Fatimah . Bertuah la kalau dalam dunia realiti neh ada seorang abang yang begitu menjaga adik dye sendiri kan .

Hero neh sanggup cari duit untuk sara adik dye belajar kat luar negara . sanggup kumpul duit untuk kahwinkan adik dye dengan orang yang baik baik dan beragama . Susah kan kalau hidup sebagai anak yatim . Hm . Tak dapat bayangkan kalau saya takde makpak . Meraung teruk saya nanti =='

Sini saya nak share sikit dari apa yang saya kutip dari Novel Cinta Kembali Bertasbih :) Panjang sikit tauu . Kalau tak mampu baca , boleh stop sekarang . Mana la nak tauu , puasa punya pasal then sampai tak larat nak membaca . kann ? ^^v

Saudaraku , kalii ini saya mahu berbicara tentang soal cinta . ramai remaja menyukai subjek cinta . Mereka seronok mendengar kalimah cinta . Tetapi perlu diingat ! Cinta itu bukan main main . Cinta itu bukan barang yang diberi semahunya . Ia punya tanda harga dan hanya mereka yang berhak layak menerimanya . kemahuan untuk mencintai naluri biasa seorang manusia . Namun perlu diingat , sekali kita memberi cinta akan memberi kesan yang abadi pada jiwa .

Mengapa ?

Kerana cinta itu adalah ukuran iman . Orang yang kita cintai itu akan menjadi penentu tempat kita di akhirat . Ingatlah ! orang yang kita cintai itu , akan melambangkan apa yang ada dalam hati kita . Sama ada keiimanan atau kefasikan . Inilah perkara yang ramai remaja tidak mengetahuinya sehingga mereka tidak yakin , cintu itu akan menjadi penentu kehidupan mereka di akhirat kelak .

Buktinya ?

nabi berpesan ,setiap manusia terhimpun di akhirat bersama orang yang mereka cintai . Andai kita mencintai pewaris neraka , maka kita akan berhimpun bersamanya di dalam Neraka Jahanam . Andai kita mencintai pewaris Syurga Firdaus , pasti kita akan berhimpun di dalam syurga bersamanya .

Akhirnya ?

Sungguh besar kesannya apabila kita mencintai seseorang . Cinta oleh membawa ke syurga ataupun neraka tuhan . Pilihlah siapa kekasih kita . Orang yang soleh ataupun orang yang fasik . Pilihan itu di tangan kita . Mencintai , bererti memilih . Anda pilih bahagia , ataupun sengsara .

Hm , dah baca kan ? Dalam kan maksud yang pengarang neh cuba sampaikan kepada pembaca ? Saya baca neh , jadi terdiam . Memang terdiam ah kan , sebab saya baca tanpa mengeluarkan suara :) ini semua bererti , sesiapa yang kita cintai akan menjadi penentu tempat tinggal kita di akhirat kelak ==' Insaf dan terkesima sekejap .

p palang s : buat yang berpuasa , selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya :) Ingat , syaitan dah kena ikat . So jangan berperangai seperti adik beradik syaitan . Tak perlulah cari port nak curi curi makan . Buat sakit kepala jea nak kena makan sembunyi sembunyi . Dah berbuka t , makan la kau puas puas yea :) bye .
thankie for reading : Tengku Lea

Cinta Kembali Bertasbih ^^v

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
20/7/2012 : 2.45PM(Jumaat)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat negara .

Ustaz , ustazah atau mana mana guru yang menghina muridnya adalah ustaz , ustazah atau guru yang tidak cukup ilmu agamanya . Menghina orang itu perbuatan orang jahil . Ustaz atau ustazah serta guru yang baik akan sentiasa mendoakan muridnya dengan kata kata positif . Sekalipun muridnya nakal , dia tetap mendidik dan mendoakan anak muridnya menjadi baik . Apabila ada ustaz , ustazah atau guru yang menghina kamu , abaikan sahaja kerana dia masih lagi jahil tentang akhlak nabi yang sebenarnya ^^v

*Nabi Muhammad adalah semulia mulia makhluk , namun dia juga dihina dan dikeji oleh kaumnya . Tiada siapa pun yang dapat menutup mulut manusia dengan kebaikannnya . Sekiranya kita berbuat baik , ada juga orang cemburu . Apabila kita berbuat jahat , lagi ramai orang yang membenci . Jadi kita tidak boleh fikirkan mulut orang . Kita perlu berusaha meneruskan amalan baik ^^V

Apabila melihat sebatang pokok yang tinggi , lalu kamu pergi kepadanya dan kamu katakan yang pokok itu rendah . Lalu , kamu mengatakan lagi pokok itu rendah berkali kali , adakah ia menjadi disebabkan kata kata kamu ?

tidak bukan ? :)

Seandainya kamu adalah budak yang baik , tiba tiba ada orang yang mengatakan kamu jahat , adakah kamu berubah menjadi jahat ?

Mungkin . Rasanya tidak :)

Sekiranya seorang guru menuduh kamu berbuat satu dosa besar , sedangkan kamu tidak melakukan dosa itu , adakah ALLAH akan memasukkan kamu ke dalam neraka ?

Sudah tentu tidak :)

Biar Allah sahaja yang menentukan seseorang itu baik ataupun jahat . Kita sebagai manusia perlu meneruskan usaha dan amal kebajikan . Kata kata manusia tidak mampu memudarat atau menyakiti kita . Mungkin ada kata kata yang menganggu jiwa kita , tetapi ia tidak mencederakan kita . Jadi , teruskan kerja yang baik dan abaikan sangkaan buruk manusia lain . Di situ , kamu akan berubah menjadi manusia yang lebih bagus :)

Apa yang awak buat harini , takkan memberikan hasil sekarang . Ia akan kelihatan pada sepuluh tahun lagi .

Hye korang ! Salam jumaat semua ^^v Ada yang rasa panas baca entry saya ? panas telinga ? panas mata ? panas badan atau panas hati ? Hikhok . atau ada sape sape yang terasa ? Minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut . Tiada niat apa pun . Yea , saya tahu saya takde la baik sangat . Tapi benda yang baik saya share la dengan awok awok semua . Saya ingatkan awak semua , awokk awok ingatkan saya balik . Saling mengingati . Takkan tak sweet awok ? :DD Saja kumpul pahala sebelum puasa neh haa .

Sebenarnya ayat ayat kat atas tu haa saya kutip dari sebuah novel . Novel tu saya pinjam dari kawan kelas . Thankyou kawan . Tajuk novel tu *Cinta Kembali Bertasbih* . Nak kasi sinopsis kat korang pun , belum habis dibaca novel tu lagii . Next time yeaa . Kalau rajin . Hehe

p palang s : Pastikan awok check telepon awokk . Kemungkinan besar saya kan menghantar msg kepada awokk :) neh baru entry pertama tauu . akan ada entry kedua malam kang ^^b bye .
thankie for reading : Tengku Lea

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |