Olimpik London 2012 =='

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
31/7/2012 : 12.21 AM (Selasa)

Assalamuaalaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger .

Awie : hang nampak cantik pakai macam neh . Simple tapi cantik . Kan sarah kan ?
Sara : aah . yang simple tu la selalunya cantik .
 Saya : Hee :) Kembang semangkuk*

Harini Malaysia vs Manchester City . Am i right ? kalau diikotkan memang plan nak tengok pun game bola neh . Tapi entahla . Lepas berbuka tadi pergi tesco kejap . Alasan pertama nya sebab nak pegi teman awie makan eskem yogurt . Pada masa yang sama juga Puan pesan suruh beli something . Dan pada masa yang masih sama juga , saya tercari cari kurma yang saya asek sebut sebut seminggu dua neh . Tak tahu kenapa , jooh saya dengan kurma tu masih belum sampai . Sampai sekarang tak dapat cari . yang ada cuma kurma biasa jaa =='

Konon kononnya lepas balik tesco tuu , nak layan game bola sambil makan sushi . Orang makan sushi layan ceqhita korea . baru feel . Katanyaaa . Tapi korea bukan lah minat saya dan alhamdulillah saya tak begitu taksub dengan muzik atau drama . kalau layan drama pun hanya layan layan mcm tuu jea . Takde sampai all the time mengadap benda tak berfaedah mcm tuu . Selalunyaa sebab nak tengok pelakon pelakon nya yang comel plus segak sangat . Kalau kulit putih tuu , mata sebelah kecik sebelah besaq pun orang kata segak ^^v tapi tak salah semua tuu . asalkan tak terikut ikut . terima kasih :)

Lupakan . akhirnya , saya tak layan pun bola . Makan sushi , ambil lappy , ambil charger , naik tangga , pulas tombol pintu , buka lampu kipas , pasang charger , on lappy , tutup lampu , bukak google , log in fb , nanges sejam ==' Haha . Macam apa lagi . Nampak sangat tak gentle saya neh :DD

Malam neh saya sedikit kuciwaaa ==' Tapi takpa . Saya tak kisah sangat pun . Cuma entah kenapa air mata saja duk buat tak tahwan turun . Rilek iylia rilek ^^v gelabah teruk sangat neh . Insyaallah Olimpik kat London tu berjalan dengan molek sahaja walaupun dah mula dengar cerita yang kurang enak . *tetiba* . Malas la nak cerita pasal kuciwa saya tuuu . jemu plus jemu plus jemu :) jemu sebab bersedih tak torah :DD

Kecoh an sekarang neh pasal Olimpik . Kau tengok dekat fesbuk saja pun cukup la kan . Berapaa puluh orang yang share maklumat dengan bebudak fesbuk . Saya pun tertarik la untuk baca apa yang dishare tuu haa . Memang nampak la unsur unsur yang tak sepatutnyaa . Dan depa cuba hendak berkuasa ==' yang macam mengejutkan sikit macam *opocott , mak kau!* tuu bila saya baca pasal depa dah menyediakan 20 ribu keranda plastik . For what ? Hm . Ask 'em . Stadium kat London tu toksah kata la kan . Hebat ! Masa hari pelancaran tu pun , api merata rata . menjulang kelangit . Hebat tak hebat ?

Dari setiap percikan api yang pihak depa tu buat , ada maksud yang sepatutnya kita sebagai islam/muslim kena tahu . Tak faham apa yang saya sampaikan ? Search google atau tanya la sape sape yang lebih berilmu :)

Pastu saya ada baca pasal seorang blogger dibunuh sebab menyebarkan maklumat pasal perancangan Olimpik neh haa . Wallhualam . Dan setelah dye dibunuh , blog nya juga hapus macam tu . Hilang ! ==' Gerun ka ? Dunia dah tak aman . Malaysia pun tak aman . Bila ditanya

*Bersyukur tk sebab jadi sebahagian rakyat malaysia ?
#bersyukur sebab negara kita aman dari penjajah . peperangan bla bla and etc .

padahal , nan hadooo . Aman dari pejajah tuu saya setujuu la . Tapi minda dan mentaliti rakyat kita masih dijajah . Ada sape sape perasan semua tuu ? Insyaallah ada . Cuma tak ramai kot yang bersuara . Takut di cop *kuno* *hulu* .

Aman dari peperangan ? Lupa ke pasal rusuhan , Bersih , sanggup mencederakan pihak yang tak sepatutnya ? Helo :) Aman la sangatt . Menyusahkan ada la .

Apa pun yang bakal atau kemungkinan yang berlaku , doa banyak banyak . ALLAH ada dengan kita . Dia tak pernah hilang . Kat DIA kita mengadu . Kepada DIA kita mohon kesabaran yang berlipat ganda . Dan kepada DIA juga kita mengadu dan meluahkan apa yang terbuku dalam hati ==' ALLAH , bless me :(



p palang s : got to goo . bye .
thankie for reading : Tengku Lea

Ramadhan Fasa 1 :) Goodbye =='

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
29/7/2012 : 9.228PM(ahad)

Assalamuaalaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1malaysia salam 1blogger . salam Khidmat Negara .

Hye semua . Lamanyaa tak update blog :) Nak kata busy tapi rasanya takpun . Sama saja :) takde apa yang berubah dalam hidup saya . tapi saya rasa macam saya dah matang sikit . Haha . Dalam kelas pun tak banyak cakap macam tahun tahun yang lepas . Saya bersembang bila saya rasa nak bersembang . Saya gelak bla ada benda lawak dan saya tak sempat menangis apa apa lagi setakat neh . Alhamdulillah . Hehe

Dari situ dah nampak tahap kematangan saya yang meningkat sebanyak 5 peratus ==' err . so guys , mcm mana ramadhan korang ? Semeriah ramadhan saya tak ? Hehe . Yea , ramdhan saya meriah . Sangat ! :) Dan harini saya dan family berbuka secara bersederhana . Tak membazir kot rasanya . Adik besaq dan abg makan nasi kandaq . saya dan adik kecik makan bihun goreng . Puan makan nasi . Sajen Wahab entahla makan apa . Beliau ada dekat langkawi . Mungkin beliau makan cekelat :D

Selalunya kalau ada Sajen Wahab lagi meriah . Macam macam makanan beliau beli . Penuh meja . Dan membuncit la semua perut anak anak dan bini beliau . Saya sendiri dah berapa hari tak makan nasi . Takde mood nak makan nasi ^^v mungkin sebab asek makan nasi jea . so bulan puasa neh , nak tuka menu . So jangan hairan kalau lepasneh saya kurus dua inci dari awak awak semua . Haha . Kalah najwa latippp ohkayy ;p

Riak sungguh saya . hm ==' Saya ada test lagi beberapa hari . Kira macam trial STPM gitewww . No comment la pasal trial tuu . Sama sama la berdoa dan dipermudahkan segala urusan . Tak lama lagi dah nak abeh dah sem satuu . Tinggal lagi dua sem . Lepas habes ketiga tiga sem , melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggii ! Tak sabar sangat sangat . Walaupun dalam hati ini ada seketul cuak yang bertandang . Lagi tinggi peringkat pengajian kita , lagi susah la kan :) tapi , takde benda yang senang dalam dunia neh . Kalau kau nak senang , kau kena bersusah payah dulu ^^v

tahun depan dah sembilan belaih dah umur saya . Ya allah , cepatnya masa berlalu . tak sangka saya akan tua sebegituu . Pastu mencecah angka puluh puluh plak . Rasa macam semalam jea duk main guli dengan jiran sebelah sambil makan aiskrim malaysia ==' hukk . Dah tak dapat duit raya :( hat tu paling sedih sebenaqnya . Hanya mampu mengharapkan duit raya Puan dengan Sajen jea . tu pun kalau depa ada belas kasihan terhadap saya yang comel sangat iniwwwww ;p

P palag s : katanya sesiapa yang tidur meniarap adalah merupakan penghuni neraka ==' wallahualam :) bye semua .
thankie for reading : Tengku Lea

Positive Thinking Like Our Mr Safuan ^^v

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
25/7/2012 : 11.20PM(rabu)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1blogger salam Khidmat negara .



Hye saudara islam saya :) dah dua hari saya teringatkan awak . Semoga sihat kat sana ^^v Raya neh , jemput singgah rumah dan jangan lupa duit raya sekali . Itupun kalau hati saya kuat nak jumpa awak . Hee . Sweet tak korangg ?

Biar saya rahsiakan kat sini siapa saudara islam yang saya maksudkan . Neh semua gara gara Nadia Barudin la neh sebab buatkan saya teringat dekat saudara saya ituu . Haha . Pergi bazar ramadhan dekat Kilang Lama , Kulim semalam , Nadia asek kata *yaa , muka dye macam ********* :) Saya punn mula la perah otak mula la teringat kat saudara saya tuu . Grr . Siap awok nadia tembam :DD

Tapi takpa . sekadar teringat dan tiada maksud apa apa . Insyaallah . Walaupun ramai yang tak suka . Dah tak suka , nak buat macam mana kan . tadah telinga jea la . Walaupun terasa hati ==' Saya terasa hati mungkin ramai yang tak tahuu . Isokey isoright . Nevermind . Saya dah biasa . Hehe .

Tenang jea kan saya menutur serta menaip ayat ayat dalam neh . Bangga tahuu . Haha . Sesungguhnya saya sedang berpuasa . Haha .

kepada Wany Md Noor , sorry sebab masih belum dapat update blog yang boleh buatkan awak melayan perasaan . Idea saya takde la awak . Kalau saya sedang berduka , mungkin senang saya menaip . Tapi sekarang saya tengah bahagia di samping awak dan kawan kawan serta keluarga kita yang lain , jadi mood sedih tu kureng . Hehe . Yang penting senyum kay senyum ^^v setiap yang berlaku ada hikmah .

Setiap kesedihan akan disusuli dengan kebahagian . Semua tu ALLAh dah atur untuk kita . Cuma terpulang bagaimana cara penerimaan kita terhadap ujian tuu :) Walaupun kita nampak tabah pada luaran , tapi dalaman kita lemah . Saya kenal awak , wany . Kenal sangat :) Setiap kali awak sedih , kami semua ada dengan awak . Termasuk kawan kawan baru kita ^^v Walaupun agak berat awak nak cerita , tengok muka pun dah tahu the whole story . hehe . Tu namanya kawan :)

p palang s : Positif thinking seperti cikgu safuan :) Hehe . Bye .
thankie for reading : Tengku Lea

Syafiq & Yana Kahwin Muda : Tahniah Untuk Mereka ^^v

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
11.34 PM(Isnin)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara .

Hye semua . Lamanya tak update blog *auta* . Sejak dua tiga hari neh rasa liat sebenarnya nak update blog . idea kurenggg la awok . Apa yang berlaku kat saya sepanjang hari belum tentu saya boleh cerita all out kat awok semua yea dak ? kena la simpan sikit . hehe .

Tadi masa i tengah on call dengan someone . Beliau tanya i .

*you dah tengok video remaja kawen ?

ha , lebih kureng cenggitu la ayat yang dye keluarkan . I lupaa ==' hehe . So saya pun try la godek godek video tu kat youtube and alhamdulillah tak jumpaa . Argh ! geramm . Time i tergedik gedik nak tengok la tak jumpa pun . Hm . Tak bagi i tengok habaq youtube oi . Haha .

Tiba tiba ada hamba ALLAH yang post video tu kat fesbuk . Macam paham paham plak hamba allah tuu . Terima kasih la hamba allah sebab memudahkan urusan pencarian sayaa ^^v dengan siputnya saya layan video tuu . Ashane entah line wifi rumah saya neh boleh jadi begitu lambat malam neh . Grr ! Tersekat sekat nak tengok punn . Kacau betul :D

Okay la , tak dinafikan bebudak yang kawen tuu comel :) masing masing muda remaja lagi . Saya rasa time saya umur seperti pasangan pengantin neh dulu , masih berlari lari , tak reti apa . Belemoih . Pakai tudung pun senget :) Itu saya . Hehe . Pasangan pengantin berumur 16 tahun (syafiq) dan pengantin perempuan 14 tahun (yana) .

Walaupun majlis depa agak grand , namun dalam grand tuu ada jugak yang tidak suka dengan apa yang depa buat iaitu tentang perkahwinan pada usia muda neh :) Entahlah , biasa la kan bila ada orang yang  suka dan tak suka dalam dunia neh . Setiap perkara yang baik pasti ada yang tak menyukainya . Fakta kan ? Sila panjat kerusi kalau setuju :)

First , mesti ada yang fikir benda tak baik . Mesti fikir bebudak neh kena tangkap khalwat and bla bla . Patu ada yang pertikaikan pasal wedding depa ditaja oleh mak bapak depa sebab depa tu muda lagi . Tak rasa begitu dihargai hanya sebab buat wedding dengan menggunakan duit makpak . Why so serious ? Helo , nowdays ramai lah anak anak yang pinjam duit makpak ntok buat kenduri kawen . Agak malu nak pinjam ngan makpak , pinjam ngan bank . Buat loan ? Helo , helo , helo ! ^^v

Btw , stop it guys . Bia la dorang fikir sendiri macam mana dorang nak handle masa depan dorang nanti . Bia la mak bapak depa sara depa buat setahun , dua tahun , tiga tahun . Nanti dah besar sikit , dah matang , dah pandai tentukan hidup , pandai pandai la depa cari punca rezeki . Rasanya depa pun tahu kot yang tak mungkin depa akan bergantung hidup dengan makpak selama lamanya . Kan ? :) positif la sikit melayu :)

Pasal cara depa nak hidup lepas kawen pun kau kesah kan ? Sekurang kurangnya depa telah menghalalkan sesuatu hubungan . Bukankah digalakkan menyegerakan perkahwinan dalam islam ? Cinta tak mengenal usia . Jodoh pun tak kenal usia . Asal kau tak bising yang nenek tuu kawen ngan si polan 20 tahun muda dari si nenek tuu ? Itu semua dah ditentukan . makbapak depa pun restuu dengan apa yang depa buat . Tolong doakan yang baik baik buat pasangan neh . Allah atau nabi tak penah ajar umat nya mendoakan perkara yang tak baik ^^b

Ingat ! Syaitan menangis bila anak adam berkahwin kerana dah selamat dua orang daripada melakukan maksiat :) Ingat tu . So yang comment comment di youtube tuu , shut up ! ^^v kau mendoakan yang tak baik kat orang , orang pun akan do the same thing kat kau nanti . Taknak kan ? :)

bye semua .
thankie for reading : Tengku Lea

Al Quran Sepanjang Ramadhan :) Saya Takde La Baik Sangat .

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
22/7/2012 : 11.00PM(Ahad)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1blogger salam Khidmat Negara . Salam Ramdhan .

Hye awak . Kita buh lagu baruu . Perasan tak ? perasan tak ? hehe . Lama tak lama jugak la lagu neh . Blur sangat dah taktau nak buh lagu apa . Nak buh lagu raya macam awal sangat tak korang rasa ? yela , kita semua kan baru dua hari puasa , tapi dah kecoh pasal raya . Hm , last last duk ulang balik buh lagu yang pernah kita buh duluu . Sorry kalau boringg . Kalau anda boring , boleh pergi ke blog seterusnyaa ^^v terima kasih sebab sudi meluangkan masa untuk dua saat . Sangat appreciate :) really , i really mean it .

guys , harini saya masih ke sekolah . hari pertama sekolah setelah bermulanya ibadah puasa . Memang penat sikit la :) sikit sahaja . Sumpah tak banyak . Paling sakit kepala ,bila tiba tiba saya sakit perut yang teramat sangat dalam kelas tadi . Hm . Tak bestnyaaaa . Terpaksa berpura pura sihat . gelak sana sini . Hipokrit sebentar :( gastrik ke saya ? apendiks ke saya ?

Insyaallah tak :) Saya dah biasa semua tuu . Insyaallah juga allah lindungi saya sekarang neh walaupun saya bukanlah salah satu hamba yang boleh dibanggakan . tapi saya mencuba :( *lap ayaq mata* okay . be serious iylia . terang terang kita semua tahu , kalau nama pun puasa , mana ada waktu rehat kan . kalau ada pun bukannya dapek makan kan . Kantin pun tutup kan . bankrap la kantin untuk sebulan kan . takpa takpa , ummi kaya kan ? ummi tuu owner kantin sekolah . baik beliau . Pemurah plak . Alhamdulillah . moga makin murah rezeki beliau sekeluarga . Insyaallah :)

Bila waktu rehat , saya dan bebudak kelas dikerahkan agar mengajar adik adik junior mengaji . Takpa takpa . selagi benda tu tidak mendatangkan dosa tapi memberikan pahala , kita digalakkan melakukannya . so kita bahagi bahagi kan student form6 bawah dan agih kepada setiap kelas . And guess what , saya offer diri untuk mengajar kelas budak budak paling nakal dalam sekolah tu saya rasa . Cikgu cikgu pun tak mampu nak handle dorang .  Saya rasa agak tercabar bila cikgu cikgu pun susah nak handle depa . So dengan berbesar hati dan eksaitednya , saya siap sedia mengajar kelas yang menggerunkan itewwww .

Salah satu sebab saya offerkan diri ke kelas tu sebab adik saya salah satu pelajar kelas tuu . Sambil menyelam minum air . Dalam masa yang sama , boleh pantau adik sendiri . nampak adik buas sikit , boleh lempang . Adik tak adik . Salah tetap salah .Itupun kalau dye buat salah . Saya tak menghukum orang tanpa sebab yang munasabah . Saya tak gilaa . Hehe . Jujur la saya garang sikit masa masuk kelas dorang dengan dua lagi kawan lelaki . Ada yang cuak dan mungkin ada yang tak suka saya . Mintaa maaf dari hati . Saya pegang amanah yang diberikan , jadi amanah tu saya handlekan sebaik mungkin . belum masa nak main main . lagi lagi berkaitan dengan agama . Saya kena ajar depa baca al quran . Boleh ke kita nak main aci ligan , nyorok2 takpun main batu seremban atau main congkak ? memang tak ah kan ^^v

Sikap saya dalam kelas budak budak tu tadi bukanlah sikap saya yang sebenar . Ustazah kata *jangan bagi muka sangat kat budak budak kelas neh . Tegas sikit . Buat la nak buat apa pun , yang penting jangan tabuh depa* . ituu jea pesan ustazah dekat kami bertiga :) Saya bukan jenis garang la . Bukan saya tuu . Saya kalau boleh nak jaa happy happy mengaja benda baik dengan hampa . Tapi hampa pun kena la baik . baru adil yea tak ? Saya nak puji kemampuan derta kelancaran adik adik neh baca al quran . Alhamdulillah takde masalah dalam bacaan . Ahkak pun masih belajar al quran . Khatam berapa kali pun ahkak masih belaja . Kita sama jea ahdek ahdek . Cuma ahkak dah dewasa , kau budak budak sikit . hehe

Ahkak pun masih hina dek . ahkak dah lama tinggalkan al quran . Ahkak busy dengan hal dunia . Sampaikan ahkak tak sempat pun nak luangkan masa dengan quran yang merupakan petunjuk kita semua :( hm . Dulu ahkak rajin . Ada tadarus al quran jea , ahkak join . tapi bila dah makin besar , makin jauh plak ahkak dengan semua tuu . Astagfirullah :( Ahkak jujur dengan korang neh . jangan ikot jejak ahkak . Bulan puasa neh jea ahkak nak dekat dekat sikit diri dengan al quran  lagi indah bila ahkak dekatkan diri dengan alquran sambil ditemani adik adik yang memang nakal gilos :) adik Tolong ahkak , ahkak tolong adik :)

p palang s : bye adik adik . See you tomorrow . Ahkak tahu hampa baca blog ahkak . Thankyouu :) Salam ^^v
thankie for reading : Tengku Lea

Cinta Kembali Bertasbih Part 2 ^^

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
21/7/2012 : 3/23 PM(Sabtu)

Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh .Salam1Malaysia salam 1Blogger salam Ramadhan :)

Kalau ada yang follow entry saya semalam , mungkin ramai yang tahu saya sedang struggle baca novel yang bertajuk Cinta Kembali Bertasbih neh :) Dah setengah novel neh saya baca . Selalunya kalau novel , hanya ambil masa sehari jea saya habiskan . Tapi taktau kenapa novel kali neh , saya nak ambil masa yang lama . Saya nak betul betul faham , betul betul menghayati . Hehe .

Best novel neh . Bagi saya la . Selalu saya baca novel yang berunsur cinta duniawi  Tapi kali neh berbeza . Novel masih berunsur cinta . Cinta kepada ALLAH lebih banyak dari cinta nya kepada sesama manusia . Semua perilaku dalam novel neh , mesti akan berkait rapat dengan ALLAH , nabi . Yang penting berunsur baik baik saja . Macam macam jugak la yang dapat saya belajar dari novel neh . Lebih lebih lagi pasal agama . Hee :) Dapat juga tambah ilmu bulan puasa neh haa ^^b

Ada satu part di mana hero dalam novel neh sambung belajar di Mesir . Tiba tiba saya jadi teringat dengan Encik Ampang . Hm . Tak tahu la beliau sihat ke tak . Saya harap beliau sihat , insyallah :) Serba sikit nanti , kehidupan Encik Ampang mungkin sama macam hero dalam novel neh bila beliau kat mesir nanti . Saya mengharapkan yang terbaik untuk you , Ampang :) minta maaf sebab tak dapat menjadi kawan yang baik untuk you . Apa pun , you kawan dunia akhirat i ^^v

Apa pun bila saya baca novel neh , nampak sangat saya begitu kerdil . Jahil lagi saya neh pasal agama . baru setengah novel tu saya baca dah rasa begitu jahil , kalau baca sampai habis , teriak berbaku bakul jugak la sebab meratap dosa dan kejahilan diri sendiri . Adeh :) Entahlah , harap harap hari demi hari dapat la saya tambah ilmu neh haa :( nak sangat suatu hari nanti ada lelaki yang bergelar suami dapat bimbing saya . Hikk ^^v insyaallah . yang paling bestnyaa , hero neh sangat sangat sangat sayangkan adik dye , Fatimah . Bertuah la kalau dalam dunia realiti neh ada seorang abang yang begitu menjaga adik dye sendiri kan .

Hero neh sanggup cari duit untuk sara adik dye belajar kat luar negara . sanggup kumpul duit untuk kahwinkan adik dye dengan orang yang baik baik dan beragama . Susah kan kalau hidup sebagai anak yatim . Hm . Tak dapat bayangkan kalau saya takde makpak . Meraung teruk saya nanti =='

Sini saya nak share sikit dari apa yang saya kutip dari Novel Cinta Kembali Bertasbih :) Panjang sikit tauu . Kalau tak mampu baca , boleh stop sekarang . Mana la nak tauu , puasa punya pasal then sampai tak larat nak membaca . kann ? ^^v

Saudaraku , kalii ini saya mahu berbicara tentang soal cinta . ramai remaja menyukai subjek cinta . Mereka seronok mendengar kalimah cinta . Tetapi perlu diingat ! Cinta itu bukan main main . Cinta itu bukan barang yang diberi semahunya . Ia punya tanda harga dan hanya mereka yang berhak layak menerimanya . kemahuan untuk mencintai naluri biasa seorang manusia . Namun perlu diingat , sekali kita memberi cinta akan memberi kesan yang abadi pada jiwa .

Mengapa ?

Kerana cinta itu adalah ukuran iman . Orang yang kita cintai itu akan menjadi penentu tempat kita di akhirat . Ingatlah ! orang yang kita cintai itu , akan melambangkan apa yang ada dalam hati kita . Sama ada keiimanan atau kefasikan . Inilah perkara yang ramai remaja tidak mengetahuinya sehingga mereka tidak yakin , cintu itu akan menjadi penentu kehidupan mereka di akhirat kelak .

Buktinya ?

nabi berpesan ,setiap manusia terhimpun di akhirat bersama orang yang mereka cintai . Andai kita mencintai pewaris neraka , maka kita akan berhimpun bersamanya di dalam Neraka Jahanam . Andai kita mencintai pewaris Syurga Firdaus , pasti kita akan berhimpun di dalam syurga bersamanya .

Akhirnya ?

Sungguh besar kesannya apabila kita mencintai seseorang . Cinta oleh membawa ke syurga ataupun neraka tuhan . Pilihlah siapa kekasih kita . Orang yang soleh ataupun orang yang fasik . Pilihan itu di tangan kita . Mencintai , bererti memilih . Anda pilih bahagia , ataupun sengsara .

Hm , dah baca kan ? Dalam kan maksud yang pengarang neh cuba sampaikan kepada pembaca ? Saya baca neh , jadi terdiam . Memang terdiam ah kan , sebab saya baca tanpa mengeluarkan suara :) ini semua bererti , sesiapa yang kita cintai akan menjadi penentu tempat tinggal kita di akhirat kelak ==' Insaf dan terkesima sekejap .

p palang s : buat yang berpuasa , selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya :) Ingat , syaitan dah kena ikat . So jangan berperangai seperti adik beradik syaitan . Tak perlulah cari port nak curi curi makan . Buat sakit kepala jea nak kena makan sembunyi sembunyi . Dah berbuka t , makan la kau puas puas yea :) bye .
thankie for reading : Tengku Lea

Cinta Kembali Bertasbih ^^v

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
20/7/2012 : 2.45PM(Jumaat)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat negara .

Ustaz , ustazah atau mana mana guru yang menghina muridnya adalah ustaz , ustazah atau guru yang tidak cukup ilmu agamanya . Menghina orang itu perbuatan orang jahil . Ustaz atau ustazah serta guru yang baik akan sentiasa mendoakan muridnya dengan kata kata positif . Sekalipun muridnya nakal , dia tetap mendidik dan mendoakan anak muridnya menjadi baik . Apabila ada ustaz , ustazah atau guru yang menghina kamu , abaikan sahaja kerana dia masih lagi jahil tentang akhlak nabi yang sebenarnya ^^v

*Nabi Muhammad adalah semulia mulia makhluk , namun dia juga dihina dan dikeji oleh kaumnya . Tiada siapa pun yang dapat menutup mulut manusia dengan kebaikannnya . Sekiranya kita berbuat baik , ada juga orang cemburu . Apabila kita berbuat jahat , lagi ramai orang yang membenci . Jadi kita tidak boleh fikirkan mulut orang . Kita perlu berusaha meneruskan amalan baik ^^V

Apabila melihat sebatang pokok yang tinggi , lalu kamu pergi kepadanya dan kamu katakan yang pokok itu rendah . Lalu , kamu mengatakan lagi pokok itu rendah berkali kali , adakah ia menjadi disebabkan kata kata kamu ?

tidak bukan ? :)

Seandainya kamu adalah budak yang baik , tiba tiba ada orang yang mengatakan kamu jahat , adakah kamu berubah menjadi jahat ?

Mungkin . Rasanya tidak :)

Sekiranya seorang guru menuduh kamu berbuat satu dosa besar , sedangkan kamu tidak melakukan dosa itu , adakah ALLAH akan memasukkan kamu ke dalam neraka ?

Sudah tentu tidak :)

Biar Allah sahaja yang menentukan seseorang itu baik ataupun jahat . Kita sebagai manusia perlu meneruskan usaha dan amal kebajikan . Kata kata manusia tidak mampu memudarat atau menyakiti kita . Mungkin ada kata kata yang menganggu jiwa kita , tetapi ia tidak mencederakan kita . Jadi , teruskan kerja yang baik dan abaikan sangkaan buruk manusia lain . Di situ , kamu akan berubah menjadi manusia yang lebih bagus :)

Apa yang awak buat harini , takkan memberikan hasil sekarang . Ia akan kelihatan pada sepuluh tahun lagi .

Hye korang ! Salam jumaat semua ^^v Ada yang rasa panas baca entry saya ? panas telinga ? panas mata ? panas badan atau panas hati ? Hikhok . atau ada sape sape yang terasa ? Minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut . Tiada niat apa pun . Yea , saya tahu saya takde la baik sangat . Tapi benda yang baik saya share la dengan awok awok semua . Saya ingatkan awak semua , awokk awok ingatkan saya balik . Saling mengingati . Takkan tak sweet awok ? :DD Saja kumpul pahala sebelum puasa neh haa .

Sebenarnya ayat ayat kat atas tu haa saya kutip dari sebuah novel . Novel tu saya pinjam dari kawan kelas . Thankyou kawan . Tajuk novel tu *Cinta Kembali Bertasbih* . Nak kasi sinopsis kat korang pun , belum habis dibaca novel tu lagii . Next time yeaa . Kalau rajin . Hehe

p palang s : Pastikan awok check telepon awokk . Kemungkinan besar saya kan menghantar msg kepada awokk :) neh baru entry pertama tauu . akan ada entry kedua malam kang ^^b bye .
thankie for reading : Tengku Lea

I Miss Them and This Moment I Think . Speaking Amarekaaa Kauu :D

Posted by AQMAL IYLIA 1 comments
19/7/2012 : 10.00 PM(Jumaat)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara . 

Hye ! Saya angelina sparrow atau lebih dikenali as najwa latipp . Kosongg , kosongg oo ^^v Hee

Hye awookk . Kita happy shangat shangat hariniyp tawww tax ? Iteww p lepax lepax nan memberw memberw iteww . Tuihh . Haha . Kalau baca pun boleh buat aku juling , inikan pula menyebutnyaa . Oaky , be serious everyone ^^v

Tadi saya spent time dengan membe membe saya . Alhamdulillah . Konon kononnyaa neh lepakan terakhir kami sebelum puasa :) Kononnnnn ! Haha . kami neh takleh hidup kalau tak duk sembang sekali , tak jumpa ka apa ka . Nanti rinduuu ! Hehe .

Takde aktiviti apa sangat pun yang kami buat . Kami cuma makan , makan dan makan . Sarah Azman kata *lebih baik habis duit sebab makan , dari beli barang* . So sebab tuu , kami makan tanpa hentii . Ohmaii . Perut kenyang hati senang . Mula mula kita lepak tasik . Layan laksa doluu . Pastu pegi tesco cuci mata . Pastu kami Termakan sushi dekat foodcourt tu haa . Berapa banyak kami beli pun taktau la . Tapi abang awie beli lagi banyak . Katanya nak makan sambil tengok cter korea . baru feeling . Baru duduk tunggu makanan jea , dye dah melantak beberapa biji , ketul , ulas sushi tuu . Takleh tahan napsu makan benoo . Haha .

dah melantak sushi , makan plak eskem kat sebelah kedai sushi tuu . Eskem yogurt nokk . Sehengget jea . Tak gaduh nak p yogo goyoo . Sep bajet mak , nyahh ! :DD Haha . Rasanya sedap kot :) Sebenarnya dah lama kami berenam tak keluar sekali . Dolu dolu , kami berenam sangat rapat . Sangat ! Hm :( Lepastuu , entah macam mana entah , hubungan persahabatan tu jadi macam renggang sikit tapi kami masih borak sama sama , lepak dalam kelas , share air sama sama  senyum sama sama , belaja sama sama . Cuma kami jarang keluar sekali . Itu jea rasanya ^^v Masing masing busy . They have their own life :)

Memang terasa la kerenggangan dalam hubungan tuu . Kalau bercinta pun ada pasang surut , inikan plak hubungan antara persahabatan . Kan ? :) That what we call as , dugaan dan kenangan :) I love them btw . really love them . So muchy muchy <3 Sape depa atau mereka atau kami yang saya maksudkan . Meh usha gambaq . Boleh kenal kenal kalau kau tak maluu . Haha .

Dalam banyak banyak bunga , mesti ada kumbangnyaa . Haha . Abang awie :)
 Cik Ayu yang bercuti harini :)
Cik Nadea yang sentiasa setia :)
CIk Wany yang sentiasa tabah :)
Cik Ekin yang sentiasa senyum . Ada masalah ke takde masalah ke sama saja senyum nyaa :)

Guys ! Lama sangat rasanya tak lepak sama sama macam neh . Rindu gila rasanya . Rasanya macam nak stop jam jea tadi . Biar doniaa berhenti sebentar . Acewah ! Haha . So pity sebab sarah azman tak dapat join . Beliau kena pergi hospital . I dont know why . Terlupa nak tanya tadi . And guess what . I baru dapat berita gembira dari Aten Tecik . Beliau akan balik esok . Hoyeah ! Haha . Btw guys . I love both of you too . I really mean it . I taktau nak tunjuk macam mana lagi rasa cinta , kasih dan sayang i kat korangg . Pheww . *lap peluh* dalam blog neh jea i mampu luah ^^v Terima la kasih sayang i yeaa . Hee <3

Bakal lawyer keluarga saya , insyaallah :DD Segala urusan tanah serta harta sepencarian , saya serahkan kepada beliau . Ily Aten tecik :)
kalau kau tengah sedih , gundah gulana , usus terbelit , kau cari laa beliau , Sara Azman :) Dye boleh tolong cheer you up ^^v

Ramai sebenarnya yang saya sayang selain keluarga saya sendiri :) Bukan saya nak show off , this is the best way how i tunjukkan kasih sayang i ^^v sebab tuu dorang kata i sweet a.k.a romentikk uols :DD

p palang s : Dengan rasminya kita berpuasa sabtu neh . Dengan izin allah , mungkin esok saya akan update pasal Ramadhan plak :) Bye .
thankie for reading : Tengku Lea

Zaman Dulu Punya Cheqita . Stail Habeh Baq Ang ! :)

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
19/7/2012 : 11.58 AM( Khamis )

Assalamualaikum warahmatullah wabarkatuh . Salam 1Malaysia salam 1Bogger salam Khidmat Negara . 

Semua pernah mengalami zaman kanak kanak kan . Itu fakta . Cuma tak semua orang alami zaman kanak kanak yang seronok macam orang lain . Setengah orang zaman kanak kanak adalah satu mimpi ngeri buat dye . Hm ==' Setiap orang tak sama tau :) Ish , pembuka kata saya dah mula ada ayat ayat tacing bagai . Unta betul . Haih ! 

Tapi kan , tapi kan , zaman kanak kanak atau zaman berhingus saya dulu kala , boleh di kata kan ohsemm ! Kecik kecik saya dah pandai memberontak , merajuk , marah , gelak , lepak lepak tepi longkang , main pasir , ejek kawan kawan , dan suka keluarkan ayat *aku habaq kat mak hang yang hang main bla bla bla* . Eii , annoying gila bila ada sesi mengadu dan diadu neh . Haha . Kalau sape sape adu pasal saya kat mak saya masa saya kecik kecik dulu , memang terang terang saya yang salah walaupun hakikatnya saya tak salah . Nama pun budak budak . Hehe

Jujurnya saya bukan la kanak kanak perempuan yang sopan masa kecil dulu . Saya tak la begitu keperempuanan . Mungkin atas faktor semua adik beradik saya lelaki . Mungkin ^^V Kalau adik beradik saya layan wrestling , saya pun layan . Depa tengok citer Goku , saya pun duk bersila sebelah depa jugak . Kalau depa gaduh , saya pun gaduh jugak . Astagfirullahalazim . Depa tendang pintu , saya pun tendangg . Nahh , sekali berlubang pintu tuu , saya plak kena marah sebab saya orang last yang tendang pintu tuu  . HM ==' Sini saya nak share sikit kat korang apa yang ada masa zaman saya kecik kecik dolu :) 

First nak share ngan korang pasal hendpong hendpong neh haa . Lawak aih tengok hendpong hendpong neh balik . Apa la yang unik sangat taktau . Tapi tepong sekarang lagi unik rasanya . Ada yang besaq tapak tangan saya . Ada yang sebesaq besaq alam . Saya start guna hendpong masa saya darjah 4 kalau tak silap . First phone saya mestilah phone 33 sekupang atau 3310 :) buat baling anjing pun mati :DD Satu lagi kelebihan telepon neh boleh buat lagu . Tepon sekarang boleh kewww ?  1110 saya penah guna jugak . Dan dalam banyak banyak telepon neh ha , saya teringin sangat nak guna handphone daun 7610 dan alhamdulillah , sampai sekarang saya tak dapat lagi guna telepon tu . Sobs :(
Game neh . Sape ingat ? Setiap kali p pasar malam jea mesti beli . Macam macam kaler ada . Boleh kata empat adik beradik mesti ada satu game neh . Kira kaya habis la sape ada game neh . Boleh tayang tayang awokk :D Siap kuaq bunyik bunyik lagi tawww .  Tapi game neh takde la seperti game angry bird dalam tablet si awie tu kannn ? :)
Hat neh saya tak guna la . Selalunya abang saya yang guna minyak wambot neh ha . Kononya boleh panjangkan rambut . Kononnn . Tapi nan hadooo . Susah dah rasanya nak jumpa minyak rambut yang penutup kaler hijau tuu . Minyak rambut BON tu takleh blah sikit bau dye . hangittt :DD La neh tak layan ah semua semua neh dah kennnnn ? :)
Hat neh feveret . Kalau bungkuih makanan sempena birthday party , cekelat duit asam neh mesti ada . Sep bajet kot :D
Yang neh dari kecik sampai la umuq lapanbelaih , layan lagi cartoon alah neh . Dari dulu sampai sekarang waktu siaran dye tak berubah rasanya . Pukul 7 atau 7.30 , terpacak la depan tb . And that time , remote pun tak gaduh nak berebut . Sebab masing masing suka tengok cerita neh ^^V
Kenal tak neh ? Neh la gorila . Hm :DD Taklah neh belalang nama dye . Belalang plak ada banyak jenis tau . Belalang kunyit la belalang tu la , ini laa . APa yang paling saya suka buat dengan belalang neh ? Saya akan pergi ke tepi sungai dan tangkap belalang . Motif ? Hm , untuk keseronokkan kot :DD
Cekelat udang ! Yeay ! Sedap gilos . Manis . yang bestnya ada satu plastik lut sinar yang depa balut dengan cekelat tu boleh makan . Pergh ! Hebat habis la boleh tunjuk kat orang yang kita boleh makan plastik . Toing toing ! :DD Otomen pun tak makan plastik tauu :DD
Yang neh best . Saya pandai lilit tali kat gasing tuu , tapi tak reti nak lempaq . Pernah sekali terlempaq dekat kaki membe . Nasib baik tak kena paku tuu kat kaki beliau . Kalau tak beliau jadi pontianak harum terpaku kaki :DD
 Beyblade ! Yang neh empat beradik ada . Tak kalut nak gaduh . Tu pun bising nak ambik hat orang . Banyak kot binatang alah neh . Siap dengan gelanggang plastik dye lagi Puan dengan Sajen belikan . Depa pun layannnn . Haha .
Permianan cop tiang ! Selalu parking kereta yang kosong kat area rumah saya tu la jadi port . *weh , jum main cop tiang* pastu depa pun terkedek kedek lari peluk tiang . Sape yang tak dapat tu kena bijak cari tiang yang terlepas dari membe membe dye and grab ! Haha .
Snap ! Nak explain cena taktau kat hampa pasal game neh . Satu lagi adik beradik kad *snap* neh adalah kad *happy family* . Memang happy sungguh :D Last last kad neh kami susun tingi tinggi . Buat kapal , buat duit tifuu tifuu .
Tudung tin ! Tak susah sangat pun main dye . Yang penting kena pandai target ! :)
Dulu dalam kotak neh ada banyak jugak barang . tapi sekarang dengan mahalnya pastu ada sikit jea menan dalam tuu . Koi lama koi kedekut . Kdekut taik hidung masin . Bluerk !
Apa nama taktau buah koko neh . Saya guna untuk main congkak . Salu kutip kat rumah tok asma sebab kat situ banyak . Tapi sekarang dah susah nak jumpa :(
Ziropointt ! Hat neh saya pro gila duluu . Pendek pendek saya boleh lipat tinggi kemain . Sat fly sana , sat fly sini . Kau peganglah getah tu selagi aku tak kalah . Haha . Tapi sekarang kalau ajak main benda alah neh , confirm tak lepas dah . Sobs sobs . Faktor usia kay faktor usia . Tinggi tetap sama :DD

Kalau nak diikotkan , banyak nak mampuih game , makanan atau apa jea masa saya kecik kecik dulu untuk di share ngan hampa semua . Sampai puasa nanti pun tak habis story . Takat neh pun cukup kot kan ? :) bye ! 

thankie for reading : Tengku Lea

Alhamdulillah . Everything Sudah Setel ^^v

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
18/72012 : 5.16 PM(Rabu)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara . 

Tak pernah lekang salam khidmat negara saya kalau saya update blog kan ? :( Saya rindu kem PLKN saya . Atas dasar gerun dengan msg berunsur arahan dari Puan pada tengah malam tuu , saya dengan berat hati tamatkan latihan khidmat negara saya . Seminggu jea saya kat sana . Macam macam saya belajar . Belajar berdikari , basuh baju sendiri , sidai kain sendiri dah bermalan dengan 5 orang dalam satu bilik . Hm , kenangan :) 

Btw , thankyou sangat sangat buat group page PLKN Rimba Taqwa Sik Siri 9/2012 sebab sudi jugak masukkan saya dalam group anda ^^v Tapi saya rasa agak kerdil sikit sebab saya tak berkhidmat lama macam hampa . Dengan ini saya Bravo 194 ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya habiskan latihan khidmat negara ^^v Jyeah ! 

Okay , meh kita kembali serius :) Semalam pihak saya dan kawan kawan , pibg serta sekolah ada buat satu event di luar sekolah sempena menyambut Ramadhan yang akan datang neh :) Dan kami sebagai senior telah diberikan tugas masing masing untuk incharge event neh . Maaf kalau ada kekurangan apa apa dari pihak kami semua . Kami tak mampu nak puaskan hati semua pihak ^^V

Lepas jea balik sekolah semalam dalam pukul 2 lebih , mandi kejap . makan kejap . rehat kejap . Pukul 6 bersiap siap untuk gerak ke Masjid Junjong . Thankyou Jiha sebab tumpangkan saya . Malas nak sembang banyak , kita layan gambar plak eh . Sila letakkan cursor anda di gambar untuk lebih jelas yea . Jangan Click ! :)



Cik Nadia ^^v Sedang menunggu Cik Wany makan di kedai Nasi Ayam bersebelahan kedai Ah Lek yang sangat famous di kawasan junjong :DD                                                
Sampai jea masjid . Kami kumpul kumpul dulu :) Tiba tiba depa bergaduh berebut saya . Ohmaii . Haha :DD
Tok Syeikh Jamri dan bini pertama beliau yang setia selalu :DD *auta*
Terima kasih buat mereka berdua dan dua lagi pelajar yang  baru balik dari universiti Al Azhar , Mesir sebab sudi buat persembahan sempena menyambut Ramadhan Al Mubarak :) Masing masing baru turun dari airport kay . *auta lagi*
Konon konon depa la couple sweet untuk malam tuu . Sebab pakai baju warna biruu :) Kay , jeles sedikit sahaja ^^v Mak , nak baju kurung kaler biru sekarang jugak !
 Neh , saya nak tudung macam Cik Wany ? Ada sape sape nak tolong belikan tak ! *acu pistol* grr . She look beautiful last night ^^v
Depa kembar lain mak lain pak . Kemana depa pergi selalu berdua :) Sakit pun bersama sama . Senang pun bersama sama . Get well soon tauu both of youu ^^v
Okay , neh kak dan adik . Alhamdulillah adik tak rasmi saya berubah menjadi begitu baik untuk malam tuu . Thankyou untuk marhaban kat Masjid An Nur Junjong :) Sedap kay sedap *
Pak Syeikh bersama PA masing masing :)
 Dalam duk busy menjayakan Majlis Jaya Waris neh , tiba tiba ada sesi akad nikah secara mengejut . Tunggu apa lagii , pakat pakat kumpul saksi . And alhamdulillah "sah" :DD Dan baru tadi buat kendurii ! ^^v
Sesi membungkus makanan untuk tetamu tetamu masjid yang datang semalam . rajin budak budak neh . Pilih la sorang buat bini . Kompom tak nyesal ^^v
Time neh romeo cakap *tangkap gambaq aku dengan aqasha plak* . Well , sape yang taknak click click gambaq dengan qasha habaq mai ? Haha . *kidding* . So i pun tekan *click* . And this is the hasil :) Sorry , phone mahal so hasil pun mahal :DD
Sepatutnya gambar neh diletakkan di bahagian atas . Maaf atas segala kesulitan . Sara Azman sedang menuggu kesudahan Cik Wany makan nasi ayam dan kehadiran VVIP yang lain ^^v
 Habis jea event malam tuu , baju putih tu haa , ajak pegi makan kat SuperN8 , taman selasih . Saya on saja . Dah bahana nyaa , balik pukul 11 malam . Nice . Haha . Thankyou saufi sebab tumpangkan saya :)
Nasri and Din . Din neh la mamat yang saya baru kenal sehari tapi dah rancak kami besembang . Din juga salah sorang yang suka panggil saya donut because of my pipi . Blurr ==' I know pipi i tembam :DD Did i banyak cakap ? :(
Muka penat Sara Azman . Dia dan saya sahaja perempuan yang pergi makan malam semalam . masing masing muka penat . Balik nak tdo jea yang kami tahuu .

Pergi sekolah masing masing muka tak cukup tido . Mengantok campuq penat punya pasal . Padahal tak buat apa sangat pun semalam . Tapi tetap penat :) Banyak gelak kot ^^v  Thankyou buat yang hadirkan diri dan menolong . Allah bless you :)

p palangs s : Saya sentiasa hargai orang sekeliling dan takkan jauhkan diri tanpa sebab yang munasabah :) Bye .
thankie for reading : Tengku Lea

Bukan Lagi Pilihan Terakhir ^^v STPM

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
16/7/2012 : 3.46Pm(isnin)

Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara . 

Muka muka cemerlang STPM . Ihsan pakcik angkat saya sendiri a.k.a Google :) Thankyou pakcik . Hehe

Masa tengah seronok guling guling sambil memaki hamun phone sendiri sebab ada orang yang tak diundang duk telepon banyak banyak kali . Tak sukaaaa ==' Tiba tiba Puan kata ..

Puan : cuba baca pasal tingkatan 6 ..
Saya : *selak satu persatu* manaa diaa ? Takda punn . Neh dah nak masuk bahagian hiburan . Takkan depa selit kat sini plak .
Puan : haih , cari la duluu . belakang lagi la .
Saya : kayy fine . Haa ! Depa neh nak buat perubahan bla bla bla . hehe

Tajuk besaq untuk artikel tu adalah *Bukan Lagi Pilihan Terakhir* imej baru tingkatan enam bakal menarik minat pelajar melanjutkan pelajaran :) okayy , sila la cari keratan akhbar tuu sendiri . Paper Metro okayy . metro sentiasa di hati . tak penah curang dengan Metro okay . Sumpah ! :) Kalau nak saya copy and paste artikel tuu kat sini rasanya penuh 4 page nanti kan . Dan ini bukan kali pertama rasanya pihak media cetak dan elektronik menulis pasal kebaikan ataupun perkembangan Tingkatan enam yang akan berubah dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan Malaysia secara khususnya .

Oh , yea . Btw tengkiuu kepada penulis bagi artikel neh iaitu Ruhaiza Rusmin ^^v saya buat sinopsis jea la pasal artikel neh eh . kalau kau jenis malas membaca , saya sarankan awok berhenti baca setakat ini sahaja . terima kasih ^^v Okayy , macam yang kita tahu la kan tingkatan enam diklasifikasikan sebagai pendidikan yang sukar dan sering menjadi pilihan terakhir pelajar yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS .

Tapi sejak akhir akhir neh , kerajaan nak berikan nafas baru kepada pelajar tingkatan enam atauu pelajar Pra U dari segi imej yang baru dan penstrukturan semula . Semua neh sebagai tanda terima kasih kepada tingkatan enam yang selama ini menjadi penyelamat . menurut Ketua Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim berkata , sumbangan tingkatan enam kepada sistem pendidikan cukup besar bagi negara ini . Dulu , ia dianggap sebagai pendidikan berprestij hanya untuk pelajar yang terpilih sahaja . So guys , saya salah seorang pelajar yang terpilih itewww . Haha ^^v

Dr Ahmad Sohaimi Lazim juga berkata , pelbagai tanggapan negatif tentang tingkatan enam . Pandangan skeptikal masyarakat katanya , menyebabkan ia dikelaskan sebagai pembaziran dan kelas kedua . Secara amnya , SETIAP PENDIDIKAN SAMA ADA BERTARAF TINGGI ATAU RENDAH TIDAK WAJAR DINILAI MENGIKUT SPESIFIKASI TERTENTU KERANA FUNGSI SETIAP DARIPADANYA TETAP SAMA IAITU MEMBERI PENDIDIKAN . neh bukan sebab capslock rosak tau . Ini adalah sengaja :)

Justeru penstrukturan serta pemberian imej baru ini  diharap mampu menghapuskan pandangan skeptikal itu dan menjadikan tingkatan enam sebagai satu wadah pendidikan terbaik negara . penstrukturan imej baru seperti dilaporkan di akhbar baru baru ini dianggap sebagai landasan awal untuk meninggikan lagi penerimaan masyarakat sejajar sistem penddidikan pra universiti . Antara cadangannya ialah , menyatukan tingkatan enam
jadual waktu , guru dan pakaian berbeza serta dipisahkan dari sekolah biasa . Untungkan weh ? Saya tak tahu la sempat merasa ke tak semua neh =='

Sambung balik ! Ini semua kerana pelajar kebanyakkannnya berminat memohon untuk memasuki kolej atau menara gading bagi melanjutkan pelajaran kerana dianggap lebih menjamin peluang kemsukan ke universiti . Pada masa sama , tanggapan ia susah dan membazir membelenggu minda masyarakat menyebabkan kurang sambutan . Padahal fungsi pembelajaran dan tujuan asasnya adalah tetap sama . hanya disebabkan ia di sekolah dan bukan di kolej , menjadikan tingkatan enam masih disamakan seperti pendidikan di sekolah . Cabaran belajar di mana mana pun tetap serupa :)

Jangan berikan alasan belajar di menara gading atau matrikulasi boleh menjamin masa depan . Semuanya bergantung pada sikap dan di mana mana sahaja seseorang boleh mencipta kejayaan .

Okay guys . Sila tepuk tangan kat diri sendiri . Bilamana anda membacaa entry saya yang neh , bermaksud anda juga sudah membaca habis 80% artikel yang saya hebohkan di awal tadi . Tahniah :) nampak benooo kau rajin ^^v Saya tipuu jea sampaii 4 page . tak banyak mana punn . Yang penting sikap ingin tahu tu membuatkan kau berjaya baca sampai ayat terakhir walaupun masih ada point point yang saya tak masukkan dalam entry neh . Takat tu pun dah boleh paham kot noh ?

p palang s : Ingat guys , semua terletak kepada sikap diri kita sendiri . Kat mana mana pun boleh berjaya asalkan ada usaha . Chaiyokk ! Go baby go . haha . Thankyou sebab luangkan masa melepak di blog saya . bye .
thankie for reading : Tengku Lea

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |