16/7/2012 : 3.46Pm(isnin)
Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara .
Masa tengah seronok guling guling sambil memaki hamun phone sendiri sebab ada orang yang tak diundang duk telepon banyak banyak kali . Tak sukaaaa ==' Tiba tiba Puan kata ..
Puan : cuba baca pasal tingkatan 6 ..
Saya : *selak satu persatu* manaa diaa ? Takda punn . Neh dah nak masuk bahagian hiburan . Takkan depa selit kat sini plak .
Puan : haih , cari la duluu . belakang lagi la .
Saya : kayy fine . Haa ! Depa neh nak buat perubahan bla bla bla . hehe
Tajuk besaq untuk artikel tu adalah *Bukan Lagi Pilihan Terakhir* imej baru tingkatan enam bakal menarik minat pelajar melanjutkan pelajaran :) okayy , sila la cari keratan akhbar tuu sendiri . Paper Metro okayy . metro sentiasa di hati . tak penah curang dengan Metro okay . Sumpah ! :) Kalau nak saya copy and paste artikel tuu kat sini rasanya penuh 4 page nanti kan . Dan ini bukan kali pertama rasanya pihak media cetak dan elektronik menulis pasal kebaikan ataupun perkembangan Tingkatan enam yang akan berubah dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan Malaysia secara khususnya .
Oh , yea . Btw tengkiuu kepada penulis bagi artikel neh iaitu Ruhaiza Rusmin ^^v saya buat sinopsis jea la pasal artikel neh eh . kalau kau jenis malas membaca , saya sarankan awok berhenti baca setakat ini sahaja . terima kasih ^^v Okayy , macam yang kita tahu la kan tingkatan enam diklasifikasikan sebagai pendidikan yang sukar dan sering menjadi pilihan terakhir pelajar yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS .
Tapi sejak akhir akhir neh , kerajaan nak berikan nafas baru kepada pelajar tingkatan enam atauu pelajar Pra U dari segi imej yang baru dan penstrukturan semula . Semua neh sebagai tanda terima kasih kepada tingkatan enam yang selama ini menjadi penyelamat . menurut Ketua Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim berkata , sumbangan tingkatan enam kepada sistem pendidikan cukup besar bagi negara ini . Dulu , ia dianggap sebagai pendidikan berprestij hanya untuk pelajar yang terpilih sahaja . So guys , saya salah seorang pelajar yang terpilih itewww . Haha ^^v
Dr Ahmad Sohaimi Lazim juga berkata , pelbagai tanggapan negatif tentang tingkatan enam . Pandangan skeptikal masyarakat katanya , menyebabkan ia dikelaskan sebagai pembaziran dan kelas kedua . Secara amnya , SETIAP PENDIDIKAN SAMA ADA BERTARAF TINGGI ATAU RENDAH TIDAK WAJAR DINILAI MENGIKUT SPESIFIKASI TERTENTU KERANA FUNGSI SETIAP DARIPADANYA TETAP SAMA IAITU MEMBERI PENDIDIKAN . neh bukan sebab capslock rosak tau . Ini adalah sengaja :)
Justeru penstrukturan serta pemberian imej baru ini diharap mampu menghapuskan pandangan skeptikal itu dan menjadikan tingkatan enam sebagai satu wadah pendidikan terbaik negara . penstrukturan imej baru seperti dilaporkan di akhbar baru baru ini dianggap sebagai landasan awal untuk meninggikan lagi penerimaan masyarakat sejajar sistem penddidikan pra universiti . Antara cadangannya ialah , menyatukan tingkatan enam
jadual waktu , guru dan pakaian berbeza serta dipisahkan dari sekolah biasa . Untungkan weh ? Saya tak tahu la sempat merasa ke tak semua neh =='
Sambung balik ! Ini semua kerana pelajar kebanyakkannnya berminat memohon untuk memasuki kolej atau menara gading bagi melanjutkan pelajaran kerana dianggap lebih menjamin peluang kemsukan ke universiti . Pada masa sama , tanggapan ia susah dan membazir membelenggu minda masyarakat menyebabkan kurang sambutan . Padahal fungsi pembelajaran dan tujuan asasnya adalah tetap sama . hanya disebabkan ia di sekolah dan bukan di kolej , menjadikan tingkatan enam masih disamakan seperti pendidikan di sekolah . Cabaran belajar di mana mana pun tetap serupa :)
Jangan berikan alasan belajar di menara gading atau matrikulasi boleh menjamin masa depan . Semuanya bergantung pada sikap dan di mana mana sahaja seseorang boleh mencipta kejayaan .
Okay guys . Sila tepuk tangan kat diri sendiri . Bilamana anda membacaa entry saya yang neh , bermaksud anda juga sudah membaca habis 80% artikel yang saya hebohkan di awal tadi . Tahniah :) nampak benooo kau rajin ^^v Saya tipuu jea sampaii 4 page . tak banyak mana punn . Yang penting sikap ingin tahu tu membuatkan kau berjaya baca sampai ayat terakhir walaupun masih ada point point yang saya tak masukkan dalam entry neh . Takat tu pun dah boleh paham kot noh ?
p palang s : Ingat guys , semua terletak kepada sikap diri kita sendiri . Kat mana mana pun boleh berjaya asalkan ada usaha . Chaiyokk ! Go baby go . haha . Thankyou sebab luangkan masa melepak di blog saya . bye .
0 comments:
Post a Comment