Si Bunga dan Si Kumbang

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
30/9/2012 : 9.51 PM (Ahad)

Assalamualaikum warahmatullah wabarkatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara .

Korang nampak tak jarak bila I dengan ex i duduk masa kami dating dulu ? Haha . Cerita lamooo :D

Tatkala si bunga mengharapkan si kumbang , si kumbang terbang pergi meninggalkan si bunga tanpa sebarang kata .
Tatkala si bunga mengharapkan si kumbang menjadi raja dihatinya , si kumbang pergi mencari si ratu bunga yang lain .
Tatkala si bunga terus menerus menyayangi si kumbang , si kumbang pula beralih arah .
Kenapa susah sangat loveland neh ? :D

Adakah ini cerita pasal cinta ?
eh , taklaa . I tengah update pasal cara cara nak masak biawak dan labi labi tiga rasa . Come and join us .
Phew ! yayaya , ini pasal cinta . Dan masih lagi pasal cinta .
Helo , dengar I punya background music la kan , sesuai untuk entry2 cinta , tangkap leleh , jiwang karat karot and bla bla .
padahal I dah meluat nak update pasal cinta . 'Tapi cinta adalah part of life , man . Gosh !

But , dont worry guys . Bila dah tiba masa , akan ada zauj/zaujah yang memang ditetapkan buat korang . rahsia ALLAH semua tuu :)
Korang tunggu jea sambil lekluu sapkokluuu .
Benda tayah kalut . Jangan nak gelabah sangat kalau tiba tiba kau dah clash , then mula la nak cari pengganti cepat cepat .
motif kau nak cari pengganti as soon as possible macam KIM POSSIBLE adalah sebab kau takut hidup kau sunyi ? kann ?
Kau risau takde sape nak msg kau ? kann ? kau takut kau tak laku ? kannn ?
Kau jeles dengan membe membe kau yang ada pasangan yang boleh dibawa kehulu kehilir . Kannnn ?

Okay , persetankan semua tuu . Jangan bercinta kalau setakat nak isikan kekosongan kau . Jangan nak bercinta sebab kau bosan , kau sunyi . Kalau kau tetapkan pendirian kau mcm tuu , tak mustahil kau akan clash buat kali ke patplohenam . Okay ? :DD
Bercinta bila kau dah bersedia . Tapi I takdela setuju sangat dengan statment *bercinta bila kau dah bersedia* neh sebenarnya .
I lebih setuju statement ini ditukar kepada *berkahwin bila kau dah bersedia* .

Tapi dah kalau kau bebudak lagi , nak kawen mende kann ? duit sekolah pun mak bagi , pergi sekolah pun pak hantaq . Acanoo tuu ?
Nak bercinta tu boleh sebenarnya asalkan kau tahu konsep bercinta yang betul .
Biasa la kan masa kau zaman jahiliah dulu , kau bercinta pegang2 tangan , peluk peluk , menarikkk bagai .
Itu percintaan remaja kan ?
Tapi kau boleh ubah cara bercinta kau tu bila kau dah meningkat dewasa .
kau lebih menjaga batas pergaulan kau . From that , kau akan rasa hubungan percintaan kau lebih suci dan bersih . Guna jari pun bolehhh *tetiba*

Trust me guys , I dulu pun noob jugak . Bercinta entah apa apa . Keluar sana sini . So , nak cari pakwe/awek cari la yang duk jauh jauh . Tak gaduh nak jumpa selalu kan ? Haha
Tapi sekarang , I dah besar . Dalam usia I yang dalam proses kematangan neh , kalau I keluar date ke apa ke , I akan rasa janggal maybe ^^
Dan bila I dah jumpa bakal pakwe ke bakal suami ke , insyaallah i will protect our relationship sesuci yang boleh . Pulun kedah pulun ! :DD

GOODBYE SEPTEMBER , WELCOME OCTOBER ^^







thankie for reading : Tengku Lea

Yang Dekat Akan Menang , Yang Jauh Akan Kalah

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
28/9/2012 : 10.49

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger .

Oh , hye :/

Disebabkan I bangun awal harini sesudah subuh , maka dengan ini , I sangat boring . Online fesbuk pun hanya ada beberapa org jea . Yang lain masih tido barangkali :)
I ingat nak buat sambungan cerita tentang cik polan kita . Tapi entah kenapa , i rasa nak tamatkan cerita tu .
Biarlah kita sama sama tak tahu ending cerita cik polan dan cik abg dye mcm mana .
Mungkin bahagia ? mungkin hubungan tergantung atau mungkin kesudahan nya hanya perpisahan ? Hmm :)

waktu ini , detik ini juga i sedang teringatkan novel i yang baru siap separuh jalan . ops ! silap . bukan separuh tapi sesuku jalan . Macam mana tuu ? Im too busy . I tak sempat nak siapkan .
Mood i pun takde . sebab tu novel i masih tergantung .
I perlukan mood untuk siapkan novel i .
Mood ! come to mama ! :DD

waktu ini , detik ini juga i sedang teringatkan "bekas bekas teman lelaki" i yang entah kemana . Cuma ada tiga orang "bekas teman lelaki" jea yang i tahu aktiviti dorang . Sihat atau tak . Bahagia atau tak . Single atau couple . Hoho :DD
Yang selebihnya wallhualam . Harap harap sihat hendaknya :)
kepada kelima lima "bekas teman lelaki" : I hope you know that i never benci hampa hampa semua . Marah sikit jea . Tapi itu dulu la . Sekarang kalau dapat tahu hampa2 tengah bahagia , dah ada awek bagai , i siap senyum lagi :) ikhlas ^^ seikhlas macam I terima hampa dalam hidup I dulu :)

Lima orang "bekas teman lelaki" i kan ? Hukhuk . Dulu i gedik sangat . Bayangkan since form1 i dah bercinta . Haha . But now , semua tu dah takde dah . Semua dah jadi "bekas" :DD
Tapi okay la , lima lima lelaki neh bagi pengajaran kat i , pengalaman dan kenangan kat i yang comel neh .
Depa depa neh la buat i makin kuat , makin sabar dalam melalui dunia khayalan a.k.a cinta yang tiada kesudahan neh . Hehe .
Yang penting sekali depa neh la buat i makin matang . Buktinya ? I makin susah nak bercinta sekarang .

Mungkin I sukakan seseorang tu tapi agak lambat untuk I menerima seseorang tu dalam diri I walaupun hakikatnya i sayang dan suka lelaki tuu :)
Atau lebih senang kalau i cakap yang i takut nak terikat atau bercouple .
I takut sama sama terluka . I takut sama sama tak mampu jaga hubungan neh dengan baik .
Sebab masing masing masih muda . Walaupun terpaksa sayang seseorang tu dalam diam :')
I taknak hati kecik I neh terguris bak kulit bawang untuk kali keenam . Kerana hati i senipis kulit bawang . Hee ^^

I taknak bercinta untuk sebulan atau setahun dua jea . I taknak bercinta hanya untuk sementara padahal i dah berjuang habis habisan untuk bercinta , setia , menjaga hati seseorang tu selama neh .
I dah penat untuk kenal hati "orang baru" . Sebab setiap orang hatinya lain lain . Perangai serta sikap nya juga lain .
Then mula la I kena observe . Tapi kalau I sukakan seseorang tu , I tak kisah kalau i kena buat eksperimen seseorang tuu .
Dah kalau kita suka , kita kena la belajar faham macam mana dia . Kannn ?
Pengorbanan semua tuu . Hehe

We are going to Langkawi next week ! Haha . Ada sapa sapa nak pesan ikan duyung dari Langkawi tak ? :D


Last but not least , doakan I bahagia dengan famili dan kawan kawan I yea ^^








thankie for reading : Tengku Lea

Kisah Cik Polan dan Cik Abangnya Part 2 :')

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
24/9/2012 : 8.09 PM (Isnin)

Assalamuaalaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara
Harini entry saya masih lagi berkisarkan tentang apa yang terjadi kepada Cik Polan kita .
Jangan risau guys , Cik Polan kita masih kuat . Masih mampu gelak tawa dan tersenyum dari apa yang I tengok . Alhamdulillah .
Untung Cik Polan sebab ada kawan kawan dan insan2 yang sentiasa buat hidup hidup Cik Polan bersinar , bernyawa .
Untung jugak I sebab dapat share kawan2 dengan cik polan . Taktkala , cik polan sedih , I juga turut sedih .Bilamana cik polan , happy . I juga turut happy :)

Cik Polan cerita something kat i masa kat sekolah tadi . Dye kata dye dapat msg dari cik abg dye around 5.38 pagi .
Isi kandungan msg tu tak perlu la korang tahu kan :) Biar antara allah , cik polan dengan cik abg jea tahu isi kandungan msg tu .
Sebaik jea cik polan dapat msg tu , hari cik polan muram . keluh kesah .
Otak cik polan sentiasa ligat berfikir apa yang ingin disampaikan oleh cik abg beliau .
Dan mula la otaknya memikirkan pelbagai spekulasi serta pelbagai andaian dengan apa yang akan diberitahu kepadanya kelak .

Cik polan takut sebenarnya . Takut tak mampu mendengar suara cik abg nya lagi . Takut tak mampu menyekat air mata yang bila bila masa jea akan turun membasahi pipi .
Takut apa yang cik polan jangkakan akan terjadi . I sebagai kawan dye , i cuma mampu nasihatkan cik polan agar bersabar .
Kawan kawan yang lain pula minta cik polan bersabar dan tunggu segala kemungkinan yg bakal menjadi .
Indahnya hidup cik polan :') bak kata membe2 cik polan , layannn jea . Dunia semua neh :')

Berat sebenarnya hati cik polan nak layan semua yang terjadi pada dirinya sejak kebelakangan neh .
kerana cik polan berpura nothing happen . Cik Polan mula menjadi hipokrit demi menyimpan perasaan sebenar .
I boleh nampak semua tu dalam diri cik polan . Abg awie juga dah cuba untuk menggembirakan cik polan .
Cik polan hargai perlakuan serta usaha abg awie memerangkap anak angkat kepada Puan Zailina :)

Buat cik polan : tabahkan hati k . Masih ramai yang sayang kau . Masih ramai yang ambil  berat pasal kau . Masih ramai yang mampu menerima kekurangan dan kelebihan kau . Masih ramai yang mampu terima kau seadanya . Allah bless you , cik polan :')

♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.
♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.
♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.
♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan
 menimpa, ALLAH yang ATURKAN.
♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.
♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.
♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita. 





Assalamualaikum :)




thankie for reading : Tengku Lea

Kisah Cik Polan dan Cik Abang Nya :')

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
23/9/2012 : 4.10 PM (Ahad)

Assalamualikum warahmatullah wabaraktuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara
Harini , I atau lebih dikenali eton pinky pinky bombom *muntah* nak cerita something la kat korangsss .
Cerita neh berlaku dekat membe i or well known as "somebody" or also well known as nur polan binti mohd polan :)
Siapa sekalipun insan tersebut , kita doakan kebahagian dye k . Sebab dye membe i .
Membe i , membe korang jugak kan :DD

Cik polan neh baru saja kehilangan tapi i rasa tak kehilangan sangat la sebab masing masing ambil langkah silent is better . So relationship neh tergantung bak kata cik polan :)
You know what i mean ? So , i sebagai kawan beliau , i tumpang sedih :')
Semua neh dah tertulis dalam loh mahfuz ^^

Alkisahnya macam neh la kan , benda neh terjadi terlalu pantas . Cik polan dan cik abg dye tak mengharap dan tak ingin pun semua neh berlaku .
Dan menurut cik polan neh , dye tak salahkan cik abg dye seratus persen .
Cuma dye agak terkilan sedikit . Kuciwa sedikit . Siapa tak sedih taktkala rumah yang sedang dibina , runtuh dek kerana menggunakan simen yang murah dan batu bata yang mudah rosak . Sobs sobs :) *over*

Cik polan kata semua neh terjadi mungkin sebab ada cross pasal perasaan cik abg dye . Yela , cik abg dye duk jauh , Kadang kadang pergi sana , jumpa membe2 perempuan yang selalu ada depan mata .
Yang ada time susah senang dye . So hati pun jadi terusik dan tersuka .
Cik polan neh pulak duk jauh dari dye . Jumpa plak jarang . Kadang kadang cik polan jea yang asek terserempak dengan cik abg dye kalau cik abg dye cuti sem dan balik Kedah :)

Cik polan bukan sengaja taknak jumpa cik abg dye . Cik polan neh nak jugak rasa macam couple lain . Keluar berdua , gelak gelak , golek golek , guling guling mcm filem hindustan tapi niat cik polan neh bagus sebenarnya . Dye nak pelihara hubungan antara cik polan dengan cik abg dye sentiasa suci :)
dannn , sehingga hubungan tu terbengkalai , hubungan tu masih suci bersih macam tu jugak . So , cik polan mengucapkan syukur .
Cik polan berterima kasih dengan cik abg dye sebab berjaya kekalkan kesucian hubungan depa neh . Alhamdullillah .

Cik polan ada meluahkan rasa hatinya yang sedih dengan apa yang jadi sekarang neh . Dan tadi masa cik polan cerita masalah dye kat I , cik polan menangis . I tahu cik polan sedih . Cik polan pendam air mata sejak semalam lagi sehingga la jadi telaga .
Mungkin sebab telaga dah penuh , air mata gadis cik polan turun akhirnya sikit demi sedikit .
I tak sangka cik polan dah sedikit matang dalam hal berkaitan dengan relationship .
Mungkin beliau mampu terima apa yang berlaku neh .

Mungkin ? mungkin jea la kot :) Cik polan sampaikan pesanan kepada I agar sampaikan pesanan ini kepada cik abg dye dalam blog i . so here , i sebagai penyampai amanah seseorang , i sampaikan juga pesanan tu .

Pesanan kepada cik polan punya cik abg : b , i think you should know that i love you , i miss you . Dulu sampailah sekarang :') Sepanjang tiga tahun i kenal dengan you , never ever i lupakan you . I rasa i pernah bgtau you yang you antara boipren terbaik i kan , sayang ? :) Tipulah kalau i kata i tak sakit hati , i tak kecewa , i tak menangis dengan apa yang terjadi . Tapi i sentiasa redha . Kadang2 bila i terasa hati dengan perlakuan you , i tak pernah berterus terang .

I simpan sorang sorang . Kadang2 sampai you takleh detect pun yang i terasa hati dengan you sebab i pandai berpura . Kalau you hantar msg , i balas . I berpura pura happy . Then kalau you call , i sentiasa gelak gelak . I taknak you tahu i terasa dengan you . I taknak you serabut :) sebab you ada banyak benda lain yg patut dipikirkan selain i . I memahami you . Sangat :')

Walapun kita dah lama berkawan dah lama bercinta , setiap kali you call i , i masih lagi berdebar debar nak angkat call macam pertama kali kita bercinta dulu . Hebatnya cinta i tapi hebat lagi cinta i kepada pencipta kita berdua :) Last but not least , I tak kisahlah kalau you nak berkawan mahupun bercouple dengan seribu org perempuan sekalipun , kalau dah mmg tertulis you jodoh i , seribu perempuan tu takkan dapat miliki you :) Dan kalau tertulis jugak you bukan untuk I , i redha . Mungkin ada yang lebih baik . Semua tu rahsia ALLAH .

panjang tak pesanan cik polan ? haha . Amanah kan so I pun cuma sampaikan . Cik polan , be strong girl :')












thankie for reading : Tengku Lea

When You Are 18 . What You Can Do ?

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
21/9/2012 : 1.47 PM (Jumaat)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara

Blog neh dah bertukar kepada new look . And I terkebil kebil nak guna cemana minatang alah neh . Asal tak kekal kan jea yang lama ?
Nak create new post neh okay jugak la sebab lebih kurang macm microsoft word . Apa apa jea la :)
Asalkan sesi mengupdate I tak terbantut . Thats all .

Back to the topic . Bila kau dah lapan belas ? Maksud I bila you dah berumur 18 . Anything you can do my dear . Hoho .
Kau boleh sambung belaja kat IPTA/IPTS . Kalau boleh masuk kelab kelab yang mendatangkan dosa .
Kau boleh masuk panggung dengan kadar umur yang dah mencukupi and bla bla dan boleh tengok filem/drama yang berunsur 18 sx . Whatever ! .
Kau boleh start hisap rokok . Tapi budak sekarang tayah tunggu umur 18 , darjah 6 yang masih bawak beg sebesaq alam tu pun dah mula hisap rokok bagai .
Serious stupid .

Bagi seorang perempuan yang pendek , comel , matang SANGAT macam I neh , bila I dah berumur 18 pada 24/5 yang lepas , I jadi macam *bunyi cengkerik* .
I taktau nak describe macam mana . First of all , taubat lillah la best kan .
Kau dah cukup umur segala bagai .
Kau nak kawen pun boleh . Tapi ada yang lagi muda dari I pun dah kawen dah sekarang neh .
Zaman dah maju *bunyi tarzan*

Dulu masa belum cukup umur la kenn , kalau ada mamat mamat ngorat , kompem eksaited .
Kecoh sana sini . Kalau hat ramah sikit , layan ah mamat mamat yang ngorat tu .
Kalau I , i lari dah . I takut dengan spesies2 lelaki yang ngorat neh .
Tapi tak semua . Ikot orang dan keadaan :) Kalau lelaki yang melemparkan senyuman pun boleh buat i cuak , inikan pula mengorat :DD

Tapi sekarang , bila ada mamat mamat yang ngorat , mesti terdiam dan perati betul2 muka mamat tu . Lepastu mesti pikir , dye neh taraf adik adik ke taraf abg abg . Haha
Dulu kan kalau org ngorat kita mesti la dye lagi tua dari kita atau sama umur .
Sekarang kalau keluar lepak lepak ngan member , mesti geng adek2 yang ngorat . Hampaa . Kuciwa >,<

Dannnnnnnnnnnn bila kau dah berumur 18 juga , kalau ada makcik makcik datang rumah , mesti I rasa nak nyorok . I takut kalau makcik makcik tu berkenan dengan I then nak jadikan I menantu then nak kenan2kan I dengan anak lelaki dia .
Masyaallah perasan tak hengat kan ;DD
Bukan tu jea , bila kau dah cukup umur , kau mula pk pasal masa depan .
Kau nak belajar dan cari kerje elok elok . Lepastu pk pasal kawen .

Masa kau bercinta pada umur yang sebegini , mesti kau mengharapkan hubungan tu berkekalan . Kalau boleh kau nak dye jadi zaujah/zauj kau in future .
So kau pun berubah perangai , menjadi lebih matang dan tahu menghormati pasangan kau . Kau nak pergi akad nikah sekarang pun boleh . Calon dah ade , Duit jea takde . Tok kadi all the time ready . lol ;D

Tapi ingat , ketika kau dah cukup umur , tidak bermakna bagi kau untuk melakukan apa sahaja . Setiap perlakuan harus ada batas :) kau nak bercinta kau bercinta jea la  Sebab bercinta part of life cuma acra kita nak handle cinta tu jea kena tahu macam mana dan tidak melebih lebih serta melampaui batas ^^v


                                                                     .........



thankie for reading : Tengku Lea

Lower 6 Talentime ! :)

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
19/9/2012 : 8.54 PM (Rabu)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara :)

Hye guys !
Straight forward jea la k . Takde mood nak menyimpang banyak sangat :)
So semalam , ada Lower 6 Talentime . And guess what ? I join :) Dah lama I join cuma semalam baru terlaksana Talentime tuu .
Malangnya hanya a few students yang join :) Mungkin yang lain malu . Takde idea or whatever .
Kalau nak ikotkan perasaan malu , semua orang malu kot . Termasuk I . Sape tak malu nak perform dekat depan orang lain . I mean org ramai . Tak kisah la how many people sekali pun kita punya penonton .

Bakat apa yang I tunjuk semalam ? Maybe ramai yang tahu I cuma tahu nyanyi so I nyanyi la kan .
Sumpah taubat i tak prepare semalam . Sebab sebelum neh asek tertunda jea Talentime so i pun macam jauh hati nak prektis nyanyi lagi dah .
Then tiba tiba semalam Madam Sooria nak buat talentime tu .
I pun mula mula macam nak taknak la . Sebab I dah jauh hati nak join . Tapi bila i ingatkan pasangan duet I , abg awie , so i relakan walaupun actually , performance i untuk semalam not so well . So bad .
Tapi entah , ramai yang kata okay termasuk Madam .

Kita yang nyanyi so kita tau how bad nyanyian kita kan . Tapi dah kalau the others kata okay , sedap . Then what else I can say ? I terima :) Hehe . I rasa mungkin dah ada yang tahu I nyanyi lagu apa .
Sebab I pernah mention kat entry I sebelum neh lagu apa yang I bawak . I nyanyi lagu biasa biasa jea . Kalau ramai yang minat filem Titanic , maybe they know . My heart will go on by Celine Dion .
Btw , Congratulations to me , abang awie , wany , nad and saufi . Dua pasangan duet and seorang solo . Another pasangan duet nyanyi lagu Lucky by Jason Mraz . Sumpah cute and i jadi backup singer tak berbayar sebab i nyanyi part chorus jea :D and solo part nyanyi lagu Marc Anthony .

Disebabkan kami join Talentime , kami dapat markah lebih untuk oral test kami nanti . Alhamdulillah . Bigbig thankyou Madam :) Madam said , we can go far . And Madam kata high tones i bagus . Haha .
Yes Madam , I hanya boleh nyanyi lagu high high jea . Hehe . Sebab tu lagu Ziana Zain jadi lagu santapan i setiap kali I p karok ;DD Apa apa pun , i happy :) i dapat markah lebih untuk oral test I then first time i nyanyi depan student secara berdua duaan dan bukan beramai ramai like before .

Thankyou ! Chow . Assalamualaikum :)







thankie for reading : Tengku Lea

A One Futsal . E N J O Y

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
12/9/2012 : 10.43 PM(Rabu)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara .

Hye .
Happy Wednesday guys ! cemana Rabu korang ? ada best ? ada scene scene terbaikkkk tak ?
Takde ? Sama la ngan I . Meh sini nak cter apa yang berlaku harini . Macam biasa , pagi pagi ke sekolah la tempat yang akan dituju . Gerak pukul 7.30 sampai around 7.35 . Semua orang tahu kot yang tu .
I rasa I dah cerita benda neh banyak kali dah dalam entry entry I yang lepas :) Mungkin ada yang dah boring . Maybe ? *bunyi cengkerik*

Nevermind guys . Biasalah kalau ada yang boring . Bukan keje I nak cheer up everybody ohkay dengan entry entry I segala . Tapi I usaha untuk gembirakan semua orang selagi I mampu *bunyi cengkerik lagi* .
Oh yes ! I sudah menyimpang dari tajuk yang sebenar . Good job Iylia ! :0

So , apa yang terjadi harini kepada diri I yang semakin hari semakin cute semakin hari semakin sayang ? ;D motif I buat statement minta kaki macam tuu ? hmm . No idea >,< Pergi sekolah belajar macam biasa k . Ulang lagi sekali . Belaja macam biasa k .
Belaja + makan + belajar + layan running man + belajar + pengetua masuk kelas + balik .
Balik rumah then mandi . Dan buat apa yang patut . Tak perlu kot mention kat sini apa yang I buat sepanjang I duk kat rumah . Terlalu detail plak kang ^^

Petangnya selepas Asar , I pergi futsal dekat A One , Kilang Lama berhadapan sekolah apa eh ? SMKK atau Sekolah Badlishah ? Alaa , I lupa .
Tapi just around situ jea la . Memang bebudak class I selalu main futsal kat sana lepas sekolah .
Kira pelanggan tetap jugak la :)
Ramai yang turun main tadi . Almost semua pelajar lelaki turun cuma ada dua tiga kerat jea tak dapat join .
Yang perempuan plak hanya 5 orang yang turun termasuk saya sendiri .
Malangnya saya tak main . Injured . Kononnnnn ;D

Happening jugak la main tadi . Bayangkan bila geng perempaun I masuk padang , kacau bilau jadinya . Haha . Banyak gelak dari main . Maklumlah , kalau namanya perempuan ate mainnya pun lemah lembut gitewww . Kau mampuu ? Berseronok hanya untuk sejam . Main pukul 5.15 then habis dalam pukul 6.15 :)
Dah habis pukul 6.15 , tunggu plak bebudak lelaki tukar baju apa semua . Tapi I tak tengok k . Aurat aurat >,< Hehe
Lepastu bergaduh plak nak balik . Sorang nak ke sini sorang nak ke sana . Kereta tak cukup la . Moto tak cukup la . Orangnya terlebih la . Acano tuu ? Itulah , naik moto jea semua gamaknya . Ini ada yang naik qeta , ada yang naik moto . I dengan geng Wempitz I jea steady naik moto . Boleh weng weng selit selit . Hmm :)

Btw , big thankyou to everyone yang take part termasuk my little brother Aqmal Danial . My dear Danial , dunt be sad sebab tak dapat jaringkan gol . Kau bukan main dengan geng geng pendek kau tadi . kau main dengan geng geng saiz dua kali ganda dari kau . positif k ? alolo . Haha .

Assalamualaikum :)







thankie for reading : Tengku Lea

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |