Happy Belated Birthday , Iylia

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
31/5/2013 : 12.18 AM (Jumaat)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1malaysia salam 1Blogger

Hye . wanna wish Happy Belated Birthday to Iyliaa Comel . Sape Iylia ? saya la -_- alhamdulillah , 24 May yang lepas , umur saya dah 19 tahun . dah cukup umur . Alhamdulillah . first of all , thanks a lot untuk salah seorang my bff , Ayu sebab sambut my birthday . thanks for the kepciii(KFC) and secret recipe and the lepaking at ICT that night :') seperti berdating plak kite malam tu . hiks

sambut dalam suasana yang sederhana dan menenangkan . thankyou Ayu . alhamdulillah jugak no suprise at all . takde baling tepung or so whatever . mungkin sebab cuti sekolah :) thankyou jugak untuk le girls yang lain for all the wishes . terdapat kelainan sikit ya ucapan birthday from my bff semua . especially bff perempuan . yela , saya mana ada bff lelaki :D

standard punya wish : semoga panjang umur , murah rezeki , MAKIN COMEL , and bla bla .
yang special standard punya wish from le girls : semoga cepat kawen , cepat-2 jadi bini org , kenduri jgn lupa jemput , cepat cepat dapat baby , semoga cepat bertunang and bla bla .

Dah kenapa depa neh ? motif ucapan yang berbaur sebegitu kenapa ? doa tau tak semua tuu . saya "aamiin" kan jea :D org doakan benda baik-2 , haruslah kita "aamiin"kan . semoga doa depa termakbul . insyaallah tak lama lagi :DD jkjkjk

dah besar dah saya . tahun depan dah 20 . cepatnya masa berlalu , ya allah . aku neh tak sempat berjasa lagi ngan makpak . masih belajar dan belum bekerja pun :( hmmm . back to the topic , mekaseh sekali lagi buat yang wish on fb , private msg , inbox , dm , twitter , call . sorry , no free call on my birthday ^_^ so , jangan ada yang terasa kenapa aku tak gayut ngan engkoo time birthday aku . bukan jenis haku call membe hanya bila dapat call free :p chaw . assalamualaikumm .



thankie for reading : Tengku Lea

Wordless Wednesday

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
15/5/2013 : 4.59PM (Rabu)







ya allah , kalau betul rasa cemburu neh wujud , tolong jauhkan . aaminn ya rabb :')

Hari Rabu merupakan hari dimana blogger2 hanya post gambar yang akan menceritakan segalanya . terpulang kepada readers untuk membuat sebarang spekulasi . setiap gambar ada cerita . 





thankie for reading : Tengku Lea

PRU 13 : Mungkin Ada Sebab Kenapa Kita Tak Menang

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
*Perhatian : entry kali ini agak panjang . Yang malas membaca boleh beralih ke  Facebook/Twitter/Youtube*

6/5/2013 : 4.19 PM (Isnin)
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Ukhuwwah

Keputusan yang kita tunggu , akhirnya dah dapat jawapannya . masih lagi Barisan Nasional yang pegang . Tahniah saya ucapkan :) Tahniah juga buat diri saya yang sanggup bersengkang mata sehingga keptusan rasmi diumumkan . Entah kenapa saya begitu berminat dengan PRU kali neh . bagai ada suatu kelainan . ada bahang yang tersendiri . Bilangan penyokong dari kesemua parti yang makin meningkat . Bilangan anak muda yang mulai kenal politik . Semangat muda yang makin membuak buak walaupun umur masih tak cukup :) tapi itu bukan halangan . 

Saya pun underage lagi . Tapi saya bersuara jugak . yang mana saya rasa tak kena , saya pangkah jugak . well , kalau mereka boleh keluarkan pendapat , saya juga boleh ? kannnn . berdebat secara sihat . bukan berdebat secara biadap . ramai jea yg cakap , kau budak2 takleh mengundi kau duduk diam . Tapi mungkin depa lupa , lagi 5 tahun , saya juga akan turut mengundi jika diberi kesempatan . undi saya juga akan turut bernilai nanti . Saya juga boleh memilih pemimpin mana yang saya mahu ^_^ 

Jujur , saya di pihak BN dan juga PAS . mana boleh pilih dua sekali kan ? ada saya kisah ? kalau dah sampai hari mengundi , which one saya rasa better , parti tu saya akan undi walaupun both of them tetap di hati :) sometimes we need some perubahan . Semalam bila BN menang , saya bersorak , PAS menang , saya bersorak jugak . Tapi saya tak bersorak utk PKR dan DAP .  Silakan kata saya talam dua muka . silakan kata saya hipokrit . Sila bina taman syurga utk saya :) 

Kemenangan itu ditangguhkah ? Baik, saya boleh terima . Namun pernahkah kita melihat kembali ke dalam diri kita dan bertanya kenapa ia ditangguhkan ?
Bangla ! Bangsat ! Blackout ! Sebelum Pilihan Raya kita memaki . Dalam Pilihan Raya kita memaki . Seusainya dalam kekalahan masih ada yang memaki . 

"Tapi mereka memang bersalah !" kata kamu .
Maka saya perkatakan kembali .
Sewaktu Nabi dan sahabat dilempar batu hingga berdarah dahi dan batang tubuh mereka , apa penduduk Toif itu di pihak yang benar ? Penduduk Toif itu jelas BERSALAH ! Golongan bedebah Toif itu tergamak mencederakan kepala mulia Nabi Muhammad !

Nah , Apa kata Nabi ? Bedebah kamu penduduk Toif ?
Tidak . Nabi itu sungguh beradab sekalipun jelas baginda benar . Kita dalam dikelilingi saudara - saudara yang sekadar terkeliru , menggelarkan mereka dengan pelbagai gelaran . Dan kita menggelapkan gambar dan terus dengan perangai CANTIK kita .

Tak mampu beradab ketika kalah . kamu percaya kita boleh beradab kiranya Allah itu memberikan kemenangan ? Bergerak dengan nama agamanya Allah . Jangan kerana kecewa dan amarahnya kita , tercemar cantik dan sabarnya Nabi itu dengan busuk dan buruknya perangai kita . cukuplah :)

Saya tak tujukan siapa siapa . Random . Walaupun secara kesuluruhan BN menang , tapi masih ada kawasan yang BN tak pegang bukan ? So , jangan kata saya berpihak kepada sebelah pihak pulak kan :) *walaupun saya pasti akan ada yang kata saya berpihak kepada sebelah pihak* . Saya menyampaikannya sekadar sebagai seorang islam kepada saudara seislamnya yang lain . Kerana PRU13 kali neh , terlalu hebat . terlalu banyak syaitan yang bersorak kegembiraan gara2 berjaya melaga lagakan kita tanpa kita sedar .

Terlalu banyak fitnah yang dikeluarkan kepada pemimpin BN , pemimpin PAS di saat semakin dekat dengan tarikh mengundi . Terlalu banyak kata kesat yg dilemparkan . Tuan Guru Nik Aziz dikatakan anjing , dihina . Mana letaknya akhlak ? Isteri PM kita iaitu Rosmah Mansor dikatakan Iblis hanya kerana bayi yang didukungnya dalam sebuah gambar menangis ? wauu . hebatt :) rajin sungguh mereka mereka neh menambah bilangan pahala .

Saya bukan berlagak baik . Saya sendiri pun jahil . Saya remaja . Kadang2 saya juga telepas cakap apa semua . Tapi Puan Zailina dan Encik Abd Wahab , tak putus putus didik saya supaya hormat org walau seteruk mana pun dia . Dan saya mencuba utk tidak biadap . Ya , atleast saya mencuba walaupun darah remaja kadang2 melampaui batas . Bayangkan kalau ibu bapa kita takde sape yg hormat ? marah kan ? begitu juga org lain . respect others :)

Minta maaf atas penggunaan ayat ayat saya yang agak skema . Semua neh renungan untuk kita bersama . Saya mohon dan saya berdoa agar suatu hari nanti , BN dan PAS akn cuba utk bersatu . #PleaseUnite .
Saya ada hadiah utk anda semua . sila baca :)

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”". Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (H.R. Ibnu Majah)

“wahai orang-orang yang beriman , jika datang kepadamu orang Fasik membawa suatu berita , Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [QS. Al Hujurat(49) : 6]

Salam uhkuwwah fillah . Assalamualaikum :)






thankie for reading : Tengku Lea

PRU13 : Bahang Semakin Terasa

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
4/5/2013 : 11.35 AM (Sabtu)
Assalamualaikum warahamtullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam ukhuwwah Fillah 
kenapa saya buh bendera malaysia ? kenapa tak buh bendera parti sekian sekiann ? sebab saya mengharapkan hari merdeka nanti , bendera malaysia akan memenuhi jalanraya semeriah pru13 sekarang neh .

bahang semakin terasa .
do you feel the same thing ? good . esok hari penentu segala . setelah sekian lama berkempen , esok kita akan tahu la keputusan sama ada kerajaan kita akan bertukar atau tak . IniKaliLah atau LainKaliLah ? wallahualam .
Antara laman sesawang fesbuk and twitter , i think the most meriah pasal politik goes to Twitter . Burung biru lebih lancang bersuara , menyatakan pendapat dan berani kerana benar . ehh . Undi mereka bukan lagi satu rahsia . Bukankah undi itu rahsia ? tapi bila kita dah bekempen tu , and join the kempen dah takde rahsia la kiranya kan ?

just wanna say Alhamdulillah sebab finally , semua neh akan berakhir . No more gaduh , no more bendera yang melampau lampau punya banyak sehingga menganggu penglihatan , no more fitnah , no more khabar angin , no more laga laga antara sesama muslim . but yang akan tinggal maybe tak puas hati jea la . sebab ? yela , kalau pihak sana yang menang , kompom2 pihak sini tak puas hati . kann ?
kalau pihak sini menang , kompom2 pihak sana tak puas hati . tapi , kalah menang adat bertanding :) saya berharap semua pihak , terima jea walau apa keputusan . tauu tauu ? *sopan habis*

Kalau pihak pembangkang menang , kita tengok corak pemerintahan depa dalam 5 tahun neh . kalau kerajaan kita masih kekal , just follow the flow . nothing to worry . asalkan aman sentosa dan asalkan tak kacau hakuu sudehhh :D kerajaan tukar ke tak ke , my rutin tetap tak berubah and takde effect apa pun . saya masih ke sekolah , masih belajar mcm biasa dan insyaallah akan sambung degree tahun depan and teacher to be in future . thats it :)

satu benda yang saya boleh puji about malaysians people , anything happen yang berkaitan agama , berkaitan islam , berkaitan orang2 islam seluruh dunia , kita akan bersatu teguh bercerai roboh . ehh . secara automatik kita akan menjadi sebulat suara walaupun dari berlainan warna bendera(parti) . the reason why i love Malaysia ! :* i do love Malaysia . and I do love myself . hee

last but not least . selamat mengundi buat yang akan membuang undi esok . selamat bercuti yang bercuti sempena mengundi neh . Pilih la yang terbaik di antara yang terbaik . Jangan gunakan taktik jahat . Jangan gaduh antara satu sama lain . Pray for the best :)
Assalamualaikum .





thankie for reading : Tengku Lea

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |