12/12/2012 ? Dating Jarak Jauh .

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
12/12/2012 : 9.45 PM (Rabu)

Hye . Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger .

I miss Ayu already . tsk tsk :'(

Jumpa lagi kita kann ? Harini free . Free sangat :D sebab saya off day . Aktiviti sepanjang harini tak banyak . Yang penting saya takkn duduk kat rumah .
Selalu kan asek keluaq p qeja jea . Bila cuti pun kena keluaq jugak . Tapi tak pergi keje la . Pergi tempat lain ;)

Dalam pukul 2 mcm tuu , saya ngan ekin pergi klinik haiwan kat area Kulim neh haa .
Ada yang tak tahu ke kat mana terletaknya klinik tuu ? Klinik tu terletak di belakang pejabat pos . Agak tersorok . Saya pun baru sedar kewujudan klinik tuu .
Selama neh duk lalu lalang tapi saya tak tahu tempatnya . Tapi hanya biasa dengar org duk sebut sebut .

First time okay saya jejak kaki ke sana demi Kiko sayangg . Kiko neh baru dua bulan mcm tuu . Ekin beli dari kedai haiwan mana entah . RM 250 seekor . Klau dua ekor ? kira sendiri eh :)
Kiko neh sejenis haiwan yang sangat comel . Sugar Glider . spesies tupai amarekaaaa atau tupaii terbangg cenggitu la .
Yang sedang hangat sekarang neh . Hangat sangat kan . Haha .
Makin ramai yang bela , dan saya semakin jeles . Maka saya pun terhasut untuk membela . Insyaallah coming soon . Hehe .

Kiko neh ada masalah sikit berkaitan dengan mata dye . Kat mata dye tu ada macam bulat kaler putih . Kadang2 besar but sometimes kecil jea . Jup eh , nak tunjuk gambo :)
Kami sebagai pengasuh kiko neh macam musykil kenapa mata dye mcm tu sejak beli . Then akak dokter cakap mata dye takde pape . Nak kata kena cataracs , mustahil . Sebab umur kiko masih muda .
Akak dokter kata mybe mata dye memang mcm tuu .
Nothing to worry about . Thank God :) Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D

Then balik dari klinik tu , pergi lepak tasik . Sekarang dah jarang lepak tasik sebab kerja kann :( rindu habis gila kat tasik tu . Haha .
Rindu bermakna k . Haha :D Lagipun saya ada janji ngan sorg abam hot tu nak bagi dye pegang kiko neh .
So harini saya tunaikan la janji tuu ha :)
Ternyata , saya dengan membe2 lain sampai tasik dulu then baru abam baju meghaah tu sampaii . Lambat betol . Haihhh

Seronok habis abam abam tu main ngan kiko . Nasib tak dilenyek nye . takpun diculiknya si Kiko tuu , kalau tak , reyauu la semuaa :D yang paling akan reyau kuat , mama ekin la kan . mama eya boleh redha jea la . haha .
Kerja kami tiap2 hari belek si kiko jea la . pergi Sunway bawak kiko , p Jusco bawak kiko , p Summit bawak kiko , p tempat qeja bawak kiko . nextt , kami akan bawak kiko p Pesta Penang plak then sambut new year . Sabo tau kiko . Tunggu 31 Disember neh :D

rindu bos , rindu ayu , rindu sape lagi eh ? hmmm :') tadi pagi sempat msg Ayu . Itupun masa dye tengah dengar taklimat . Dye cerita pasal org panggil dye Lisa Surihani . Dye tanya saya rindu dye ke tak . The best moment , bila dye tanya mcm tu terus my phone out of credit . Haha . :'D yes , i miss you , Ayu . I really do .  Takde sapa nak bawak saya naik moto dah . Takde sapa nak jeling saya , jaga tiang ngan saya . Rajin2 Whattsapp aku tauu , ayu :D

sorry guys sebab tajuk entry tak sama dengan apa yang saya story . Hehe . Assalamualaikum .


thankie for reading : Tengku Lea

Cintakan Seseorang Kerana Allah :)

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
2/12/2012 : 2.39 AM (Ahad)

Assalamuaalaikum warahamatullah wabarakatuh . Salam 1Blogger salam 1Malaysia salam Ukhuwah .
Bila cinta kerana Allah s.w.t , berpisah tidak gelisah . bertemu pun tidak jemu . Ukhuwwah itu indah . Bila bertemu dan berpisah hanya kerana Allah s.w.t .
Pesan pada diri , jangan tersalah memberikan hati , pada insan yang tak sudi . Pada insan yang tak mengerti .
kerana sekali kita memberi , selamanya dia di hati .
Apabila sesekali kita dilukai , sampai bila bila tetap kita akan ingat .

Pesan pada diri . Berhati hati dalam memberi hati . berikannya kepada insan yang tahu menghargai sebab nilai sekeping hati , amatlah tinggi . jangan sampai membuat hati terasa dinodai .
Berbalik kepada cintakan seseorang kerana Allah . Maybe ada yang tahu and know how to cinta kerana Allah . And maybe ada some of you yang tak tahu . Termasuk saya :) Sebelum saya nak update banyak pasal Cintakan seseorang kerana Allah neh , saya adabuat research sikit . I hope all this thing berguna to myself and all of you , Insyaallah :)

Imam Syafie pernah berkata " kerana cintaku kepada Allah , maka aku mencintai makhlukNya . Memperlakukn dengan hormat , dan penuh kasih sayang terhadap isteriku , anak anakku dan sesama insan . Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah " . 

Apabila seseorang itu mencintai org lain , bersahabat dan membiasakan diri dengannya , kerana kita dapat melihat org tu , mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah .
Itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah , kerana mengharapkan keredhaannya .
Ataupun jika dia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana org tu telah membantu dirinya dalam selok belok agama . dan mengajaknya untuk taat setia terhadap Tuhannya . Hal ini juga dikira bercinta kerana Allah .

Rasulullah bersabda " sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman , hendaklah ia mencintai seseorang , tiada mencintainya melainkan kerana Allah "

Tapiiiiiiiii , kalau dia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana merasa senang berkawan dengannya . Dan dadanya terasa lapang bila duduk bersama sama , maka cinta itu adalah cinta tabi'i .
atau dikenali sebagai cinta biasa yang takde kena mengena dengan Allah .
Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata mata .
Persahabatan kerana Allah akan membawa kita ke jalan Syurga kerana masing masing akan melengkapi dalam menjadi hamba illahi yg baik dan membimbing ke arah kebaikan .

Persahabatan yang mendapat redha Allah , akan dikira sebagai ibadah . UHIBBUKAFILLAH ( aku cintakan kau kerana Allah) .

Oh yea , Tahniah kepada Harimau kerana berjaya menundukkan Garuda . The best among the best :) Salam .







thankie for reading : Tengku Lea

Baby dan Sayang :D

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
29/11/2012 : 6.44 PM (Khamis)

Assalamuaalaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam Ukhuwah . Salam 1blogger salam 1Malaysia .

dengan mengambil kesempatan sempena off  day harini , so saya macam rajin sikit nak update blog walaupun isi nya takde .
so saya update benda merapu merapu jea la eh . Agak boring boleh stop baca :)

Dah nak habis dah bulan November . Dah nak masuk bulan Disember . Then sekolah . Tolong countdown dari sekarang ye adik adik :)
Sumpah boring bila off day . bila keje merungut penat plak . Macam sekarang neh , bila off day mengadap laptop , online jea memanjang . Gaduh la mata jadi buta . hehe .
Selalu kalau saya masuk shift pagi , setelkan kedai dulu . sapu sampah , mop lantai . Done semua baru pergi cari makanan ntok breakfast . perut sama bunyi dengan lagu yang dipasang dalam kedai :D
Taubat taubat la lepas buat keje mesti lapar kan . Nak plak bangun tdo , mandi terus pergi keje . makan pun tak sempat .

So tugas beli makanan neh memang letak kat atas bahu saya la . wajib okay kalau keje shift pagi , saya mengulat pergi cari makanan . Haha . sebelum pergi beli plak , wajib tanya geng mak mak dalam kedai tu nak pesan apa apa then tanya plak akak kat kedai sebelah nak pesan apa apa tak .
Haha . Macam tulah hidup bermasyarakat . hanya kedai akak sebelah jeaa saya bole nak p tanya .
Kalau ikotkan kedai first lady , kedai peace , kedai verns , mirano , semuaa saya nak tanya . Tapi mampu ke nak angkut makanan banyak banyak kan ?

Yang bestnya setiap pagi , menu saya cuma mee goreng . lunch baru nasi . Kalau keje shift petang , makan sekali jea time rehat . sebab sebelum datang kerja , dah makan kan :)
Okay , stop pasal kerja . Tiap tiap hari sebut pasal kerja :/ so guys , 2013 is coming . So saya ada lagi setahun saja ntok bergelar student di sekolah . Setahun di sekolah bersamaan dengan dua semester lagi pengajian saya . Alhamdulillah . Sem pertama dah lepas . Sem pertama agak serabut k .
Mungkin sebab belum biasa lagi belaja ntok 4 bulan lebih then final .

Tahun depan jugak saya dah 19 . cepat kan ? Pejam celik pejam celik . Dah jadi anak dara dah saya neh . Nak masuk 19 dah . Tapi masak tak reti lagi . Sedih :D Tapi tak rajin takpa , asalkan tahu tanggungjawab sebagai anak . *ayat anak teruna*
Banyak benda yag saya nak ubah bila dah cecah umur 19 neh . Kalau boleh nak berubah sebelum umur nak masuk 20 . I mean berubah dari segi perangai dan pemakaian . Maybe , insyaALLAH :)
Nak berubah jadi sopan sikit . More lembut , more sweet , more behave , less social , more cute , more sweet , more alim and InsyaALLAH more matang :) I hope so . Ameen .

Taknak dah terjerit jerit . Gelak jahat , gelak org kaya , gelak sombong , gelak perli , gelak kuat kuat , gelak main main apa sume . Kalau nak gelak pun , gelak tak keluaq bunyi kecuali kalau taleh tahan sangat baru gelak kuat kuat :D Lepastu nak berubah jadi rajin belajaq sikit . Cita cita saya tinggi melangit tapi usaha nya cuma paras ketinggian saya . Tak adil la kan ?

tapiiii , tahun neh , bulan 12 neh . Saya akan kehilangan kawan yang akan sambung belajar ke Perlis . Politeknik Arau . I mean kawan baik saya , Ayu . Kita dah janji nak masuk U sesama . Tapi hang pilih Poli :( aku redha . serius . Masing masing ada hak nak pilih jalan hidup masing masing . Dengan lafaz bismillah , aku lepaskan hang .
Sedih sangat . Sumpah sedih . Dye yang selalu ada time saya sedih , saya gembira , saya bahagia , saya couple , saya clash , saya kerja , saya lepak , saya gelak , saya nangis .
Dye yang selalu jadi madu saya walaupun dengan sapa saja saya"ber kawan" . dye salu jadi photographer saya jugak . Dye kakak , dan saya adik . Dye 'sayang" , saya "baby" . Walaupun saya lahir dulu . Tapi usha ketinggian la kan . Sapa pendek , dye la yang adik -_- hmm .

Dye selalu jadi driver saya kalau kami naik moto berdua . Tapi lepasneh , sendiri bawak la kan . Sapa nak teman dye makan tengah malam kalau dye lapaq . sapa nak teman dye p gunting rambut kalau dye ketegaq sangat nak gunting . sapa nak buat muka ngan saya kalau bukan dye .
sapa nak sandaq kat tiang kedai masing masing kalau bukan dye .
Sapa nak mengadu pasal Capital A , capital B , capital C , capital D capital E and bla bla kalau bukan dye .

Kalau saya ada depan mata ayu sekarang neh , tak mungkin saya akan cakap pasal semua neh . Saya malu . Haha . Sebab saya bukanlah jenis yang reti sweet sweet dengan membe . Caring tu ada la :D
Disebabkan beliau mendaftar pada 10 haribulan , maka saya akan ikot beliau ke Perlis sehinggalah selesai pendaftaran . Nasib Puan Emak bagi ikot . Kalau Puan Emak tak bagi , nanges saya kat tempat qeja :D
Mungkin Puan Emak pun tahu dan faham kot . Mungkin :)

Pesanan awal buat ayu : hang p sana , jaga diri . Jangan nanges banyak banyak . Jangan call aku . Aku taknak dengar suara hang . Nanti aku jadi terdiam . Haha . Kalau ada apa apa msg aku , Ym aku , tweet aku , Im aku , whatsapp aku . Kalau ada org buli hang , bgtau aku . Tapi aku rasa macam takde jea org berani buli hang kat sana . Past is past . sampai sana , jangan make a new story with the same lelaki . Jangan lupa makan . Satgi kena angin , melayang . Jangan lupa membe2 kat sini walaupun hang dapat membe hots habes kat Perlis . Membe baru takkan sama dengan membe lama k . Kalau aku dah ada lesen , aku p melawat hang nah . Tu pun kalau aku rajin :D takpun aku ajak tunang aku p tgk hang . Haha .

Banyak saya nak pesan sebenarnya . Tapi takpela , to be continue . Bye ^-^

















thankie for reading : Tengku Lea

Kawan a.k.a Friend :)

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
2/11/2012 : 9.36 PM ( Khamis)

Assalamualaikum warahamatullah wabarakatuh . Salam 1malaysia salam 1Blogger Salam Ukhuwah .

A friend is someone who you think your life would be different if they didn't exist . a friend is someone who never leaves you out . Baru sudah usha blog Adaa Syadaa .
Ramai sangat yang mention kata blog dye sedih bagai , so memandangkan free sekarang neh sebab balik keje awal , I pun usha la kan blog beliau .
Not bad . Memang ada la part sedih yang cuba si Adaa neh sampaikan :)

Kawan eh ? apa yang kita boleh describe dengan perkataan "kawan" neh ? Masing masing dah besar . Dah boleh pikir kan *ayat encik teruna* . Haha .
Kawan adalah sesorang yang selalu ada dengan kita time susah . Time senang ? time senang pun ada .
kawan neh tempat kita bergaduh , terasa hati , sedih , gembira sangat sangat hmmm macam macam ada la :D
Sesekali jadilah kawan yang hanya mendengar dari yang hanya bercerita . Apabila masa untuk memahami hati dan perasaan kawan .
Kerana dye juga seorang manusia , dye juga ada rasa takut , ada rasa bimbang , sedih dan kecewa :)
Dye juga ada kelemahan dan dia jugak perlukan kawan sebagai sumber kekuatan . Contoh : pergi bayar laksa sotong secara beramai ramai .


Jadilah dia kawannya itu . Kita selalu melihat dia ketawa , tapi sebenarnya dye tak setabah yang kita sangka . Di sebalik senyumannya tuu , mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan .
Di sebalik ketenangannya , mungkin tersimpan seribu kekalutan :)

Kita tak tahu , tetapi kalau kita cuba jadi sahabat seperti dye , Mungkin kita akan tahu :) "Sahabat yang baik , umpama pembawa minyak wangi .
Mungkin dia akan memberinya kepadamu , atau kamu membeli darinya , atau kamu akan mendapat aroma harum darinya .
Tetapi Sahabat yang tidak baik (jahat) diumpakan seperti peniup dapur tukang besi . Mungkin dia akan membakar pakaianmu , atau mungkin kamu akan mendapat bau busuk darinya" *Riwayat Bukhari & Muslim*

"Pada hari ituu , sahabat sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain . KECUALI orang orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)" . Ya ALLAH , hadirkan hati sahabat sahabat ku ini dengan sifat kasih sayang agar dapat aku bawa mereka ke jalan Mu . Kita sahabat sampai syurga :)
The End :)






thankie for reading : Tengku Lea

Budak Banyak Cakap

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
16/11/2012 : 1.17 AM(Jumaat)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia . Salam Maal Hijrah .

I got something serious to post . I cuma sampaikan apa yang "org" suruh :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dear owner of P** *1*7 :

"Helo babe . Thankyou for coming into my life . I really missyou right now . I dont know how to describe apa yang I rasa sekarang neh .
I rasa something weird . I tak tahu la kalau I sorang jea rasa macam tuu . Maybe I terlebih mengada and im sorry .
I tahu you tak berapa suka perempuan yang mengada . I really know that . And im trying agar tak menjadi agak mengada dengan you .
I taknak you pening layan kerenah I yang tah pape neh . A few days , I rasa sunyi . Actually you should know that I need you . Tapi skrg you study week . Maybe thats the reason why macam , hmm entahlah :')
As we know i mean both of us , kita takde any relationship right now but we know that we love each other .
I ingat lagi that night you tanya I that I love you . And my answer is Yes .
I really mean that okay :') Just a few months kita kenal , I boleh sayang .
Dan I harap sayang I tak pernah kurang . Lagi rindu I kat you , lagi bertambah sayang I kat you .
Sayangnya , Im not ready yet to have any relationship right now . I takot . I risau . I taknak pisang berbuah banyak kali . Bukan dua kali tapi banyak kali .
Walaupun I tahu you are not that type of "lelaki" yang really like to sakitkan hati perempuan .
You bukanlah sorg lelaki yang mudah keluarkan ayat ayat jiwang . You bukanlah lelaki yang reti memujuk seorang perempuan yang sedang merajuk .
You tidaklah terlalu romantik seperti lelaki lain tapi you pernah kata , bila dah sah sesuatu hubungan itu , you akan jadi husband yang paling sweet ever and after .
I believe that my dear . Untunglah your future wife nanti . And I hope , I will be that girl ^^
Keep loving me eventhough kita tak declare anything . As long as you know , i love you , and you love me . Insyaallah . Anything shit happen right now , i will keep inside .
Keep in touch till the end ya no matter what happen ? No one can love you like i do . Trust me "
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Distance never separates two hearts that really care . for our memories span the miles and in seconds we are there . but whenever i start feeling sad because i miss you , i remind myself how lucky i am to have someone so special to miss . let not do this anymore pretending like we dont miss each other like crazy and acting like we dont love each other and totally i cant explain how much i miss you right now . when you are tempted to lose patience with someone , think how patient Allah has been with you all the time . be patient and tough . someday this pain will be useful to you :) Assalamualaikum . 
thankie for reading : Tengku Lea

STPM Penggal 1 :)

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
8/11/2012 : 12/14 AM (khamis)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam Ukhuwah ..

Hola peeps . Helo gula , sugarbear , bertih jagung .
Rinduu rinduu rinduu .
rindu nak menaip k . bukan rindu apa pun :D

For your information my sugarbear sekalian , I dalam minggu exam week sekarang neh . Dah nak habis paper dah pun . Maybe ada yang tahu and maybe no .
yang jadi one of my friends dekat fesbuk maybe know yang I exam week kot --' *bajet retiss*
Alhamdulillah , dengan segala rasmi nya STPM dan SPM start pada hari yang sama . Iaitu pada hari Isnin bersamaan 5/11/2012 .
Dont ask me why and how come boleh jd mcm tu .

Akibat exam beso mcm neh jatuh pada hari yang sama , maka pihak sekolah terpaksa bukak dua dewan .
Dewan bawah untuk SPM candidates , yang atas STPM candidates . Masalah dewan bukanlah masalah beso mana pun . Bebudak yang seat for STPM pun cuma 33 orang jea . Ciput jea ha :)
Yang SPM pun tak ramai sangat . Tahun I rasanya ramai lagi . Dewan full dari depan sampai belakang .

Bukan itu yang I nak cerita sangat sebenarnya . I nak cerita pasal paper STP I tu haa . Paper I tak banyak . Hanya 4 paper dan 4 subjek jea . Takde banyak subjek macam SPM tahun lepas . 10 subjek ohkayyy . Lulus dengan cemerlang k semua . Alhamdulillah :)
So , paper untuk hari pertama , memang i gelabah la . Sebab PA or also well known as Pengajian Am bukan la subjek feveret I . I pun taktau kenapa padahal yang mengajar tuu MasterMazni kot . Master k . Bukan ijazah biasa . Tapi , entahlah . Soalan PA keluar biasa biasa jea . Buku nalaaa punya tebal , hat keluaq sikit nak matii .

sebab tu ada membe I yang tetiba jadi "gila" lepas jawab paper PA . Sebaik jea keluaq dewan , dye gelak punya kuat . Dari keluaq dewan sampai nak balik .
Soalan senang sangat katanya sampai apa yang dye baca , tak masuk . Sebab tu dye jadi tak berapa betul agaknya . Hmm . arwah baik orangnya :D
Bagi I , paper PA okay la lagi . Insyaallah tak fail dan tak perlu repeat . Insyaallah :)

Nexttttttt day . takde paper . Hari rabu bersamaan hari ini , paper BM dengan paper PP a.k.a Pengajian Perniagaan . PP for short . Dua2 paper susah k .
Gulung , libas , spin habis paper I untuk dua subjek neh . Tapi kot mana pun , i tetap setelkan dua dua paper . Betul ke tak betul ke jawapan I , belakang cerita . Dalam condition I yang kejap panas kejap sejuk neh , buat i tak boleh fokus . Bayangkan dalam cuaca yang panas terik , badan i sangat sangat sejuk . Risau plak .
Btw , usaha usaha dah . Tinggal tawakal jea la :)

Tapiiiii , lepas I jawab paper BM tadi , i feel
Im serious okay . I feel down gila . I tak penah rasa seteruk neh . I tak pernah lagi rasa tak boleh jawab paper BM . Masa SPM dulu okay jea . Part esei memang I boleh buat , tapi part bunyi bunyi , fonologi bagai tu , i baca sekali pandang jea .
Lepastu paper PP , bab bahagian B , i boleh jawab . Tapi jawapan wallhualam la :')
Bahagian A pun boleh jawab jugak . Tapi cemtu cemtu jea la .
Kalau korang kat tempat I masa semua dapat soalan PP , muka masing2 macam nak minta penampar . Haha .

I tengok kiri , tengok kanan , tengok kiri , senyumm . lepastu gelak . Makk aii , sennag sangat soalannya . sampai tak tahu nak buh jawapan apa . Yang bebudak laki , pandang I kat belakang lepastu gelak . Faham sangat dah yang masing2 pun blur . Kalau tak , takde nak gelak bagaii derr .

Last payperrrrr , paper seni esok . Sangat tak sabar tapi I tak study apa lagi ntok Seni . Pukul 4 atau 5 pagi kejap lagi kot I bangun study :)
Tamat jea paper seni pukul 1 mcm tuu , petang tu nak buat BBQ . jyeah !
lepastu plak kan cuti skolah i mean cuti sem bagi I  . Tunggu apa lagi kan , kerja la . lalala , hari hari kerja , lalala bosan dengan kerja .
Tak pernah bosan pun . rezeki semua tu . Penat tu ada la :)
Kat mana I kerja , tak perlu lah tahu . Hehe .
Yang penting i tak goyang kaki kat rumah . Duit pun tak masyukkkk :p

okay , dah terubat rindu . See ya !



thankie for reading : Tengku Lea

Happy Eid Adha 2012

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
29/10/2012 : 10.50 PM (Isnin)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh .
Bismillah .
Salam Ukhuwah everyone around . I mean all my readers sugarbear(sayang) . Alolo -,-"

sorry for calling you guys sayang . kalau ada yang tak suka , you can let me know and i will promise to not calling you sayang anymore . Uhuk .
I tacing ke ? tetiba jea kan . So , its not to late for me i think to wish Happy Eid Adha everyone ! *kenyit mata*
How your raya ? good ? having fun ? haha . Eid Adha for me this year quit fun , quit happy . Not to boring like others or like last last year . Hoho .#oh my english .
Today , detik ini , saat ini , you guys as my sugarbear as my sunshine , terpaksa baca entry with my broken english . okay ? *acu pistol* Im serious okay . Yes , i am !

im listening Aku Ingin Mencintaimu bye Edcoustic Band right now . Wanna join ? How may times pun i taktau i dah ulang lagu neh . No wonder la kalau I boleh hafal lagu neh dengan baik after this . Hikhik . Nak cerita pasal what happened sepanjang this raya . Benda basic yang kita akan buat while raya especially is beraya rumah membe membe Bertih Jagung :D WAJIB !
Pagi pagi butaa , pergi rumah abg awie , then balik rumah . sebab terlajak lepak sehingga org sembahyang jumaat . Ishish . I naik moto berdua dengan ayu . eventhough ayu ada lesen kereta tapi dye kata dye hanya akan bawak sampai taman Tanjung . Those yang duk kat kulim maybe know taman tanjung kat mana . Haha . But i prefer kalau naik motor is more relax . Boleh cilok sana cilok sini . Rempit sana rempit sana .

Neh baju raya kita bagi sebelah pagi masa pergi rumah abg awie . Dah macam wedding reception jea kan . Haha .Kita pakai baju raya yang lepas jea awak . Kita tak mampoooo nak beli banyak banyak baju kurung . lalala :p

Then sebelah petang , kita pergi rumah girlfriend dengan boyfriend kita . I pergi rumah Akram after Jumaat . Boleh plak i bagi tertumpah bihun sup kat rumah org . Ayat cover i for that time i kata i "nervous" . Haha . Motif i nervous ? Sumpah takde motif k . Haha . Then bising bising and make some noise , kami blah . Then gerak ke rumah I . I bawak girlfriend ngan boyfriend I tu makan mee Johor yang puan i buat . Dorang kata pedas . Haha .
Masalahnya korang yang tak tahan makan pedas . I think la kan , dalam banyak banyak membe group kita , I jea mampu makan pedas . Am i right my sugarbear bertih jagung sekalian ? :DD lepas jea makanmakan kat rumah I , we go through rumah my next girlfriend , Akalili .

Baju untuk sebelah petang ^^

Sebelum pergi tu , calling calling dulu . Takut the owner takde kat rumah . Kang kena tengok pagar jea . Hehe . Guess what , Lili masak tomyam . Sumpah I cakap , since I dapat msg from Lili untuk suruh pergi rumah sebab dye masak tomyam , i jadi eksaited gila bapak . nak mati punya tak sabar nak pergi rumah Lili . Dah lama tak makan tomyam . Last makan tomyam masa keluar dinner ngan ayu tengah2 malam harituu . And guess what , sedap gilooo tahap bunga api meletopp letopp punya sedap . Haha . Membe2 I semua pandai masak . Hairan betol I . I jugak yang tekebil kebil . pfft . I nak masak pun masih kena search google . ohman :( but atleast , i try kan ? hehe

Lepas balik dari rumah Lili , pergi rumah Miny a.k.a Wany . Bajet ingatkan nak makan but actually not . P gelak gelak , cheese sana cheese sini . Then balik . Nak singgah rumah nad , sara , ngan ckin , but dorang balik kampung .Tahukan anda , sepatutnya kita perlu merayakan hari raya aidiladha lebih meriah dari hari raya aidilfitri :) Okay , itu hanya selingan semata mata buat peringatan bagi diri I for sure and for the others . Neh ada la fakta okay . Tapi skrg kan dah berubah . Orang sambut Aidilfitri lagi meriah dari Adil Zaquan . I mean Aidiladha :D

Eh , you guys . Do you know Dena Bahrain ? Blogger jugak akak neh . She's 20 dan students at IIUM kalau tak silap . And she so so so cute . Cute than me . Haha . And she have been married a few months ago . Sho shuwettt . Hehe . Kuasa Allah Taala , buat beliau pilih untuk berkahwin dalam usia muda lepas buat sembahyang istikharah dan petunjuk . Bantuan family dye jugak , buat kan dye bersedia bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang bergelar suami . Family choice tau si suami neh . Sebagai anak yang baik kepada keluarga yang baik , akak Dena neh pun berkahwin . First time dating lepas akad nikah ? kau mampoooo ? :DD

Alolo , omeyy omeyy . Haha . Happy ever after till jannah ye sis . I tak mengharapkan cinta i jadi seindah cerita cinta kak Dena Bahrin neh tapi cukup la sekadar one day , i akan dapat Imam dan suami yang baik . Haha . Kalau boleh I nak cinta yang full of barakah from Allah Taala . Suci , bersih without any cela . Hehe

#choose someone to marry , not someone for you to only walk around and be happy ,  
#If the 'Love' makes you become worse. Let it go. it's hard. Allah knows and He will replace someone    better for you.
#the more you love and appreciate your Soulmate, the more you'll be blessed by the Lord.'

Semua neh I ambik dari ayat ayat di blog Kak Dena . Just sharing . Sharing is caring . caring is loving . I think . Assalamualaikum :)















thankie for reading : Tengku Lea

Cerita Lampau Melampau Terlampau .

Posted by AQMAL IYLIA 1 comments

21/10/2012 : 10.06 PM (Ahad)

Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh . Salam 1malaysia salam 1Blogger .

Uniform sale assistant , wajib hitam eh . Tudung tak kisah . Kadang kadang bantai jugak uniform kaler lain --'

Dulu , I jahil . keluar sana sini . Tak balik rumah pun ada . Tapi sehari tu saja . Sebagai perempuan yang jahil macam tu , I masih setia dengan seorang lelaki . Yang tu pendirian I yang tak pernah I ubah sampai saat ini sehingga i sudah bujang terlajak terang tang tang sekarang . Ohman .
Tapi , takde dah semua tu dalam diri I sejak I form4 ke form5 entah . Semua I dah tanam dalam dalam . Walaupun kadang kadang keinginan hati yang berperisa syaitan kembali merobek . phew ! :D

Tapi bukan itu yang I nak cerita . Yang tu hanya mukadimah bagi menunjukkan I punya terlampauan yang tak berapa nak lampau .
Setakat itu jea kot I punya melampau yang i penah buat sepanjang 18 tahun i hidup selain dari I muntah kat baju org masa I baby dulu --'

I seorang yang workholic ! tetiba jea kan start ayat dengan memuji diri sendiri . nampak sangat tekan lif naik sendiri nokk .
Maaf , i sekadar bergurau . waktu I masih muda remaja or maksud I form4 form5 , asal cuti jea i cari kerja .Bukan makpak tak mampu nak bagi duit waktu cuti , tapi I jea jenis malas nak minta .
Start from that , macam macam jenis kerja la i buat . Tapi I tak buat la kerja melacur 300 satu malam atau jadi GRO di lorong lorong gelap . Haha . Ehh , lorong gelap ? lorong gelap tempat pelacur k . Sorry sorry . Marah pelacur pelacur hot kangg :D

I buat kerja mengasuh , I kerja jadi sale assistant dekat butik , kedai . Mengasuh atau menjaga budak neh small matter bagi I . Sangat small matter . I ngan bebudak terutama baby baby bagaikan aur dengan tebing . Baby baby tu jea rasa I dengan dorang bagai anjing dengan kucing . what the duckk .
But i tak ambik hati dengan apa yang baby baby tu kata . Mungkin dorang stress kena tinggal dengan makpak dorang . Alolo , kutang kutang ucuk :D

Eh , since i umur berapa tahun lagi , i mengasuh bebudak . Best kot . Dorang akan rapat dengan korang . Ngan makpak dorang pun dorang tak rapat macam tuu . And now I dah 18 . See , how long I dah start mengasuh . No wonder la satu hari nanti i akan jadi mama yang baik kepada anak anak I . Haha :D
So , harituu ,  I ikut maklang ayu pergi area Penang . I ngan ayu jaga bebudak kat Taska . Taska tu memang taraf high high jea la kan . Bukan calang calang budak la yang dihantar kat situu . Ohdamn , they so cute . Ada yang kuat nanges . ada yang so manja . Ada yang riang . But for me , biasa dah I jumpa that kind punya budak :)

Then cuti skolah form4 dua bulan , I cari kerja . Sebab i taknak duk rumah . I nak rasa duit sendiri . I nak belanja duit I sendiri . Nak rasa kepuasan guna duit sendiri . So , sesi mencari kerja kat area Landmark Kulim dengan ayu kalau tak silap . And , alhamdulillah . I dapat kerja dalam Landmark tuu . Nama kedai adalah dirahsiakan . Cuma i boleh kata , kedai tu rasanya kedai kedua terbesar selepas Kedai Buku Hasani tu haa  . Find your own k :D Happy tahap bapak la kan dapat qeja . Tak sangka plak ada kedai nak ambik budak bawah umur dan tak cukup tinggi macam I neh bekerja :D

Have fun k kerja situu . Situu I yang paling muda that time . Yang lain dah 20 plus plus . Geng ahkak ahkak k . Then form5 , I still sambung kerja kat situ lagi walaupun dah tukaq supervisor . So terpaksa kena interview balik . Masa nak isi borang tu , dorang tanya penah kerja mana sebelum neh . I pun jawab " kat sini" . Dorang macam terkejut . Tak layak eh i kerja sana ? sobs sobs :D I ingat lagi masa tuu , I tengah buat revision paper seni kat skolah . Then ada call . I tengok nama yang naik . I kenal sangat number tuu sebab i save . Tu number tempat kerja I dulu . Happy i sepanjang hari bila dorang suh datang untuk interview .

Sebelum I p interview tu , i dah agak i akan dapat this job . Confident level kena tinggi . Hehe . Dan , i dapat . Paper last SPM , petang tuu i dah pergi start kerja . Kerja sampai tak ingat nak cuti . Kalau cuti pun rasa sayang . Kadang kadang dalam sebulan tuu i tak cuti pun . Ahkak ahkak yang kerja kali neh plak happy habis . Kebetulan plak ayu kerja kat kedai sebelah . Lagi semangat la I nak kerja kan :D Time I cuti , I datang kerja . Lagi lagi kalau stok masuk . I kesian tengok dorang . Kadang kerja 12 jam . kadang kadang kerja 10 jam . kadang kadang kerja 4 jam . Yang penting shift la . Satu jam 4 hengget . special betul gaji I :D

Persoalannya :

Adakah I akan sambung balik kerja kat tempat lama I sempena cuti sem neh ?
Adakah suasana tempat kerja I tu akan semeriah dulu ?

Bye :)


thankie for reading : Tengku Lea

Abdul Rashid Abd Hamid :')

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments

26/10/2012 : 8.12 PM (Selasa)

Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger .
Abd rashid yang tengah tu .

semalam , I ngan kawan kawan dapat berita yang agak menggemparkan i ngan membe membe . Tapi mungkin ada yang tahu dan ada yang tahu .
Teresak esak membe I yang dua org tu nanges .
Sampai tak lalu makan . I jadi blur , serabut . Sebab I taktau nak kena buat apa .
I tak boleh la biar membe membe nanges macam tu jea . But at last . I diam jugak . Im sorry guys . I taknak tambah sedih korang .

lepas pikir sehabis habisnya malam semalam , kami prefer taknak pergi sekolah . Masing masing nak pergi hospital harini . So , seperti yang dirancang . Kami pergi hospital .
Dalam sepuluh lebih kami dah gerak pergi . Walaupun waktu melawat dye pukul 12.30 tengahari .
Dah sampai awal tu , awie nak pergi breakfast dulu kat kantin . Okay la sementara nak tunggu pukul 12 kan .
masa jam dah nak dekat 12.30 , masing masing berdebar debar nak masuk dan pergi tengok pesakit di wad 5 yang bernama Abd Rashid Abd Hamid . I sebenarnya tak kenal mamat neh . walaupun dorang kata satu sekolah ngan i masa i menengah rendah , tapi i tak dapat cam rupa beliau :')
masa kami sampai dekat katil beliau , takde sape pun . Cuma ada rashid yang terlantar sakit dengan nurse nurse . Dan kami pelawat pertama rashid untuk harini .

Masing masing sayu . I dah try untuk tak nanges . Sebab i risau kalau rasyid yang separa sedar tu perasan kalau org yang datang melawat dye sedih , dye turut sedih .
Bayangkan kalau org sekeliling sedih , macam mana dye nak dapat kekuatan ? kannn ?
Tapi sayang , air mata I jatuh jugak . I tak pernah mengalami situasi di mana i akan jumpa org yang eksiden teruk sampai koma . sampai bahagian badan belah kiri semua dah teruk , patah riuk . tak sedarkan diri hampir seminggu . Dengan menggunakan bantuan penafasan lagi . Ya allah , tak dapat tanggung sedih . Walaupun masuk harini , hari kedua i melawat rashid .

Kami semua tengok seorang akak nurse neh sembur sembur air kat badan rashid . Nurse nurse yang lain memerhati dari belakang . Akak nurse tu kata , sembang lah dengan rashid . sebab dye boleh dengar apa yang org kata .
So tugas untuk di ajak sembang dengan rashid , kami serahkan kepada wany . Sebab wany adik angkat rashid .
Masa neh la air mata yang I cuba tahan , turun setitik setitik . Sampaikan awie bagi tisu kat I . Awie tenangkan 4 dara yang ada kat sekeliling rashid tuu . Wany pegang tangan rashid . Masa tu masing masing nak rashid sedar . Tak kesah la kalau terpaksa pegang tangan pun .
Wany sembang ngan rashid . Wany kata "abang , abang bangunlah . Jangan tidur lama lama . Hmm . Nanti , adik bawak abg makan pizza tauu . Abang bangunlah . nanti adik kenalkan abang dengan membe membe adik . Abang kan takde awek kann ? abang bleh kenal dengan ayu , nadia , eeya . Abang nak tau tak , membe adik kata muka abang macam aaron aziz . Hehe . Abang bangunlah tauu :')"

Sepanjang wany bersembang ngan rashid , rashid bagi respon kat wany . Mulut dye macam gerak gerak . Mungkin dye nak sembang dengan wany . Dye genggam tangan wany . Kami nampak pergerakan tangan dye tuu . Saat tu la semua mengalir ar mata . akak akak nurse yang ada lebih kurang 7 orang kat belakang kami , perhati . Dan ada yang nanges . I rasa i sorang jea perasaan akak tu nanges . Ya allah , besarnya kuasa kau . Walaupun dye tak sedarkan diri , dye masih bagi respon dengan apa yang wany cakap . Kau sembuhkan dia macam sebelum neh , Ya allah .

Nama rashid jea yang meniti kat bibir kami semenjak dua menjak neh . Membe membe kat sekolah ada yang call , ada yang msg tanya perkembangan rashid . Ada yang hairan kenapa kami 4 beradik tak pergi sekolah . Maaf cikgu , memang kami dah rancang taknak pergi sekolah harini .
I ternampak doktor doktor yang merawat rashid , ada sembang sesuatu yang serius . Tapi i tak dapat tangkap . I harap semua baik baik jea . Takde benda yang mustahil dalam dunia neh kan ? :')

Ya ALLAH , sembuhkan abdul rashid bin abdul hamid seperti selalu . Bagilah peluang orang orang sekeliling dye gembira balik tengok abd rashid sembuh . Aminn :')





thankie for reading : Tengku Lea

Cantik Susah Tak Cantik Pun Susah

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
13/10/2012 : 1.08 PM (Sabtu)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1malaysia salam 1Blogger .

bebola mata sekalian , sila cuci mata dengan ayat ayat dalam neh :)
seperti yang diketahui , saya Nur Aqmal Iylia Abd Wahab sangat aktif dengan account twitter dan fesbuknya . All the time online kecuali waktu sekolah . Sebab ?
Saja suka suka . Hehe . Untuk pengetahuan semua jugak , bagi i la kan , fesbuk dan twitter ada beza cuma they have same colour . Biruu .
Yang penting dua dua ada keburukan dan kebaikan .

Bezanya la kan , twitter neh menjadi tempat org bash bebudak twitter . Bukan tahap normal lagi dah depa bash . Tahap kritikal . Kalau boleh bash , dari pagi sampai ke malam . Asek duk mention nama org yang dibash tu jea la sampai depa rasa kenyang . Lol !
Sampaikan mangsa keadaan tu tak terkenal jadi terkenal . Follower dari seketul dua jadi beribu ribu ketul . Kalah neehlohpaah tawwww :D

Kalau kat fesbuk , jarang la kau akan tengok depa bash seseorang tu 24 hours . Kadang kadang depa tak mention nama pun cuma depa tulis ayat "mohon terasa" sebab takank malukan mana mana pihak . Kalau depa mention pun , biarlah kan . Yang penting mangsa tu tak kena bash secara berjemaah dan 24 jam . Haha .

persamaan dua dua biruu neh , masing masing boleh dan berbakat menjadi dokter cinta . Perbezaan mereka , pikirlah sendiri . Yang penting I tak berpihak kat mana mana pun .
I hidupkan dua dua account neh sekadar suka suka , mengeratkan silaturrahim , menambah kawan dan bukan mencari cinta . Kuikuii . kalau bertemu cinta , nak buat cemana kan , i terima ! :DD

dua hari lepas ke semalam entah si Adel budak twitter tu kena bash . sampai nanges nanges beliau . Dah la kena bash , kena fitnah plak . Kesahehan nya I taktau la kan . Wallahualam . Lagipun i malas nak ambik port . Tapi org sekarang neh , taktau cerita pun , join sekaki mengata . Maklumlah , pahala banyak sangat tak seimbang dengan dosa . Itu yang menambah dosa tuu . Haha . Si adel neh femes jugak ah kat twitter sebab dye cun . Biasalah , org cantik , org hot neh , selalu akan dipandang . selalu akan dinilai .

Kadang kadang apa jea org yang cantik/hensem buat , pakai baju ala ala doremon pun dikatakan "alolo , comelnya si polan pakai baju cemtuh . cute jea macam labi labi tengah jalan" . Padahal dalam hati , lain yang dirasanya . Senang cerita . ada rupa , semua jalannn . Hat tak cantik pun nampak cantik .
Cuba yang org yang tak berapa cantik/tak berapa hensem pakai baju ala ala doremon . Mesti org kata "tak reti bergaya ke apa polan neh . Baju zaman mak aku dulu . Haha . dah la muka macam apa , pakai pulak mcm tuu . takleh go tekleh go" sambil diiringi gelak syaitonnnn . Hmmm . Nampak kan beza dia ?

Then , kalau org cantik melompat lompat time tengok bola , mesti org kata "comel kan kalau perempuan jerit jerit bila tengok bola . Comel jea . Hihihi" .
Kalau org tak cantik lompat lompat time tengok bola , org akan kata "tudiaa aih , gedik gila siap nak lompat lompat . Tak malu ke org tengok?Hahaha" .
Nampak tak lagi beza dia ?

"ramai tweet pasal betapa pentingnya hati berbanding paras rupa, tapi sayang kebanyakkan dari mereka masih memandang rupa berbanding hati . Tweet neh i ambik dan lekat daripada encik RusydiHadi . Benarlah apa kata beliau . Tapi kenapa ? kenapa org sekarang pentingkan rupa padahal beria ria kata mereka hanya memandang kepada hati ? Bukankah setiap ciptaan allah tu sudah cukup cantik , cukup indah :) subhanallah . Mungkin kadang kadang mulut kita lancang mengutuk ciptaan ALLAH . I pun kadang kadang tersilap dan mengata org padahal i pun lebih kurang jea .

Kalau la I boleh minta maaf kat org org yang penah I kata selama neh . Sebab rupa kita hanya cantik ketika muda jea . Dah berusia nanti , bertambah "cantik" rupa kita . I mean unik :) Satu jea la nasihat I , berkawan tak perlulah memilih yang ada rupa jea . yang cantik jea . Yang hensem jea . Belum tentu yang cantik , yang hensem jea , yang ada rupa jea ikhlas kawan dengan kau :)

Sejujurnya , I tabik spring kepada membe membe lelaki dan perempuan I sebab mereka tidak memilih bulu ketika berkawan . Cantik ke tak cantik ke hensem ke tak hensem ke , bekawan jea :) walaupun mereka cantik , mereka hensem , mereka tak kisah . Apa yang penting bagi depa ada lah persahabatan . Itu yang buat i senang berkwan dengan mereka . Nampak tak betapa baku nya ayat i ? Haha .

Okay done . Salam :)








thankie for reading : Tengku Lea

Langkawi Island :)

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
10/10/2012 : 10.52 PM (Rabu)
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1malaysia salam 1blogger . 
Okay . I will let gambar yang cerita semua yea . At the end , i will cerita the whole story yea . Enjoy ^^
 Lupa nama kedai neh . Tapi sumpah , banyak dengan ubat jea . Cth : minyak gamat and bla bla . Satu pun I tak beli . Malas . Haha .
Memang tak lah I nak bagi org letak apa apa dalam piring neh kalau ada gambar org kan . Haha . Sepuluh hengget satu piring . Kau jangan risau . gambar kau akan ditangkap waktu kau kat kedai atas yang I lupa nama tu . Then ejen dye akan cari kau sampai lubang cacing semata mata nak jual benda alah neh .
Malam pertama kami sampai di chalet apa tah . Lupa jugak ==' Malam tu kami buat bbq . Not bad . Maklumlah , chef sampai 40 orang . Tak sedap lagi mcm tuu ? chef patploh org . Yang masak tu tak sampai doploh org pun . Dont ask me where the others k . Ask them lah :D
Location : tepi kantin sekolah . Tujuan : tangkap gambo sebelum gerak ke Jeti Kuala Perlis . Soalan : Ada aku kesah ? :D
Location  : Pantai Chenang . Nindiaaa , abang abang katang dari Kulim . Tak hebat lagi tera neh ? :D Beach boy semua neh . Depa yang tolong jaga students perempuan waktu mandi manda . Ehemmm ! :D
Time neh , otw berlenggang lenggok nak naik bot . Nak masuk gua kelawar . Nak tengok port  Ombak Rindu buat shooting , nak tengok burung helang and bla bla :) Terbaik k . Rugi datang Langkawi kalau tak singgah sini :)
Side view . Nama apa tah tempat neh . Haha  -____- Bot bot neh la yang angkut 40 orang student tuu . Tapi takde la satu bot sampai empat ploh org naik kan . Satu bot sepuluh org . Agak agak la kan :)
 BBQ time . Location : depan bilik cikgu cikgu perempuan :)
 membe membe kelas yang hots habeh ! Hehe
 Location : belakang istana SMK junjong . Okay , aku tak kesah :p
 Saya tergolong dalam golongan penumpang2 bot ini . Okay , sumpah gamat . Dan driver bot neh terbaik . Informer terbaik la I rasa . Semua yang dye tahu , dye cerita . Detail habis . Rugi tak minta number abg tuu :(
Rasanya time neh baru keluaq dari perut feri kuala perlis kot . Tengah kumpul kan bebudak sebelum gerak naik bas dari langkawi ke next destination :)
Location : masih Pantai Chenang . main bola tampar la kekonon . Padahal bola tu dibuatnya pelampung , diletakkan dalam baju ala ala perempuan mengandung . Peningg -______-
Haaa ! Hat neh la nama tempat yang I lupa tuu . Yang jual ubat tuuu :)
masih lagi gambar kami :)
 Tiga sekawan . mandi bersama . tidur sebilik . baring sekatil . Haha .
Punca semua neh . Main tanam tanam jea siap bacakan yasin bagai . Acano tuu ? haha :)
Yang belakang tu versi Abd Rahman moden . Entah motif apa tah angkat tangan bagai :)
I rasa cikgu I and anak lelaki dye tak sempat nak pose . Maafkan dorang k ? :D
Mari beli otak otak . Hmm . Pening bau minyak gamat jea kalau datang sini . Kalau yang ada masalah bau minyak gamat macam saya , boleh la duk jauh jauh . Hehe
Sebelum gerak ke Mekah . Kami semua nak p haji . Doakan kami selamat sampai dan selamat pulang . Sobs sobs :(
Chalet penginapan kami untuk 3 hari dua malam since 4 haribulan sampai 6 haribulan Oktober .  Servis ? not bad lah . Boleh la setakat nak tidur tidur tuu .
 Neh mesti kes curang neh . Kalau tak , takdela part tarik tarik baju bagai . Ish ish :D
 Neh dia Sir Safuan yang sering panggil kami as "kanak kanak riang" . Orang kuat , tulang belakang kami semasa di Langkawi . Thankyou cikgu ! :)
Neh set set abang abang and akak akak hot ^^
 neh candid dari abg zizi rasanya . Ada siput di sebalik air . Haha
 Sila sengetkan kepala sebab I memang sengaja buat semua neh . Malas rotate .
Bebudak class :)
                                                  
Dalam bas Mara Liner :)

Kami speaking tau untuk minta kebenaran nak cheese cheese dengan mamat dan minah saleh yang tinggi neh tauu . Tak sia sia Puan Sooria ajaq Muet sebab kami praktikkan our english in Chenang :D
 I dan Ayu ^^
Location : Gua kelawar . Be silent peeps . Kelawar sedang tidur . Hehe .

Sooooo , Kami enjoy ! Di langkawi kau akan dapat tengok anak anak melayu kita speaking hebat nokk . Maklumlah tempat depa asek penuh dengan tourist jea . Pelancong sana sini . Dari arab , netherland , afrika and bla bla . Pemandu teksi dan abg hat bawak bot pun speaking lagi hebat dari kami . Sejuk perut mak depaaa kan :)

Ada beza pergi bercuti dengan family atau kawan kawan . Dua dua bermakna . Sebelum neh I dah pergi dengan family tapi waktu i muda muda dulu la . So ta ingat sangat . And now , pergi dengan bebudak class plak . Really had fun . Insyallah bulan 12 neh atau lepas final , kami akan pergi langkawi lagi sekali . Kali neh takkan ada cikgu cikgu yang akan kejut bangun . takkan ada cikgu yang kawal kami . Takde nak naik bas . Gerak secara sendiri .

Thanks buat tuan empunya chalet sebab benarkan kami menginap di sana . Thanks buat driver driver yang sanggup tahan telinga dengan bunyi bising yang kami buat . Thanks sanggup bawak kami ke hulu hilir . thanks buat membe membe sebab buat kenangan terindah untuk I . Mungkin lepasneh kita dah tak jumpa . Mungkin :) Oh yea , big thankyou buat Sir Safuan sebab arrange semua neh so well . Sanggup ke hulu kehilir sanggup tadah telinga dengar leteran dari banyak pihak :) Pedulikan mereka k ? ^^

Tempat wajib singgah waktu di langkawi : haji Ismail Group . Ada cekelat ! Hehe

P/s : kami semua sedang busy . Busy dengan macam macam hal . I ada trial minggu neh . Ada lagi three more paper to go . Wish me luck yea ? :) chow !



thankie for reading : Tengku Lea

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |