Dia Tak Pernah Lupa Kita :)

Posted by AQMAL IYLIA
27/7/2013 : 10.52 PM (Sabtu)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Ramadhan .


"setiap yang terjadi , akan buatkan kita dekatkan diri dengan Dia . Dia tak penah tinggal kita , tapi kita selalu lupa Dia :')"

entah kenapa dengan jiwa sejak sebulan dua neh . asyik gundah gulana . sering masalah menjelma . selalu menyendiri bila balik dari sekolah . baring atas katil . termenung . lihat syiling sampai boring . sentiasa fikirkan masa depan . fikir ttg cinta terhadap Allah , cinta terhadap manusia yang sering ada masalah . 

banyaknya benda nak kena pikir . dengan pelajaran yang makin merosot . dengan cita cita nak menjadi guru yang makin lama makin terkubur . sedih . sedih sgt . mungkin mengajar , bukan rezeki aku . buntu . sekali lagi termenung dalam bilik . menangis . menangis dalam diam . 

entah apa nak jadi dengan diri . sentiasa malas . teringin nak majukan diri tapi masih malas . kalau malas menguasai diri , memang cekelat angin jawabnya . entah kenapa pelajaran bukan berada di ranking pertama dalam minda . kenapa mesti cinta dan benda benda lain . hmm . padahal diri sendiri tahu benda mcm tu takkan ke mana . sebab aku masih muda . sebab aku masih muda la , jadi sampai mcm neh . termenung lagi . lama . 

setiap kali sedih , kecewa dengan result yang tak pernah memuaskan hati , hanya mampu mengadu kat Dia . Dia jea mampu faham apa yang aku rasa . Mak ? sampai sekarang masih belum tahu hal sebenar . buntu . tak tahu mcm mana nak ceritakan kepada mak . aku taknak mak kecewa . sekalipun dia kecewa dengan anak anak , tapi dia tak pernah tunjuk . dia bagi semangat lagi . bertambah sedih . terima kasih ya allah kerana hadirkan dia dalam hidup aku . syukran :')

esaimen yang masih aku tak sentuh . tak tahu pokok pangkal . tak tahu dari mana nak mula . tak tahu mcm mana nak habiskan dalam masa dua bulan . tapi sentiasa fikirkan esaimen . sentiasa fikir macam mana nak siapkan . tapi , malas . malas berjaya menguasai diri lagi . kenapa mesti malas ? kenapa :'( 

hanya satu dalam fikiran aku sejak keluar result sem dua yg lepas . aku akan tamatkan semua neh sehingga penghujung dan teruskan hidup mcm remaja biasa . kalau takde rezeki aku untuk sambung belajar , aku redha . salah aku jugak . banyak mana aku usaha , banyak tu aku akan dapat . andai benar aku tak dapat sambung belajar , aku akan jadi manusia yang paling sedih . dan mungkin akan menyendiri untuk satu jangka masa yang lama . yes , lama . biar aku kenang nasib , meratapi , meyesali perbuatan sendiri . biar aku tahu , hidup di dunia yang sementara neh tak mudah yang aku sangka . 

terima kasih ya Allah atas segala dugaan kehidupan neh . Kau ajar aku jadi lebih kuat , lebih tabah , lebih muhasabah dan sedar diri . kau ajar aku agar tak salahkan mana mana pihak :') kuatkan hati aku Ya Allah . 

thankie for reading : Tengku Lea

0 comments:

Post a Comment

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |