Talk To My Hand , My Dear :)
Alhamdulillah . Perjumpaan tengku dengan bebudak kelas berjalan dengan lancar ahad lalu . Actually semua , tu bukan reunion . Tu hanyalah perjumpaan antara membe-2 takpun boleh jugak dipanggil sebagai melepak . Ada paham ? Apa-2 pun kami semua enjoy :)
Memang tengku dah boleh agak tak ramai yang akan keluar hangout dengan kami that day . Ada yang busy kerja , ada yang saja takmau datang , dan ada yang rasakan persahabatan dengan kami dah tak penting lagi . Persahabatan semasa sekolah saja . Di luar sekolah , kita bukan lagi kawan . Oh , whatever sayang :) Bila kau dah susah nanti , kau cari la kami okay . Sekarang kau tengah senang , kau boleh duk jauh jauh dari kami :)
Tak banyak aktiviti yang kami buat masa tu . Takde pun aktiviti marathon , lompat kijang mahupun tarik tali . Haha . Hanya lepak kedai mamak , makan , karok dan so on . Kebetulan pulak masa tu ada perlawanan sepak takraw peringkat final dekat Landmark . sempat jugak la kami cuci mata tengok ahbang-2 tu pusing 360 darjah . Ha , kau mampoo ? Then lepak Hussain kat bawah tu haa . Minum plus makan sampai kenyang . Gelak sampai lenguh . Sembang sampai takde topik . Kehkeh . Rasanya petang tu penuh dengan geng-2 kami jea kat Hussain tu . Minta maaf pakcik Hussain :D
Dahtu p karok plak . Dua bilik . Berulang alik tengku dari satu bilik ke bilik lain . Tengku nak make sure takde yang rasa terpinggir nanti . Kita nak fun . Ye dak ? :) Dua jam lebih kot karok . Keluaq bilik karok , nah , suara macam Najwa Latif plak . Adeh ==' Nyanyi tak hingat mananya suara tak hilang . Hm . Eh , tapi kami sempat tengok show free tau . Haha . Boleh plak tengku tengah syok nyanyi pastu depa semua lari keluaq . Mula-2 ingatkan depa buat drama . Rupa-2nya depa tengok show free kat bilik sebelah sinun . Haih . Nasib tengku tak join :D
Lepas karok p makan lagi dekat Mutiara Junjong . Kiqa makan jea kami neh . Pergi restoran tapi makan kepsi . Btw tengs to Asyraff Saidin sebab belanja kepsi . Jasamu dikenang . Tup-2 kami terdampar kat kedai tu sampai pukul 8 ke 9 lebih entah . Sebab ? Sebab cuaca tak mengizinkan kami balik . Hujan bro . Kalau diikutkan nak jea tengku redah . Tapi disebab kan tengku bawa anak orang so tengku perlu make sure tengku bawa pulang anak orang dengan selamat . Hehe .
So , kawankawan tengku yang keluaq ahad lalu , makpak sape yang bising sebab balik lambat ? Habaq sikit . Hehe . Yea , mak tengku . Haha . Big thanks to Ayu , Wani , Nad , Zul , Awie , Yan , Cop , Topik , Bigshow , Mad , Zaini , Baby , Aten for coming :) Thanks fo cheer me up . Gonna missyou guys ha . Indahnya bak permaidani taman syurga , Seindah hati kita walaupun kita kan terpisah , Pegang erat tangan kita terakhir kalinya , Hapus air mata meski kita kan terpisah . #Jiwang#
p/s : Malam ini tak seindah malam kelmarin :) kbaii .
0 comments:
Post a Comment