Cintakan Seseorang Kerana Allah :)

Posted by AQMAL IYLIA
2/12/2012 : 2.39 AM (Ahad)

Assalamuaalaikum warahamatullah wabarakatuh . Salam 1Blogger salam 1Malaysia salam Ukhuwah .
Bila cinta kerana Allah s.w.t , berpisah tidak gelisah . bertemu pun tidak jemu . Ukhuwwah itu indah . Bila bertemu dan berpisah hanya kerana Allah s.w.t .
Pesan pada diri , jangan tersalah memberikan hati , pada insan yang tak sudi . Pada insan yang tak mengerti .
kerana sekali kita memberi , selamanya dia di hati .
Apabila sesekali kita dilukai , sampai bila bila tetap kita akan ingat .

Pesan pada diri . Berhati hati dalam memberi hati . berikannya kepada insan yang tahu menghargai sebab nilai sekeping hati , amatlah tinggi . jangan sampai membuat hati terasa dinodai .
Berbalik kepada cintakan seseorang kerana Allah . Maybe ada yang tahu and know how to cinta kerana Allah . And maybe ada some of you yang tak tahu . Termasuk saya :) Sebelum saya nak update banyak pasal Cintakan seseorang kerana Allah neh , saya adabuat research sikit . I hope all this thing berguna to myself and all of you , Insyaallah :)

Imam Syafie pernah berkata " kerana cintaku kepada Allah , maka aku mencintai makhlukNya . Memperlakukn dengan hormat , dan penuh kasih sayang terhadap isteriku , anak anakku dan sesama insan . Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah " . 

Apabila seseorang itu mencintai org lain , bersahabat dan membiasakan diri dengannya , kerana kita dapat melihat org tu , mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah .
Itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah , kerana mengharapkan keredhaannya .
Ataupun jika dia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana org tu telah membantu dirinya dalam selok belok agama . dan mengajaknya untuk taat setia terhadap Tuhannya . Hal ini juga dikira bercinta kerana Allah .

Rasulullah bersabda " sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman , hendaklah ia mencintai seseorang , tiada mencintainya melainkan kerana Allah "

Tapiiiiiiiii , kalau dia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana merasa senang berkawan dengannya . Dan dadanya terasa lapang bila duduk bersama sama , maka cinta itu adalah cinta tabi'i .
atau dikenali sebagai cinta biasa yang takde kena mengena dengan Allah .
Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata mata .
Persahabatan kerana Allah akan membawa kita ke jalan Syurga kerana masing masing akan melengkapi dalam menjadi hamba illahi yg baik dan membimbing ke arah kebaikan .

Persahabatan yang mendapat redha Allah , akan dikira sebagai ibadah . UHIBBUKAFILLAH ( aku cintakan kau kerana Allah) .

Oh yea , Tahniah kepada Harimau kerana berjaya menundukkan Garuda . The best among the best :) Salam .







thankie for reading : Tengku Lea

0 comments:

Post a Comment

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |