PRU 13 : Mungkin Ada Sebab Kenapa Kita Tak Menang

Posted by AQMAL IYLIA
*Perhatian : entry kali ini agak panjang . Yang malas membaca boleh beralih ke  Facebook/Twitter/Youtube*

6/5/2013 : 4.19 PM (Isnin)
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Ukhuwwah

Keputusan yang kita tunggu , akhirnya dah dapat jawapannya . masih lagi Barisan Nasional yang pegang . Tahniah saya ucapkan :) Tahniah juga buat diri saya yang sanggup bersengkang mata sehingga keptusan rasmi diumumkan . Entah kenapa saya begitu berminat dengan PRU kali neh . bagai ada suatu kelainan . ada bahang yang tersendiri . Bilangan penyokong dari kesemua parti yang makin meningkat . Bilangan anak muda yang mulai kenal politik . Semangat muda yang makin membuak buak walaupun umur masih tak cukup :) tapi itu bukan halangan . 

Saya pun underage lagi . Tapi saya bersuara jugak . yang mana saya rasa tak kena , saya pangkah jugak . well , kalau mereka boleh keluarkan pendapat , saya juga boleh ? kannnn . berdebat secara sihat . bukan berdebat secara biadap . ramai jea yg cakap , kau budak2 takleh mengundi kau duduk diam . Tapi mungkin depa lupa , lagi 5 tahun , saya juga akan turut mengundi jika diberi kesempatan . undi saya juga akan turut bernilai nanti . Saya juga boleh memilih pemimpin mana yang saya mahu ^_^ 

Jujur , saya di pihak BN dan juga PAS . mana boleh pilih dua sekali kan ? ada saya kisah ? kalau dah sampai hari mengundi , which one saya rasa better , parti tu saya akan undi walaupun both of them tetap di hati :) sometimes we need some perubahan . Semalam bila BN menang , saya bersorak , PAS menang , saya bersorak jugak . Tapi saya tak bersorak utk PKR dan DAP .  Silakan kata saya talam dua muka . silakan kata saya hipokrit . Sila bina taman syurga utk saya :) 

Kemenangan itu ditangguhkah ? Baik, saya boleh terima . Namun pernahkah kita melihat kembali ke dalam diri kita dan bertanya kenapa ia ditangguhkan ?
Bangla ! Bangsat ! Blackout ! Sebelum Pilihan Raya kita memaki . Dalam Pilihan Raya kita memaki . Seusainya dalam kekalahan masih ada yang memaki . 

"Tapi mereka memang bersalah !" kata kamu .
Maka saya perkatakan kembali .
Sewaktu Nabi dan sahabat dilempar batu hingga berdarah dahi dan batang tubuh mereka , apa penduduk Toif itu di pihak yang benar ? Penduduk Toif itu jelas BERSALAH ! Golongan bedebah Toif itu tergamak mencederakan kepala mulia Nabi Muhammad !

Nah , Apa kata Nabi ? Bedebah kamu penduduk Toif ?
Tidak . Nabi itu sungguh beradab sekalipun jelas baginda benar . Kita dalam dikelilingi saudara - saudara yang sekadar terkeliru , menggelarkan mereka dengan pelbagai gelaran . Dan kita menggelapkan gambar dan terus dengan perangai CANTIK kita .

Tak mampu beradab ketika kalah . kamu percaya kita boleh beradab kiranya Allah itu memberikan kemenangan ? Bergerak dengan nama agamanya Allah . Jangan kerana kecewa dan amarahnya kita , tercemar cantik dan sabarnya Nabi itu dengan busuk dan buruknya perangai kita . cukuplah :)

Saya tak tujukan siapa siapa . Random . Walaupun secara kesuluruhan BN menang , tapi masih ada kawasan yang BN tak pegang bukan ? So , jangan kata saya berpihak kepada sebelah pihak pulak kan :) *walaupun saya pasti akan ada yang kata saya berpihak kepada sebelah pihak* . Saya menyampaikannya sekadar sebagai seorang islam kepada saudara seislamnya yang lain . Kerana PRU13 kali neh , terlalu hebat . terlalu banyak syaitan yang bersorak kegembiraan gara2 berjaya melaga lagakan kita tanpa kita sedar .

Terlalu banyak fitnah yang dikeluarkan kepada pemimpin BN , pemimpin PAS di saat semakin dekat dengan tarikh mengundi . Terlalu banyak kata kesat yg dilemparkan . Tuan Guru Nik Aziz dikatakan anjing , dihina . Mana letaknya akhlak ? Isteri PM kita iaitu Rosmah Mansor dikatakan Iblis hanya kerana bayi yang didukungnya dalam sebuah gambar menangis ? wauu . hebatt :) rajin sungguh mereka mereka neh menambah bilangan pahala .

Saya bukan berlagak baik . Saya sendiri pun jahil . Saya remaja . Kadang2 saya juga telepas cakap apa semua . Tapi Puan Zailina dan Encik Abd Wahab , tak putus putus didik saya supaya hormat org walau seteruk mana pun dia . Dan saya mencuba utk tidak biadap . Ya , atleast saya mencuba walaupun darah remaja kadang2 melampaui batas . Bayangkan kalau ibu bapa kita takde sape yg hormat ? marah kan ? begitu juga org lain . respect others :)

Minta maaf atas penggunaan ayat ayat saya yang agak skema . Semua neh renungan untuk kita bersama . Saya mohon dan saya berdoa agar suatu hari nanti , BN dan PAS akn cuba utk bersatu . #PleaseUnite .
Saya ada hadiah utk anda semua . sila baca :)

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”". Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (H.R. Ibnu Majah)

“wahai orang-orang yang beriman , jika datang kepadamu orang Fasik membawa suatu berita , Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [QS. Al Hujurat(49) : 6]

Salam uhkuwwah fillah . Assalamualaikum :)






thankie for reading : Tengku Lea

0 comments:

Post a Comment

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |