Macam Comel je Macam Cantik Je

Posted by AQMAL IYLIA 1 comments
12/11/2013 : 1.09 AM (Selasa)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam akhir tahun :)


gua search google tadi tauu . saje je search bosan bosan mcm neh kann . then guess what , gua tersearch pasal pelamin and wedding dress so whatever . tetiba keinginan nak kahwin tu tinggi hanya kerana aku tengok gambar pelamin . motif sangat uolsss . selaras dengan msuim perkahwinan skrg neh , so gua pun share la benda yg berkaitan okayy .

dan memandangkan majlis perkahwinan aku pun dah tak lama , so aku pun tetttt . okay , memain jee . aku nak kawen awal ? emm , entahlah . dulu yes , tapi skrg rasa mcm tak je . entah . depends on rezeki la kan . so taknak cakap banyak . aku nak share pelamin pelamin yang aku rasa mcm comel je , macam cantik jeeeee . dan aku pun mcm bekenan jeee . entahlah wedding aku nanti nak buat pelamin ke takk . aku rasa mcm buang duit je . lagipun segan la .mcm buat show free plak suh org tgk aku ngan suami aku atas tuu . padahal org datang kenduri , aim nak makan je :3







walaupun aku neh perempuan yg macam kasar sikit , tapi bg aku pink tu tetap comel la . perempuan kann . dan aku rasa pelamin kat atas neh so cutee . persoalannyaa , adakah bakal suami aku nanti bekenan pelamin kaler pinkkk ? engkoorangg g la tanya diaa :DD jenis aku suka yang simple and nice . most important is cute ! yang penting tak mahal . jadah sgt nak buat pelamin sampai beriban riban . nak duduk sejam jee . rugii rugii . bukan kedekut tapi bajet laa . kalau kau taraf che ta ngan zain saidin , tak kisah la kan beriban punn . kau buat ikot kemampuan kauu . jangan ikot kemampuan  retis plak :3

next , wedding dress pilihan aku dan citarasa akuu . still bekenan yang simple tapi still look gojes . taknak la terlalu simple . and i dont really like baju kahwin yg mcm skrg dekat butik butik perkahwinan . kerawangg apa semuaa tuu . actually la aku tak sukaa . sbb aku dah bosan tgk . baju kahwin yang mcm jawa tuu . aku je yg tak bekenan . hampa taktau la kann . citarasa masing-2 :) meh tgk meh .






aku paling suka white laa . tapi tetap ada persoalan ye dalam pemilihan baju pengantin . kalau aku pakai white , baka suami aku lebih elok kalau pakai white jugak atau hitam la kan . or maybe grey . tu je pilihan aku . persoalannyaa , mau ka dia pakai kaler-2 tuu ? :D kalau boleh taknak la dia pakai baju melayu . pakai kot and sowhatever lebih sesuai kot . tapi kalau pakai baju melayu pun tiada masalah . pakai kaler putih . selalu akad nikah je org buh kaler putih neh kann . tapi akad nikah , nanti kita pikiaq lain :DD

neh pilihan hati aku tapi belum tentu aku akan buat majlis wedding aku in future mcm yang aku nak neh haa :) aku hanya chare citarasa aku , pilihan aku . itu je . jangan salah faham yee . selamat pengantin baru those yang baru mendirikan rumahtangga dan bakal menempuh alam perkahwainan . tahniah ! :)
thankie for reading : Tengku Lea

Kalau Hampa Nak Tahu La :)

Posted by AQMAL IYLIA 1 comments
3/12/2013 : 3.12 PM (Selasa)

Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam akhir tahun .

Gambar hiasan semata mata . Ehsan tuan punya blog . Hikhik 

Wanita atau gadis yang tidurnya "ganas" biasanyaa akan dapat lelaki yang tidurnyaa "sopan" sajaa :)
Lelaki yang kerap demam biasanyaa akan mendapat wanita yang jarang demam tetapi kalau sekali demam , wanita tu ingat mati je :3
Wanita yang agak boros biasanyaa dapat lelaki yang pandai berjimat . Pandai berjimat ye , bukan kedekut :)
lelaki yang tak reti mengemas cth mcm barang sendiri pun tak reti kemas , tak reti susun sampaikan pakaian seminggu lepas pun duk elokk lagi ataih katil , kebiasaanya akan mendapat wanita yang kemas , suka keindahan dan teratur sahaja barang barangnyaa .
Can you see that ? ALLAH dah siapkan pasangan itu bukan semuanyaa mcm yang kita nak dan kita suka . tetapi kita disatukan sesuatu yang tak sempurna untuk disempurnakan bila bersama . Saling melengkapi katakoo .
Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn ..........................................
Jika seseorang itu banyak ketawa , sebenarnyaa dia sedikit kesepian .
Jika seseorang itu banyak tidur , sebenarnyaa dia agak kesedihan .
Jika seseorang itu tak banyak cakap , tetapi laju bila bercakap , sebenarnya dia berahsia .
Jika seseorang itu tidak menangis , dia sebenarnyaa lemah .
Jika seseorang itu makan dengan gelojoh , dia sebenarnya tertekan .
jika seseorang itu menangis kerana perkara kecil , dia sebenarnya lemah lembut .
Jika seseorang itu cepat marah walaupun tentang perkara perkara kecil , dia sebenarnyaa perlukan kasih sayang :)
thankie for reading : Tengku Lea

Ayat Pemes Perempuan Yang Engko (lelaki) Perlu Tahu

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
22/11/2013 : 6.00 PM (Jumaat)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger . Salam Jumaat dan Salam akhir tahun . heks
kabare semuanyaaa ? Alhamdulillah umur aku masih panjang . Bila umur aku masih panjang so aku berpeluang lagi la nak update blog . Sila rajinkan baca entry aku kali neh . Walaupun aku rasa benda neh mcm dah basi , tapi aku jugak rasa masih ada engko engko yang tak tahu pasal neh . hampa kena tau lelaki semua , perempuan neh susah nak faham . Kadang-2 hampa dah buat lagu yang dia nak . Tapi dia nak lagu lain . Rasa nak kunyah kerusi je kann . But , kita perempuam . Awok awok terima je laa yee :DD

Sini aku nak share la ayat yang ala ala femes kadang kadang . Dan aku sure la ramai dah biasa kena ayat ayat laguneh ngan makwe , mak , makcik , jiran depan rumah , roomates , classmates , makcik guard , akak akak jual coolblog or maybe makcik cleaner . mungkin ? aku taknak fokus ayat ayat neh buat couple , pasangan sedondon yang katanyaa bagai pinang dibelah banyak banyak *muntah pelangi* . random okay . RANDOM .

1) OKAY FINE : bagi perempuan , bila dia sebut perkataan ini akan membuatkan diri kami kami neh betul dan mahu segera tamatkan perang dunia kedua . So engko engko semua , better diam kalau engko nak situasi berperang tu kembali aman .

2) GIVE ME 5 MINIT : bukannya aku nak tipu kome ler tapi kalau perempuan kata lagutu bila engko engko ajak keluar , hang layankan ja . Memey lambat bersiap . Sempat pusing putrajaya sambil singgah 7e beli berus gigi lagi hang tau dak . Aku sarankan kalau nak ajak perempuan keluar , jangan bgtau last minute . Habaq kat dia 3 jam lebih awal . *terasa* . Tu pun kalau perempuan hat jenih bersiap nala punya . make up lapan inci sama tebal ngan dinding dan pakai baju ala retis . kalau perempuan simple and cute mcm aku neh , habaq sejam awal pun dah okay -,-

3) TAK ADA APA-APA : haa , yang neh kalau perempuan hat jenis suka speaking omputeh , dia akan sebut "nothing" . Caya cakap aku , bila org kata takda apa apa , maksudnya ada apa apa . must be something wrong somewhere tapi saja taknak share .

4) TERIMA KASIH SANGAT SANGAT . Hat neh ayat bahaya jugak la . ayat neh kalau guna time gaduh memang sodapp . Ala ala pegheli sikit kan . Kalau perempuan cakap terima kasih je , then laki pula jangan duk banyak songeh la nah . jawab je sama sama . Tapi kalau perempuan kata terima kasih sangat sangattttt , mcm biasa , jangan jadi lengai sgt . Itu semua adalah sindiran . Toksah duk p jawab sama sama sangatttt . Seghupa cucuk sarang tebuan laaa :3

5) P LA BUAT . TADI KATA NAK BUAT SANGAT : neh mencabaq nama dia . bukan bagi permission . Maksud sebenaq disebalik ayat neh "hang buat hang siap" . Untuk langkah selamat agar pinggan mangkuk tak teghebang , jangan buat okay . Aku dah nasihat . jangan kata aku tak habaq :D

6) APA APA JE LA : aku lebih senang sebut whatever . Aku ambik Muet kot . so tak salah la aku cakap omputeh sikit kan . Neh nak habaq maii . maksud dia dah menyampah . Takda pekataan dia boleh cakap dah . dia pun cakap whatever . cth :

mamat : kak long , kak long cantik la . mintak id wechat pehlishhh ?
kak long : whatever .

so , neh je la aku blh share . Nak share banyak banyak , g la google sendiri ye . Assalamualaikumm :)



thankie for reading : Tengku Lea

The Mysterious #WINNERTAKESEARTH

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
2/11/2013 : 10.42 AM (Sabtu)
Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger Salam Deepavali . 

masa aku tengah enak sambil dibuai rasa berjalan kat fesbuk dengan penuh riang ria di hari raya deepavali , aku ternampak artikel pasal lelaki berjubah hitam yg menyaksikan perlawanan bola sepak . so aku mcm tertarik nak baca isi artikel tu . Bukan apa , aku rasa mcm seram plak tengok lelaki berjubah neh . dah macam mengamalkan ilmu hitam la plak . Maklumlah , kat negara negara barat neh , wujud kot geng geng yang ala ala membunuh pakai benda bukan-2 neh dengan pakaian ala ala hitam semuanyaa .

Time perlawanan antara BayernMunchern VS Hertha Berlin , Sabtu yang lepas , depa pun datang dari arah atas dan menggemparkan stadium tu sendiri . Semua mata memandang depa sebab mungkin depa rasa peliks dengan kehadiran lelaki lelaki yang menyeramkan neh ha . Even menyeramkan pun , depa jadi femes jugak la sebab banyak lensa kamera tertumpu kat depa berbanding perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung :3



yang menghairankan penonton kat situ bila depa angkat satu kain rentang kecil yang bertulis
persoalannya sekarang neh , siapa lelaki lelaki ini ? siapa lelaki lelaki yang menyeramkan dan menggemparkan arena sukan bola sepak dunia ? Setakat neh masih belum ada yang mampu menghuraikan , menjelaskan siapa mereka neh . Yang penting aku tgk muka depa pun dah menakutkan . Harapnya malam neh boleh tido dengan lena >.<
thankie for reading : Tengku Lea

Iylia Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
28/10/2013 : 9.04PM(Isnin)

Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger .

sini gua nak share pasal product kecantikkan plak . gua bosan dah asyik update pasal cinta , pasal life gua . sini gua nak share barang baik pulak . barang baik bagi gua . bagi hampaa ? nilai sendiri laa . meh gua tunjuk kat lu orang rupa gua masa dulu . maksud gua dalam sebulan yg lepas , dua bulan yg lepas , tiga bulan yg lepas dan mungkin setahun yg lepas . sebenarnya gua malu nak share kat hampa gamba buruk gua . tapi nak promote punya pasal . lagipun untuk kecantikkan . so gua berani share . please jangan gelakkan waa >.< weh ! janji ngan gua jangan gelakkan gua !

SEBELUM





so , neh gambar hundred percent tak edit dari guaa . punya gua nak tunjuk keberkesanan produk yang gua guna neh . sampai gua sanggup kasi gambaq ori kat hampaa . segan habis dah neh :D neh gambar since tahun lepas dengan tahun neh sahaja .

SELEPAS






so uolssssss . can you see the different before and after ? walaupun takde la begitu ketara perubahannya tapi caya la cakap gua . kalau hampa pakai produk neh , mmg hampa akan berpuas hati la . yang penting kena tekad . jangan bagai melepaskan batuk di tangga . chaiyokkk ! jujur la gua cakap , sebelum kulit gua dah okay sikit neh , kompiden level gua mmg tak tinggi langsung . gua sentiasa rasa tersisih . gua sentiasa rasa malu . tgk kulit gua dah la . berminyak teruk , gelap , burn terang tangg tanggg , parut jerawat nauzubillah .

kulit sensitif mcm gua neh sgt susah nak cari produk yg sesuai untuk muka . berpuluh puluh duit gua habis . semua tak bekesan . gua ada resdung yg agak teruk . so kulit serta hormon gua tidak la begitu stabil . kalau gua stress , gua kena ekon melebihi jam yg ditetapkan , gua kena panas telebih had , kulit gua automatik teruk . jerawat keluar tanpa dipinta . kalau burn tayah kata la . dah mcm kaler cekelat cadbury kulit neh .

setelah membe gua promote Collogen neh . gua terus cuba . walaupun pada mulanya gua macam ragu-2 . sebab gua mmg tak caya lagi dah ngan produk kecantikkan segala bagaii . medang nipuu . sebulan yg lepas gua guna produk kat bawah neh . Alhamdulillah serius gua sgt berpuas hati . membe membe gua pun ada tegur pasal kulit gua yg dah sedikit cerah . parut jerawat pun dah kurang . kurang tak bermakna hilang terus . take time k . baru sebulan . tadaaaaaaaaaaaaaa !

tak mahal pun produk neh . under 30 hengget malaysiaaa . jangan risau produk neh tak melibatkan proses pengelupasan mahupun merah merah dibahagian muka . kalau korang guna produk yang buatkan kulit korang mengulapas , actually produk tu tidaklah terlalu bagus kerana ia mampu menipiskan kulit muka engkorangggg . takmauu takmauu .

produk neh membekalkan sabun dan cream . day cream and night cream . day cream mcm biasa la . pakai lepas sabun muka . kalau nak keluar , pakai la . kalau duk rumah jea , tayah la . takde sape tgk . night cream pakai sebelum tido lepas semayang isyak . so dia akan kekal lama kat muka . insyaallah dalam seminggu , hampa dah boleh nampak perbezaan . Dah ramai dah yg pakai produk neh . Sebulan pun tak habis lagi tauu . dengan bajet yg rendah hampa boleh jadi cantik . takkan taknak cuba kann ? cari balik confident level hampaa ! you can do it ! haha . semangat :D nak cantik biar cantik beramai ramai . tak gituu ?



thankie for reading : Tengku Lea

Langkawi Permata Kedah dan Yasmin Hunwick ?

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
Assalamualaikum semuaa . Salam sejahtera . Salam 1Malaysia . Salam 1Blogger .

Im backk ! miss me ? okay , i miss you guys tooo *hug* . babe , aku baru balik dari Langkawi . Haha . Saja pegi bercuti dengan membe membe tercinta gua . Hampir sebulan merancang dan alhamdulillah 24 okt 2013 sehingga 26 Okt 2013 dapat jugak kesempatan ke sana tanpa cikgu dan ibu bapa . Bukannya tak best g ngan makpak , tapi kadang-2 g ngan membe more interesting . Lagipun makpak gua keje . So sad . Ingin gua tekankan kat sini , holiday gua neh bukan rombongan sekolah ye anak anak :3

Sebulan yang lepas , gugur habis rambut gua ngan membe membe . Punya plan nak p Langkawi . Nak make sure everything perfectoo , maveless dan amigosss . Finally , kami decide check in Cenang Rest House yang betul betul depan pantai Cenang and sewa kereta Avanza . sangat selesa . Sebab yg g tu tak ramai . so dalam kereta tu takde la behimpit and so whatever . Thankyou so much Qasha and Akram sebab jadi driver terhensem abad neh sepanjang kat Langkawi .













neh sikit jea gambar yg aku boleh share . yang lain masih belum ambil kat gegirls and boboys . Thankyou so much kat cinta hati gua sendiri sebab bawak kami pusing langkawi , mandi air terjun , lepak umah "bakal" mak mentua . kuikuii . thankyou jugak sebab sudi lepak dan terima perangai peliks geng-geng gua . gua tau cinta hati gua rindu gua ngan membe membe gua . Semalam dia bagitau :D so much fun there .

Yes , pasal Yasmin Hunwick . Gua terbaca blog dia just now . blog arwah Yasmin tu skrg diupdate oleh ibunya sendiri dan ayah arwah . Arwah Yasmin stay kat Langkawi . so , masa kami semua kat Langkawi lepas balik dari Dataran Helang hari Jumaat lepas , kami ada sembang pasal arwah . Kat mana beliau meninggal . Macam mana arwah boleh meninggal , kedai keluarga arwah and so on . Jujur , gua ngan Qasha sembang pasal Yasmin masa g Langkawi tahun lepas and tahun neh juga .

#Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-2 beriman . Aamiin :) Family arwah ada keluarkan novel yang berkaitan dengan arwah sendiri . Korang boleh search google Yasmin Hunwick then boleh cari kat situ . Novel tu terhad . hanya dikeluarkan mengikut permintaan pembaca sahaja :)


hasil pembelian dari novel neh , akan disalurkan ke tabung Palestin sebanyak 5 ringgit bagi setiap pembelian . Harga asal 30 ringgit . Ibu bapa arwah tak ambil keuntungan langsung daripada novel yg diterbitkan neh .

notakaki : setiap yang hidup pasti akan mati . because Allah owns everything . Banyakkan ingat kematian kerana dari situ kita dapat pahala dengan mudah . banyakkan mohon kemaafan dari org sekeliling . banyakkan dekat diri dengan pencipta kita :) semoga kita sentiasa dalam redha Allah :) aamiin .
thankie for reading : Tengku Lea

PBS SEM 3 . ya , mmg tigaa

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
8/10/2013 : 11.23 PM (Selasa)

Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh . Salam 1malaysia salam 1Blogger


im too busy im too busy im too busy .
sebab tuu jarang update blog . rinduuuuuuuuuuuuuuuu sangat . terlalu sibuk . dua hari lepas , baru free dari segala galanya . sibuk dengan PBS , PBS dan PBS . mungkin ada yg tahu , aku neh pelajar stpm a.k.a form6 . skrg neh dah masuk last sem . final project pun dah siap . bagai nak gila siapkan PBS . kebetulan plak , untuk sem akhir neh , ada tiga PBS yang aku kena sediakan . students lain semua ada dua jea PBS . tak rasa mcm emm emmmm .

bukan nak merungut . dugaan jugak la kena buat semua neh . PBS BM , PP and Seni . dalam banyak banyak , PBS BM lebih senang . cikgu dia lebih memahami . Thankyou encik Safuan Suffian . PBS BM kali neh , senangnya sebab aku kaji penggunaan bahasa slanga dalam filem KL gangster dan Adnan Sempit3 . for sure nak dapatkan dapatan kajian untuk esaimen neh , kena layan kedua dua movie neh la jawabnya . dan detect berapa banyak penggunaan bahasa slanga dalam filem filem neh . oh yaa , esaimen BM in group . Thankyou group mate . hehe . wany and nadea <3 thankyou jugak buat ayu sebab sudi tolong . thankyou so much :)

next PBS PP . yang neh susah sikit la . first masa cikgu terang pasal PBS PP sem akhir neh , dah rasa beban dia . Ada kajian lapangan . Tugasnya kau kena cari any syarikat swasta atau kerajaan atau apa apa jabatan untuk bagi kerjasama kat kau siapkan esaimen neh . kau kena cter pasal syarikat tu . Macam mana gaya kepimpinan pemimpin tertinggi dalam syarikat tu . kena temubual dia . Tak semua organisasi beri kerjasama . atau lebih tepat aku cakap , depa rasa kita membuang masa depa la sebab nak tanya itu ini . Ada yang jawab soalan mcm nak taknak and so whatever . no matter what , wanna say thankyou so much to Pejabat Daerah Kulim sebab jadi saya punya kajian .

experience buat PBS PP neh , bila kita g sesebuah organisasi tuu , then depa ingat kita budak U or Poli . bila kita terangkan yang kita form6 , depa terkejut . Dari situ ramai lagi yang tak tahu tentang form6 baharu . Kebanyakkan yang kata "dasyat la form6 sekarang . siap kena buat esaimen mcm neh . dah mcm budak poli atau U . bagus tu" . Then ada yang tanya pasal esaimen kami apa semua . depa ada kata apa yang kami buat neh dah tahap degree dah . sahih atau tak , wallahualam . yela , kita tak penah masuk U .

PBS Seni . senang jea buat pbs seni neh dalam erti kata yang sebenar . tapi entah kenapa aku ambik masa yg lama nak buat catan . mmg ambik masa lama la sebab ada dua esaimen yang aku kena siapkan sebelum tu . Baru aku tahu masa itu emas . dia tak tunggu kita . kita kena ligan dia . masa lebih beharga . untuk seni , ada dua pilihan . satu buat landskap and another one , buat catan . aku buat catan realisme . alhamdulillah , berkat tunjuk ajar cikgu , berjaya siapkan catan last minute dalam masa 3 hari . Lepas buat semua tu , kena buat pameran plak . Pameran peringkat sekolah . Ahad bersamaan 6 hb Okt , kami buat pameran . Hari pertama pun dah ramai yang kunjung pameran kami . bahagianyaaaaaaa ^_^

macam macam jadi sebulan dua neh . kena struggle . tepaksa skip class . makan minum tido sembang semua dengan PBS . bangun pagi bukak mata ingat PBS . bila dah hantar satu , rasa beban tu makin kurang . susahnya jadi seorang pelajar . kalau tak kuat , boleh gila :)  nanges pasal belajar neh tayah kata la . sentiasa stress , sentiasa down . bila esaimen kena reject tu lagi down . bayangkan hampir nak siap , itu tak kena , ini tak kena . nak kena tukar mcm mcm . yang neh tertinggal , yang neh tak letak . nasib ada classmates yang sentiasa tolong . Semoga Allah berkati depa semuaa . Aamiin :)

aku penah dengar statement dari mulut org yang aku kenal "eleh , masuk form6 jea pun . aku dah masuk poli@U" . serious talk aku cakap , ada aku kisah ? bongkak nyaa . mcm neh eh pelajar ipta/ipts ? bajet pandai dah la dapat masuk tempat tempat mcm tu ? boleh rendah kan mertabat seseorang . suka dia dapat masuk institusi pengajian tinggi . rezeki tu kalau Allah tarik , jangan sampai aku nampak kau merempat tepi jalan sudah . Jangan sampai aku tak pandang kau satu hari nanti sudah . sampai skrg , aku tak suka budak yang kata mcm tu kat aku . bedesing telinga aku . dah la dari dulu aku tak suka beliau , sekarang lagi tak suka la .

 semua yg ada kat dunia neh , pinjaman jea bro . harta mak bapak kauu , harta kauu , akal fikiran kau , kepandaian kauu , semua Allah bagi pinjam . takde satu pun hak kau . Jangan terlalu sombong di dunia ni . Ingat , ini dunia :) jaga la kalau punya poli atau U yg kau banggakan tuu . sebab aku tak lah begitu bangga pun dengan kau . kalau org lain , yela aku nak bangga :) hidup mati kau pun , aku tak peduli . sebab kalau aku peduli , kena perli plak sebab ambik berat :3 ops ! :) moga kita sama sama bahagia dengan hidup kita masing masing la yee .

kalau terasa , maaf :) mmg itu niat sebenar . enjoy your life well ! :) assalamualaikummmm .
thankie for reading : Tengku Lea

Gambaq Cerita Semua

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
17/9/2013 : 11.39PM(Selasa)

Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuhh . salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Kemerdekaan . 

Sebagai mukadimah , aku nak share sikit benda yang mungkin semua org dah tahu . setiap hari selasa , kepsi a.k.a KFC akan less 20% untuk dua ketul ayam , satu sayur campur nama apa tah then kentang putaq ngan seketul roti . Harganya dalam 6.90 sen tunaii . Aku dengan geng-2 aku sangat eksaited ye bila menjengah nya hari selasa . hampir setiap minggu , bila hari selasa jea  semua g makan kepsi lepas skolah . 

Tu bukan main point untuk entry kita kali neh , main point dia nak hampa cuci mata tengok gambar-2 aku yg tak seberapa neh . boleh ke tak boleh ? :DD enjoyyy 

 neh gambar masa merdeka raya harituu . ada jamuan kat skolah . tapi bukan tu aku nak tekankan kat sini . aku nak korang perati siapa awek tudung biru turqoise yang pegang mic tuu . hIkhik
 location rumah puan zalilah . cikgu perniagaan . dengan muka tak malu , kami suh dia buat open house . beliau pun layann . bertingkek tingkek duit raya ye g raya umah beliauu . terus sayang beliau ketat-2 :D
 ini pun masa merdeka raya harituu . location sekolah smkj .bajet nak berarak sempena hari kemerdekaan giteww . ala ala zaman tun razak . kiteee duk depan lagi tauu . sebab tu pegang bendera . tapi anak muda skrg mana ada semangat patriotik dah . semangat nak berjimba malam ambang kemerdekaan ada laa . tunggu lagi 9 bulan , keluar la anak anak yang tak sah taraf . hmm . wallahualam . 
 ini time open house rumah akuu . lupa plak berapa haribulan . serious talk time neh aku rasa sangat la serabai . yang datang rumah aku jea tahu betapa serabai nya tuan rumahh :3 thankyou for comingg yeee . jemput la datang lagi raya haji neh . 
 tetamu tak disangka datang jugak open house kannn . senang jea nak cari rumah aku . tak call mintak alamat pun dah boleh sampaii . thankyou abg polis dan abg bigshowww . thanks untuk cagaran sepuluh hengget malam tuu . hahaha
 sebenarnya aku bukan nak ulang gambar merdeka raya kat skolah aku banyak banyak kali . cuma gambar neh lebih kepada geng-2 paling rapat , superb , maveles , perghh ! jemput kenal dengan depa . kalau la ada qasha , awie ngan ayu dalam gambar neh . mesti perfect :'( yang penting ada kembar siam dalam gambar neh . bajet comel plak depa pakai baju sama kaler :3
neh rumah cikgu hensemm . ye , hensem angattttt . rumah banglo kooo . kau hadooo ? paling santai g open house umah cikgu safuan neh la . open house dia pun kami yg suh buat . bukan dengan rela hati cikgu tu sendiri :D biasalah , masing-2 muka tak maluuu . memang buat rumah cikgu mcm rumah sendiri la . gamat habis . bayangkan kalau kami semua duk serumah , allahuakbar . tak dapat bayangkan :/ cukup la apa yg aku nampak masa tuuu . tak larat gelak . 
 gambar neh dalam sebulan dua yang lepas kalau tak silap . time neh teman pelukis plan tgkk kawasan kajian . tapi yang follow nya ramai kemainn . saja bawakk reramaii tu . buat smgt :3 untung jugak depa ikot . boleh jaga geng-2 perempuan neh dan tunjuk jalann walaupun jalan depa bawak mcm jauhh jeaaaa . MACAMMMMM . tapi kite tak kisah >.<
the cute picture ever . semua sedondon . haha . ramai puji baju keparat kami cantik . kaler pepel lagii . maunya tak cantik nok . usha harga laa . skrg jarang dah pakai baju keparat . time neh rasanya kena uruskan pendaftaran adik-2 lower six masuk kot . dalam bulan 5 atau 6 cemtuu . maaf la cu , nenek dah lupaa ^_^

sekian dari saya :)

thankie for reading : Tengku Lea

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |