Semua Orang Tahu Kot Pasal Neh :3

Posted by AQMAL IYLIA
29/4/2013 : 5.01 PM (Isnin)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger . Salam Ukhuwah fillah

Copy from Facebook

So , hye guys . Have a nice day everyone .
Nak story mory pasal cerita yang sangat hot abad ini . Lagi hot dari kes Neelofa gaduh dengan Anzalna dolu dolu :D okay , cerita lama :D sekarang mereka dah berbaik . doakan kebaikan mereka tu berkekalan hingga ke jannah , insyaallah . Jangan ingat cinta kita kepada "insan istimewa" jea sampai ke jannah yee .

Story yang paling hot habes yang asek dengar dengan mata kepala , mata telinga hidung kita sejak sebulan lepas mestilah tentang ......... . ya , pandai anda teka . Pasal POLITIK . politik di mana mana . sebagai insan yang belum cukup umur , apalah sangat yang boleh saya sembang nya punnn . kang tulis lebih lebih kena saman/tangkap lakk aii dari pihak pihak tertentu .

Jangan ingat kita blogger , kita boleh tulis apa sahaja . terutama benda yang menyentuh sensitiviti dan sensitif . Silap silap boleh angkut polis kang . Sebelum2 neh dah ada kes blogger kena tahan gara gara mengupdate benda yang agak sensitif without thinking :) so to newbie , be careful my dear .

Berbalik kepada politik k . Saya taknak sokong mana mana pihak pun nah . Maklumlah , tak cukup umur . Bagi remaja tak cukup umur mcm saya neh , saya layankan jea la apa yang jadi kat negara saya lepas 5 Mei nanti . Menang kalah , adat bertanding . Tapi memimpin dan memerintah tu , tetap perlu . Dah menang , jalankan tugas . Jangan menang , terus lepas tangan :)

Bukannya apa , kita takut jea . sebelum PRU 13 , janji macam2 . Manifesto sana sini segala bagai . Kononnya lautan api sanggup ku renangi , gunung kinabalu sanggup ku daki , awan sanggup ku gapai , bintang sanggup ku petikk . katanyaaaa . Tapi janji jgn sekadar janji . Janji harus ditepati :) kalau mungkir janji , sila jawab sendiri di akhirat nanti .

Saya rasa selagi tak habis PRU neh , selagi tu la akan ada jurang silaturrahim antara satu sama lain . ada yang bermasam muka . ada yang menyebarkan fitnah . ada yang jadi semakin lancang berkata kata . haih , sedih adik nengok abam abam , akak akak , makcik makcik , pakcik pakcik . Sila la tunjuk contoh yg baik . ya , memang politik neh disarankan juga dalam agama tapi agama takde pun suruh bermusuh antara satu sama lain . takde pun agama kata kita kena berpolitik sehingga sebarkan fitanh dan mengeluarkan rumour yang entah betul atau tidak . astagfirullah .

apa pun , buat yang dah boleh mengundi tu , ikot suka hati makpak korang la nak berperangai mcm mana . saya boleh geleng kepala jea laa . masing2 dah besar . kalau kecil tapak tangan , boleh lagi la nak jinakkan . pesanan saya , berpolitik la dengan sihat ! :) tapi saya masih respect remaja yang lantang bersuara dengan pilihan mereka . semangat depa berkobar .

oh ya , buat yang berada di perantauan , balik la untuk mengundi pada 5 Mei 2013 . undi anda penentu masa depan negara . haha . satu undi boleh mengubah satu keputusan . Haha . dear Allah , bless us .

dear haters , hate me as much as you like but remember that i will never have time to hate you back . you are entitled to your own opinions and i accept that . you may hurt me at some point or another , but you never won . why ? because im still here :D


thankie for reading : Tengku Lea

0 comments:

Post a Comment

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |