Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh .Salam1Malaysia salam 1Blogger salam Ramadhan :)
Kalau ada yang follow entry saya semalam , mungkin ramai yang tahu saya sedang struggle baca novel yang bertajuk Cinta Kembali Bertasbih neh :) Dah setengah novel neh saya baca . Selalunya kalau novel , hanya ambil masa sehari jea saya habiskan . Tapi taktau kenapa novel kali neh , saya nak ambil masa yang lama . Saya nak betul betul faham , betul betul menghayati . Hehe .
Best novel neh . Bagi saya la . Selalu saya baca novel yang berunsur cinta duniawi Tapi kali neh berbeza . Novel masih berunsur cinta . Cinta kepada ALLAH lebih banyak dari cinta nya kepada sesama manusia . Semua perilaku dalam novel neh , mesti akan berkait rapat dengan ALLAH , nabi . Yang penting berunsur baik baik saja . Macam macam jugak la yang dapat saya belajar dari novel neh . Lebih lebih lagi pasal agama . Hee :) Dapat juga tambah ilmu bulan puasa neh haa ^^b
Ada satu part di mana hero dalam novel neh sambung belajar di Mesir . Tiba tiba saya jadi teringat dengan Encik Ampang . Hm . Tak tahu la beliau sihat ke tak . Saya harap beliau sihat , insyallah :) Serba sikit nanti , kehidupan Encik Ampang mungkin sama macam hero dalam novel neh bila beliau kat mesir nanti . Saya mengharapkan yang terbaik untuk you , Ampang :) minta maaf sebab tak dapat menjadi kawan yang baik untuk you . Apa pun , you kawan dunia akhirat i ^^v
Apa pun bila saya baca novel neh , nampak sangat saya begitu kerdil . Jahil lagi saya neh pasal agama . baru setengah novel tu saya baca dah rasa begitu jahil , kalau baca sampai habis , teriak berbaku bakul jugak la sebab meratap dosa dan kejahilan diri sendiri . Adeh :) Entahlah , harap harap hari demi hari dapat la saya tambah ilmu neh haa :( nak sangat suatu hari nanti ada lelaki yang bergelar suami dapat bimbing saya . Hikk ^^v insyaallah . yang paling bestnyaa , hero neh sangat sangat sangat sayangkan adik dye , Fatimah . Bertuah la kalau dalam dunia realiti neh ada seorang abang yang begitu menjaga adik dye sendiri kan .
Hero neh sanggup cari duit untuk sara adik dye belajar kat luar negara . sanggup kumpul duit untuk kahwinkan adik dye dengan orang yang baik baik dan beragama . Susah kan kalau hidup sebagai anak yatim . Hm . Tak dapat bayangkan kalau saya takde makpak . Meraung teruk saya nanti =='
Sini saya nak share sikit dari apa yang saya kutip dari Novel Cinta Kembali Bertasbih :) Panjang sikit tauu . Kalau tak mampu baca , boleh stop sekarang . Mana la nak tauu , puasa punya pasal then sampai tak larat nak membaca . kann ? ^^v
Saudaraku , kalii ini saya mahu berbicara tentang soal cinta . ramai remaja menyukai subjek cinta . Mereka seronok mendengar kalimah cinta . Tetapi perlu diingat ! Cinta itu bukan main main . Cinta itu bukan barang yang diberi semahunya . Ia punya tanda harga dan hanya mereka yang berhak layak menerimanya . kemahuan untuk mencintai naluri biasa seorang manusia . Namun perlu diingat , sekali kita memberi cinta akan memberi kesan yang abadi pada jiwa .
Mengapa ?
Kerana cinta itu adalah ukuran iman . Orang yang kita cintai itu akan menjadi penentu tempat kita di akhirat . Ingatlah ! orang yang kita cintai itu , akan melambangkan apa yang ada dalam hati kita . Sama ada keiimanan atau kefasikan . Inilah perkara yang ramai remaja tidak mengetahuinya sehingga mereka tidak yakin , cintu itu akan menjadi penentu kehidupan mereka di akhirat kelak .
Buktinya ?
nabi berpesan ,setiap manusia terhimpun di akhirat bersama orang yang mereka cintai . Andai kita mencintai pewaris neraka , maka kita akan berhimpun bersamanya di dalam Neraka Jahanam . Andai kita mencintai pewaris Syurga Firdaus , pasti kita akan berhimpun di dalam syurga bersamanya .
Akhirnya ?
Sungguh besar kesannya apabila kita mencintai seseorang . Cinta oleh membawa ke syurga ataupun neraka tuhan . Pilihlah siapa kekasih kita . Orang yang soleh ataupun orang yang fasik . Pilihan itu di tangan kita . Mencintai , bererti memilih . Anda pilih bahagia , ataupun sengsara .
Hm , dah baca kan ? Dalam kan maksud yang pengarang neh cuba sampaikan kepada pembaca ? Saya baca neh , jadi terdiam . Memang terdiam ah kan , sebab saya baca tanpa mengeluarkan suara :) ini semua bererti , sesiapa yang kita cintai akan menjadi penentu tempat tinggal kita di akhirat kelak ==' Insaf dan terkesima sekejap .
p palang s : buat yang berpuasa , selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya :) Ingat , syaitan dah kena ikat . So jangan berperangai seperti adik beradik syaitan . Tak perlulah cari port nak curi curi makan . Buat sakit kepala jea nak kena makan sembunyi sembunyi . Dah berbuka t , makan la kau puas puas yea :) bye .
0 comments:
Post a Comment