Cinta Kembali Bertasbih ^^v

Posted by AQMAL IYLIA
20/7/2012 : 2.45PM(Jumaat)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat negara .

Ustaz , ustazah atau mana mana guru yang menghina muridnya adalah ustaz , ustazah atau guru yang tidak cukup ilmu agamanya . Menghina orang itu perbuatan orang jahil . Ustaz atau ustazah serta guru yang baik akan sentiasa mendoakan muridnya dengan kata kata positif . Sekalipun muridnya nakal , dia tetap mendidik dan mendoakan anak muridnya menjadi baik . Apabila ada ustaz , ustazah atau guru yang menghina kamu , abaikan sahaja kerana dia masih lagi jahil tentang akhlak nabi yang sebenarnya ^^v

*Nabi Muhammad adalah semulia mulia makhluk , namun dia juga dihina dan dikeji oleh kaumnya . Tiada siapa pun yang dapat menutup mulut manusia dengan kebaikannnya . Sekiranya kita berbuat baik , ada juga orang cemburu . Apabila kita berbuat jahat , lagi ramai orang yang membenci . Jadi kita tidak boleh fikirkan mulut orang . Kita perlu berusaha meneruskan amalan baik ^^V

Apabila melihat sebatang pokok yang tinggi , lalu kamu pergi kepadanya dan kamu katakan yang pokok itu rendah . Lalu , kamu mengatakan lagi pokok itu rendah berkali kali , adakah ia menjadi disebabkan kata kata kamu ?

tidak bukan ? :)

Seandainya kamu adalah budak yang baik , tiba tiba ada orang yang mengatakan kamu jahat , adakah kamu berubah menjadi jahat ?

Mungkin . Rasanya tidak :)

Sekiranya seorang guru menuduh kamu berbuat satu dosa besar , sedangkan kamu tidak melakukan dosa itu , adakah ALLAH akan memasukkan kamu ke dalam neraka ?

Sudah tentu tidak :)

Biar Allah sahaja yang menentukan seseorang itu baik ataupun jahat . Kita sebagai manusia perlu meneruskan usaha dan amal kebajikan . Kata kata manusia tidak mampu memudarat atau menyakiti kita . Mungkin ada kata kata yang menganggu jiwa kita , tetapi ia tidak mencederakan kita . Jadi , teruskan kerja yang baik dan abaikan sangkaan buruk manusia lain . Di situ , kamu akan berubah menjadi manusia yang lebih bagus :)

Apa yang awak buat harini , takkan memberikan hasil sekarang . Ia akan kelihatan pada sepuluh tahun lagi .

Hye korang ! Salam jumaat semua ^^v Ada yang rasa panas baca entry saya ? panas telinga ? panas mata ? panas badan atau panas hati ? Hikhok . atau ada sape sape yang terasa ? Minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut . Tiada niat apa pun . Yea , saya tahu saya takde la baik sangat . Tapi benda yang baik saya share la dengan awok awok semua . Saya ingatkan awak semua , awokk awok ingatkan saya balik . Saling mengingati . Takkan tak sweet awok ? :DD Saja kumpul pahala sebelum puasa neh haa .

Sebenarnya ayat ayat kat atas tu haa saya kutip dari sebuah novel . Novel tu saya pinjam dari kawan kelas . Thankyou kawan . Tajuk novel tu *Cinta Kembali Bertasbih* . Nak kasi sinopsis kat korang pun , belum habis dibaca novel tu lagii . Next time yeaa . Kalau rajin . Hehe

p palang s : Pastikan awok check telepon awokk . Kemungkinan besar saya kan menghantar msg kepada awokk :) neh baru entry pertama tauu . akan ada entry kedua malam kang ^^b bye .
thankie for reading : Tengku Lea

0 comments:

Post a Comment

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |