"Mak , saya nak kahwin".. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin , kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki . Perkahwinan atas nama Islam , sudah pasti akan diredhai Allah .
"Mak , saya nak kahwin".. janganlah dihalang keinginannya , kerana Allah sudah berjanji , barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan .
"Mak , saya nak kahwin"..jangan sesekali risau pasal pelajaran , kerana ia takkan pernah berhenti . Hatta sampai ke mati sekalipun , ilmu takkan pernah habis dicari .
"Mak , saya nak kahwin".. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya . Sudah tercatat di dalam Quran , orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin .
"Mak , saya nak kahwin".. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak . Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi , kerana semua itu adalah kerja Allah . Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri .
"Mak , saya nak kahwin".. berkahwin itu menghalang maksiat . Daripada dia melihat perempuan di sana sini , lebih baik dia melihat isterinya saja . Dapat pahala lagi .
"Mak , saya nak kahwin".. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat , bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan . Kerja juga menjadi lebih produktif .
"Mak , saya nak kahwin".. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab . Jika ditanya mana-mana suami isteri pun , sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka .
"Mak , saya nak kahwin".. Jangan dilihat kematangan pada usia , tapi lihatlah pada peribadi dirinya . Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin , maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula .
"Mak , saya nak kahwin".. Ilmu agamanya cuma sedikit tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu . Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh .
"Mak , saya nak kahwin".. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan . Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula , bagi meraih lebih banyak pengalaman .
"Mak , saya nak kahwin".. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja . Namun kiranya tiada dipersetujui , anakmu terima sepenuh hati . Kerana dia juga tahu , bagaimana untuk menghormati keputusan orang tuanya .
"Mak , saya nak kahwin".. Andai kiranya mak bersetuju ingin mendapat anak menantu , maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya . InsyaAllah , bukan calon isteri yang dicari , tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari .
"Mak , saya nak kahwin".. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati . Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik . Sama-samalah kita berharap kepadaNya.
"Mak , saya nak kahwin".. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati . Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak , alangkah bagusnya . Ya Allah , permudahkanlah segala urusan anak mak ini , Amin .
sekian entry yang begitu panjang dan terselit maksud tersirat dan tersurat . hehe . alangkah indahnya kalau mak baca blog yaa :D
assalamualaikum .
0 comments:
Post a Comment