Lawak Yang Tak Lawak Raya ke 7 :)

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
26/8/2012 : 7.26PM(Ahad)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara salam Aidilfitri .
Salam raya ke lapan semua ! woot woot :) dalam kita bergembira jangan lupa masih ada yang berduka . Maka bersederhanalah anda semua . Peace ^^ dah setel minggu pertama syawal yea dak ? yang belajar kat u , selamat kembali . yang belajar kat poli juga selamat kembali . yag belaja kat matrik/institut and bla bla juga selamat kembali . Dan kepada yang bersekolah , selamat kembali ke sekolah . Same goes to mee . Hoyeah :)

Sekarang kecoh pasal trial SPM . bukak sekolah terus trial bagi yang area Kedah Utaghaa jea la . Btw , goodluck dik . Do the best and the best walaupun just trial . Trial pun penting what . Jangan buat halai balai . Nanti menyesal tak sudah . Macam ahkak zaman muda muda dulu . Hee . Menyesal pun ahkak sambung lagi belajaq . Sebab akak ada cita cita . Akak nak jadi pendidik , Insyallah :) Kalau pendiidik tu bukan rezeki akak , akak terima jea . Kadang kadang benda yang kita nak tu belum tentu kita dapat . Macam kau nak Lamborghini , kau takleh jea beli benda alah tu dengan sembuq ayaq liur jea . Kau kena la qeja , kumpul duit then hoorey !

apa plak neh masuk cerita pasal Lamborghini bagai . Meluat betul la . Ish ! Saya nak cerita pasal apa yang berlaku semalam . Eh , semalam takde pun berlaku aksi tembak menembak . Takde takde . Semalam saya pergi beraya , pergi kenduri :) First , pegi kenduri si mimi . Sorry ah , gambar takde . Hee . Yang penting mimi look nice semalam dengan tema biru lagi .  okay then , lepastu lepak ghumah sara hureen . Bukan lepak . Open house k . Sumpah sedap rendang mak sara buat . Apa yang comel sangat mak si sara neh ? Anyone ? geram i . Hehe . Next ! kita pegi rumah akram . Ku sangkakan Akram buat open house , rupanyaa kenduri kawen daaa . mamat neh buat lawak ke apa . Masing masing tercengang . Rupanya dia ajak kami makan kenduri =='

Elok la kan , moto pun kami park elok depan khemah kenduri . Tuan rumah pun tengok kami atas bawah jea . Saya plak tengok Akram rasa mcm nak makan makan jea dye . Akram pentifu ! Haha . tuan rumah tengok takpa lagi , neh sekali tetamu semua pun tengok , mana nak letak muka . haiyaa . Last last akram iring kami masuk rumah dye . Fuhh , lega . Hilang sudah panahan mata mata tetamu terhadap kami semua :) Dah masuk rumah Akram , boleh plak semua jadi jakun . Panjang mak aii rumah dye . Kemas plak . Besar pun besar . Teddy bear tayah kata la . Comel comel belako dalam almari . Sekali duduk layan mohabbatein dulu seround dua kat rumah dye . Ambikk :) kami memang tak malu .

Habis rumah akram kami tawaf . Bilik dye kami masuk . Siap ada CCTV lagi . Kemas nya bilik dye . Malu la saya sebagai gadis . Adui ==' Next lagi , pergi rumah Cikgu Rohani and the last one rumah Syerah Man . Thankyou syerah sebab menjemput kami ! :)


Open house rumah syera telah berjaya menemukan kami dengan kawan kawan yang jarang dan dah lama tak jumpa . Oh nice . bukan senang nak jumpa geng geng saya neh . maklumlah , busy . Dan bukan senang nak jumpa bebudak dalam gamba neh . Tunggu raya baru jumpa . hm :) Dan alhamdulillah , walaupun raya ketujuh namun kami masih berjaya kekalkan dengan memakai baju kurung . Comel tak ? comel tak ? haha . yang non muslim tu memang tak ah nak pakai baju kurung kan :) hee .

btw , saya enjoy semalam . Lepas open rumah syera , pergi plak main bowling kat landmark dengan berbaju kurung bagai :) Comel untuk kali kedua . Hehe . Enjoy sangat sampai kepala saya kembali sakit dan hasilnya saya tak ke sekolah harini . bestnyaaaaa :(

Chow chinchii :)
thankie for reading : Tengku Lea

Rasa Sayang Hey Rasa Sayang Sayang Hey ^^

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
23/8/2012 : 2.40 AM (Khamis)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara Salam Aidlifitri :)

Harineh , pagi neh , kita nak sembang pasal rasa rasa sikit . Apa apa pun , rasa sushi sedap  Saya dah gila sushi sekarang neh . Anyone , help me !

Tahu apa rasa sakit hati ? Rasa sakit hati neh lebih sakit dari buasir . Hm . Lebih kurang mcm tuu la :) Tak banyak benda yang kita boleh buat kalau kita sakit hati neh . Selalunya kalau perempuan sakit hati , dye all out semua kat laman sesawang dye . Tak kisah la kan ? semua tu normal . Bukan perempuan jea buat mcm tu sekarang neh . Lelaki pun ada . Tipuu la kalau takde . Berani kerat kuku la kalau takde laki buat benda mcm neh ;p Kalau tak sebar kat laman sesawang pun , perempuan mungkin akan nanges uwaa uwaa . Puas hati buat keje tak berakai mcm tu kot . Rasa hilang beban ataih pala :D

Tahu apa rasa cemburu ? cemburu neh lebih kurang sakit mcm sakit hati jugak la . Makan panadol pun belum tentu hilang semua tu melainkan cemburu dye hilang terbang melayang and pretend like everything okay  . Takpun telan ubat gegat seketui dua . Insyallah tak cemburu selama lamanya dah . Apa faktor seseorang tu jeles ? Banyakkk faktorrr . Seseorang tu boleh jeles kalau pasangan dye mesra dengan orang lain . Pasangan dye lebih mementingkan kawan kawan . Pasangan dye lebih sayangkan kucing dari dye . Pasangan dye peluk bantal dan bukannya peluk dye . Dan entah apa apa lagi . Ah , pk sendiri la . Macam tak pernah bercinta plak ! ;p

Tahu apa rasa rindu ? rindu neh kadang kadang mampu buat seseorang tu mengalir air mata . Bahaya bahaya . Bila tanya sebab apa menangis , jawapan nya sebab rindukan seseorang . Bab titis air mata macam eyemo atau air terjun neh hanya perempuan yang berjaya melakukan . Rindu neh jugak boleh buat org sesak dada kot . Rasa mcm terhimpit keretapi tayar lapanbelaih ==' Satu jea cara nak lepas rindu , iaitu dengan kol takpun msg org yang kau rindu tuu . Contoh *bongokkk , aku rindu hang bodoh . Wajaqq betui* . Kalau nak lembut sikit *i think i miss you* . See , speaking giteww . Untung untung org yang kau rindu tu balas msg *miss you too* . Tak ke kau rasa dunia neh kau yang punya tapi dalam mimpi jea la *golek golek*

tahu apa rasa sayang ? Hat neh best . Semua orang penah rasa . Kau mesti penah sayang makpak kau kan ? adik adik kau ? pasangan kau ? kannnn ? Dalam banyak banyak rasa , rasa sayang neh la lebih sweet lebih baik lebih ohsem lebih manis dari yang lain . Rasa sayang heyyy rasa sayang sayang heyy  :D nampak permainan dye ? Haha . okay , biarlah aku gelak sorang sorang -,- bila kau sayang tuu mesti kau rasa nak jaga dia , nak sayang dia , nak make sure segala galanya pasal dia okay . Perfect . Kalau boleh taknak dia kena geget nyamuk seekoq pun . Sayang punya pasal , macam macam kita sanggup buat . Lautan api pun sanggup ku renangi . Kononnn ! Sape yang berani sangat nak berenang kuak lentang dalam lautan api tuu ? sini nak tengok . Grr . Kalau aku pun takut , takkan kau nak berani plak kan ? Hee

Gtg . Assalamualaikum :)







thankie for reading : Tengku Lea

Oh My Raya 2012 :)

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
22/8/2012 : 2.33 PM (Rabu)

Assalamaualikum warahmatullah wabaraktuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara Salam Aidilfitri :)

Saya Bravo 194 melaporkan diri , Tuan ^^

Hye ! Salam Aidilfitri yang ke empat :) Hee . Masih dalam mood raya kann ? mestilah . Raya sebulan . Bukan seminggu . Cuti sekolah jea seminggu . Dan tadi baru jea ada membe yang tolong ingatkan pasal assigment yang Sir Safuan bagi . Macam mana saya boleh lupa ? macam mana ? Ish ==' Mana nak kumpul team lagi . Kumpul bahan lagi . Masing masing tengah busy beraya lagi . Adeh . Kang saya buat sendiri kang , tak kena tema plak . Dah boleh nampak dah hari Ahad neh saya takkan pergi sekolah . hoho . Saya hanya mampu tunggu warning letter jea la kot gamaknyaa . Hee

So , ashane raya korang ? Ada meriah tak ? ke raya saya lagi meriah dari korang ? kononnnnn . Raya saya biasa biasa jea . Takde pun buat open house besar besaran macam last last year . Siap ada tetamu melebihi 30 orang dalam satu masa and bla bla . Almaklumlah  . Sejak tamat form5 , semua bawa haluan masing masing . Semua dah jadi perantau . Yang ada kat sini pun dua tiga kerat . Kalau bertuah sikit , yang dua tiga kerat neh ingat lagi la kat kau . Kalau malang sikit , jangan kata ingat , kalau jumpa pun siap jeling bagai . Retisss la katakan ;p *muntah pelangi*

Semalam pun saya ada buat makanmakan . Tapi sikit saja . Cukup la untuk sepuluh orang . Kuikuii . Memang niat taknak ramai ramai yang datang pun . Kalau ramai yang datang , banyak plak makanan yang Puan kena masak . Dah la beliau penat . Penat ulang alik dari Kedah ke Johor pun tak hilang lagi , so nak melayan tetamu pun tak berapa semangat . Btw , thankyou yang datang semalam . Korang la tetamu wajib yang akan sentiasa terjah rumah saya time raya . Memang tak lupa membe betul :)

Kalau saya buat makan makan , yang datang waktu malam nya cuma tetamu lelaki jea . Siang siang busy katanyaa . So terpaksa la tunggu sampai malam . Lambat tak hengatt depa sampai . Memang la ghumah neh ghumah korang mamat mamat weh . Haha . Nasib saya sporting tauu . Sentiasa terima kunjungan lambat korang tuu . Kalau saya jahat , maunya saya pagar pintu ghumah neh dengan mangga size 24 ohkay . Pakat ramai ramai tengok sliding jea . tayah masuk :D hm .

And big big thankyou buat paksu angkat saya a.k.a paksu shamsul izwan yang bakal bertunang tak lama lagi sebab sudi juga bagi duit raya . Hehe . Ku sangkakan panas hingga ke petang , rupanya hujan ditengahari . Eh , betul ke peribahasa aku ? Kesah la kan :D ah , senang cerita , thankyou buat paksu . kami ingat paksu takmau bagi duit raya . Sebab saya memain jea .^^ Hee . Semoga ALLAH murahkan rezeki paksu dan cepat cepat la kawen ye *kipas kipas* Paksu neh suka panggil saya ALIA tauu . Padahal nama saya IYLIA . Tapi ALIA pun okayy . Haha . Nampak lemah lembut seperti kayu jati yang ditarah ==' Nevermind guys kalau bahasa saya rosak teruk . Kanak kanak guys . Kanak kanak :D

Eh awok , misi saya harini kannn ........ hm ......... Duduk rumah jea kot *ikat rambut* Ada open house banyak kot . Kalau pergi satu rumah , rumah lain tak mampu nak pergi plak . Kang terasa plak tuan rumah . Dengan mengambiil langkah selamat , tayah pergi mana mana . Boleh lagu tuuu ? Saya tengok makanan pun dah sakit kepala . Ini plak nak makan . Minum air jea takpa kan ? ^^ Tapi kalau ada yang paksa makan , takkan nak tengok jea kan . Bedal jea la . Haha . Tak baik menolak rezeki depan mata . Contoh macam kau nampak mamat handsome lalu depan mata , kau tengokk sampai dye hilang dari mata kauu . Rezeki tuu rezeki . Haha . Jangan kau tengok , lepastu tengok sekali lagi . Tak elok :D Kalau nak tengok biar la sekali pandang jea . Cikgu cakap . Hikhok

Meluat betul la kalau aku update entry . Suka melalut . Chow la . Bye ! :)
thankie for reading : Tengku Lea

Happy Eid : Syawal Kedua ^^

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin :) Alhamdulillah syukur nikmat . Malaysia maju rakyat selamat . Hee . Merdeka juga kita kan ? Syukur syukur . Ramadhan pun dah berlalu . Syawal pulak datang menerjah :) harini dah syawal yang kedua . Dah Syawal bagi tahun neh berbeza sikit dari tahun tahun yang sebelumnya . Apa yang beza ? Ada lahh :p

Beza nya cuma saya tak sambut raya di Kedah . tahun neh saya jadi cucu perantau dengan beraya di Johor :) Semua neh tanpa dirancang . Mula mula , Sajen Wahab nak pergi beraya kat sana seorang diri . lepastu bila dipikirkan bertahun sudah kami satu famili tak balik raya kat sana , kami ambil keputusan balik sana beraya . Dan alhamdulillah sebulat suara setuju balik sana tapi dengan syarat petang raya pertama , balik Kedah semula . Sajen pun okay jea :)

So , Jumaat malam lepas berbuka , kami gerak balik sana . Slow and steady . Bawa qeta pun santai santai jea .  Nasib baik jalan pun okay jea . Tak jem . Allah permudahkan urusan kami anak beranak . Hoho . Berapa kali entah kami berhenti kat RnR . Qeja kami makan and buang apa yang patut . Itu jea . Haha . Part makan tu jea la yang banyak . Then , setelah berjam jam dan jam pun hampir menunjukkan dua pagi , kami sampai di Seremban negeri pakwe pertama . Haha . Check in sebab driver dah ngantok katanya . Takleh go dah . Itulah , saya nak drive tapi Puan Zailina tak bagi . Katanya kalau saya bawak kang , saya melekat kat divider jea . Perli tauu ! ;p

Okay , kami check in kat hotel Grand apa tah . Pukul doblas tengahari check out . Hotel tu kat RnR . Okay la jugak hotel tu . Biliknya yang sedang sedang saja . Masuk jea bilik , kami adik beradik jadi jakun . Belek belek katil . Cantumkan katil , layan tv , main laptop then cukup time tdo . Haha . Dah nak balik plak , Neh la qeja kami . Masing masing muka semangat nak teruskan perjalanan ke Johorrrrrrr ;p Johor , here Tengku coming . kuikuii .







Okay , gambar saya jea banyak . Adik adik pun bebai . Haha . Saya gila camera . Tolong faham semua tuu . grr :D Tera masih muda neh la , layak nak gila camera pun . Dah tua pakai tongkat kang , takkan nak gila camera lagi kan . Dah tua kang , photographer suh say cheseee , kita pun chesee sambil keluarkan gigi dua batang . Jatuh saham la :D

Finally , kami semua sampai di :

Dalam tengahari kami sampai . Dah sampai Kampung Sepinang , sayu jea tengok atok kiah terbaring atas katil . Dan tua atok aku . Jalan pun pakai tongkat . Dulu , saya datang takde pun tongkat . Nampak sangat dah lama saya tak balik . Time tu rasa berdosa sikit . Hm ==' Atok Kiah pun macam nak nanges jea . Beliau terkejut . beliau pun tak sangka famili kami akan balik beraya kat sana sebab kami tak pernah beraya kat Johor . Dengar suara beliau serak serak . Sajen hanya senyum jea dari belakang :)

Rumah atok pun tak terurus . Yang jaga atok kiah kat sana cuma pakcik Ami . Umur pakcik Ami pun dah 40 tahun . Tak kawen kawen lagi . Tak sempat nak kawen sebab jaga atok kiah . Dah sampai then salam salam apa semua . Beliau cerita yang beliau pernah buat saya terhempap buai masa kecik kecik dulu . Tak sangka ingatan beliau masih kuat . Sebab terhempap buai tu la kot , saya jadi tak berapa betul sekarang neh bila dah besaq . Haha .

Dan hari yang dinanti telah tiba . 19 haribulan bersamaan hari Ahad , semua umat islam sambut hari lebaran . Begitu juga kami sebagai perantauu . guys , selamat hari raya dari saya dan keluarga ^^




Segala salah silap harap dimaafkan . Sekarang saya sudah berada di Kedah . Jemput jemput la singgah rumah . bawak kuih dan air sendiri okay . semua dijemput hadir . hee .

p palang s : okayy , chow ! Assalamualaikum .
thankie for reading : Tengku Lea

Salam Aidilfitri :)

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
15/8/2012 : 3.34PM(Rabu)

Assalamaualikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara . Salam Ramadhan Salam Aidilfitri :)

Zaman kanak kanak punya gambar . Saja wapelodd ! :)

Hye . Bertemu lagi . Hehe . Lama kan tak upate blog ? mintak maaf la . Sayaa basuh otak seminggu dua neh . Seminggu dua neh jugak otak saya tak berapa betul , so oleh itu saya elakkan agar mengupdate blog . Saya taknak lagi blog saya dicemari dengan perasaan yang bercampur baur . Tak manis dah orang tengok . Disebabkan dah berhari saya tak update blog , follower pun jadi kurang sebijik dua . kuikui ! :D

takpela , takde rezeki nak dapat follower ramai ramai . Kalau ada follower banyak pun , yang view tu 20 peratus jea . FAKTA ^^ Melainkan kalau kau blogger yang hots , meletups , debomms memang kau punya view lebih banyak dari follower la kan :) hehe . Macam blog cik Epal . Blog tu jea yang saya asek layan pun . Yang lain , time free saya layan macam blog MariaElena , FatinLiyana , CikYuyu and etc :) Jujur kan ? :D Neh kejujuran , bukan nak kejar hots .

Sebab bagi saya blog saya tak hots pun . Isi pun tak banyak . Hanya cerita what happen and bla bla saja :) tapi takpa , yang penting enjoy . Sepanjang saya tak update blog neh , banyak benda yang berlaku . makin lama makin tabah saya : Insyaallah . Sepanjang saya menghilang , saya tengah berjinak jinak menghasilkan sebuah novel yang belum mempunyai tajuk . Dan alhamdulillah , bab pertama bagi novel tu telah siap sepenuhnya . Cuma sekarang neh saya cuma perlukan penilai yang profesional untuk menilai bab pertama saya tu :) Hehe . Orang terdekat dan profesional yang layak untuk menilai novel saya tatkala ini ialah cik DyaDila , penulis novel Doktor Cinta .

Apa yang perlu saya buat sekarang ini adalah membuat temujanji dengan beliau . Haha . Malangnya saya segan . Maklumlah , saya neh newbie lagi . Hoho ==' Saya hanya tahu membaca novel tapi bakat menulis belum tentu ada . Yea dak ? :) eh , sabo jea la kann . Hehe . Dah sampai masa nanti , saya akan make sure beliau menilai jugak novel sekerat saya tu . Haha . Korang try layan novel Doktor Cinta tuu . Gempak kot . For me laa ^^ Okay done . jauh menyimpang dah neh haa .

Hm , raya dah nak dekat dah kan . Tak lama jea lagi . pejam celik pejam celik :) Ramadhan pun dah nak melabuhkan tirai . Cepatnyaaaa masa berlalu . Rasa ramadhan tahun neh setel cepat sangat . Mungkin sebab saya dah besar . Dah matang . Kalau dulu time puasa , balik sekolah jea lapa . Balik sekolah jea lapa . Asal lapa jea balik sekolah . Lepastu buka puasa . Sebab tu la kot rasa lambat jea masa berlalu . Alhamdulillah puasa kali neh tak banyak ragam . Tak gaduh dahaga teruk sangat sampai seru nak buka puasa . Adik adik pun penuh jea puasa setakat neh . Alhamdulillah :) keluarga neh dah makin matang ^^

Makin matang keluarga neh , makin meningkat la perbelanjaan untuk raya . Haha . Saya saja dah habis beratus . Tu pun ada lagi tak beli . Astagfirullah . Macam mana nak berjimat . Ish ==' Saya akan pastikan esok barang barang raya saya setel . Takmoo laie dah pk . Raya pun dah nak dekat . Esok keluar shopping kejap dengan membe membe . Buka puasa pun kat luar . Ketua mau belanja doh :D Rezeki tak baik ditolak . Yang masih memeningkan kepala adalah , dimanakah lokasi saya beraya untuk tahun neh ? di kampung Puan ka atau kampung Sajen atau dirumah sendiri ? hmmmm .

Tak pernah kami sekeluarga menjadi seblur neh memikirkan lokasi beraya kami . Hee . Kalau nak senang sangat ,, raya jea kat rumah atok . Senang . Adik beradik pun bersepah kat sana . Meriah pun meriah . Pagi pagi sahaja , suara ayam dengan suara penghuni rumah sama naik dari pukul 4 pagi . Hebat tak hebat suasana kampung ? Lepastu berebut bilik ayaq pula . Lepastu berebut kereta dengan moto plak nak p sembahnyang raya . Dah balik sembahyang raya pulak , berebut nak salam Puan dan Sajen . Ada udang di sebalik mee . Tengah syiok salam , Sajen la yang selalunya keluarkan sampul yang berisi duit . Hoyeah !

p palang s : tak sabar sangat sangat nak sambut Aidlifitri dan tak sanggup jugak nak biarkan Ramadhan pergi . Insyaallah ramadhan , tahun depan kita jumpa lagi :) Salam Aidilfitri semua . Chow . Assalamualaikum :)


thankie for reading : Tengku Lea

Tip Untuk Pasangan Bercinta :)

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
13 TIP UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN ♥

1 Sentiasa sayang menyayangi

Memang satu fitrah manusia perlukan kasih sayang dalam kehidupan. Kalau tak ada kesayangan pun, cukuplah yang satu orang tu tahu yang ada orang masih ambil kisah dengan kita atau senang kata benda yang bagi kita tak bermakna sebenarnya mampu memberi motivasi untuk pasangan kita tu. Percayalah dia sangat memerlukannya

2 Jangan tipu

Siapa yang suka di tipu? Kalau kita dalam hubungan yang baik, tiba-tiba hubungan tu hanyalah palsu. Pastinya terasa seperti buang masa mencipta satu hubungan yang angan-angan taik kambing. Jadi pastikan dalam hubungan jangan cipta satu pembohongan. Sekali kita mencipta satu pembohongan percayalah akan muncul tipu-tipu yang lain.

3 Sentiasa timbulkan suasana yang menarik ataupun sentiasa berkomunikasi



Dalam kelas bila sunyi apa kita rasa? sunyilah jawapan dia. Rasa bosan, tak rasa seronok nak belajar. Cuba bila ramai kawan-kawan kita memberi respon yang baik untuk setiap kelas, selalu bertanya selalu ikut perintah cikgu, selalu bertanya dengan kawan-kawan lain tentang kerja sekolah yang di beri, selalu bincang tentang perkara yang kita tak faham, mesti terasa seronoknya keadaan tu. Serupa juga dengan hubungan, kita perlukan komunikasi untuk cipta satu suasana. Tanpa komunikasi jangan di angan satu keajaiban indah akan berlaku dalam kehidupan berpasangan.

4 Selalu bersama.



Hari-hari makan dengan kawan, balik rumah kita tidur, tengok tv, online facebook, buat kerja baki-baki dari pejabat tak siap. Tiada masa nak meluangkan masa bersama dengan pasangan. Cuba kita bahagikan masa untuk pasangan juga, dia juga yang menjadi pedoman kita, motivasi kita, tempat meluah perasaan kita di kala menuju kejatuhan. Dengan luangkan walau sedikit masa dengan dia, pasti dia akan terasa dihargai juga atau mungkin dia dapat rasa yang sebenarnya dia tu wujud dalam kamus kehidupan kita.

5 Bila berduka, belajar untuk maafkan dan lupakan



Memang, dalam bab memaafkan kita memang payah untuk buat. kita kena cuba biarlah ia sepahit mana pun perkara itu, kita kena tempuhi. Bayangkan macam ni lah, katakan kita jarang sekali basuh pinggan bila habis makan, selalu kita biarkan dekat mak kita untuk basuh. Cuba satu hari nanti, bila habis makan terus angkat pinggan dan basuh sendiri. Tak perlu fikir bosan, payah, jijiknya basuh pinggan tu. Dalam masa beberapa minit, akan selesai masalah yang kita fikir tu dan semuanya terus selesai. Boleh aplikasi untuk masalah memaafkan orang? cubalah. ;)

6 Jangan bercakap tentang putus hubungan



"Kalau satu hari tiba-tiba kita break macam mana, kita akan berkawan tak?" Pernah tak sekali bila korang berhubungan dengan pasangan yang korang sukakan, tertanya akan soalan nabel bagi tadi? Kalau pernah, lepas ni jangan tanya. Benda tu boleh bawa kepada fikiran negatif yang mungkin akan berlarutan sehingga bertahun-tahun. Kenapa? Sebab apa tanya soalan macam tu? Jangan sebut 'saja', itu jawapan klise. Cakap je yang sebenarnya kita terfikir nak putus hubungan. Kan senang berterus-terang.

Cuba, jangan sesekali bercakap tentang putus hubungan kerana sekali kita berfikir sesuatu yang negatif perkara itu akan membawa kita terus kepada negatif. Kenapa? pernah belajar math kan? tengok equation ni lah sebagai contoh.
+ dengan + sama dengan +
- dengan + sama dengan -
- dengan - sama dengan -
- dengan - sama dengan +
See, contoh la jika bahagian 1st tu sebagai fikiran dan 2nd tu sebagai hubungan, bila fikiran kita negatif tapi sebenarnya ketika itu hubungan kita positif hasilnya ia tetap akan membawa kepada negatif. Kenaap? sebab nabel dah cakap tadi, kenapa perlu cakap benda tu? Akan punya terjadi.

Lain pula kalau kata, fikiran kita negatif, tapi hubungan pula negatif, tetap juga negatif hasilnya. Tapi kalau kedua-duanya negatif, jangan pula korang main buat dua-dua negatif tanpa sebarang tindakan untuk mempositifkannya. Mungkin bila fikiran kita negatif, tambah pula hubungan yang negatif membawakan kita untuk bawa berbincang dengan pasangan. Bawa bincang tu maknanya apa? positif lah kan? ;)

7 Jangan cakap 'semuanya baik' walaupun sebenarnya ianya tidak
"awak okay?"



* "okay" Padahal dalam hati, hanya Allah yang tahu api kemarahan membara mengalahkan sang matahari membakar badannya sendiri. #amboi ayat.
Memang kita selalu nak menjaga hati si dia walaupun dalam hati kita sebenarnya ada benda kita tak suka dengan dia. Buang sifat itu, kerana sifat itu sebenarnya yang membuatkan diri kita menjadi tidak menentu, sehingga sanggup menyalahkan orang lain. Ada pula sampai yang sanggup melukakan diri hanya kerana kita enggan memberitahu seseuatu yang kita tidak suka dengan dia atau suatu perkara yang dia telah melukakan kita. Hari ni cuba buang sifat tu, terus terang apa yang kamu ingin katakan, kerana setiap masalah ada penyelesaiannya.

8 Jika kamu minta maaf, biarkan ianya benar-benar



Betul lah kan? Kalau nak minta maaf, buatlah dengan ikhlas, dengan betul. Kalau boleh, cubalah minta maaf secara berdepan sehingga mendapat respon daripada si dia. Kalau dia tak mahu memaafkan, cubalah cara lain supaya dia berasa tenang hati macam tinggalkan sekeping nota mengatakan yang kita memohon maaf dengan ikhlas atau sebagainya.

9 Jangan bercakap tentang bekas kekasih. 



"awak kenal tak yang si Nabel tu, ala ex I yang handsome dulu tu. . . "
Ini kalau pasangan sorang lagi dengar, confirm berapi je seluruh badan dia, bukan setakat telinga je, hati, tangan, kepala, badan, kaki, rasa semua benda ringan je. haha Okay, cubalah jangan buat cam ni, baik lelaki atau perempuan sama saja.

10.Jangan bezakan kehidupan yang lalu dan sekarang

11 Ambil perhatian tentang perasaan si dia



Setiap orang memang normal perasaan atau senang nak faham orang kata feeling manusia ni. Kadang-kadang dengan top punya level, kadang rasa muram, kadang tak okay. So masing-masing berilah kerja sama, kalau ada yang mood dia tak ada, cubalah kembalikan mood dia kepada yang baik.

12 Bila anda bergaduh, jangan biarkan hari itu berlalu tanpa menjadikan ianya kembali pulih (hubungan)



Faham tak? Bila kita gaduh, tak kesah la pasal apa pergaduhan tu. Tapi kena pastikan, jangan biarkan ia berlarutan tanpa sebarang penyelesaian. Pastikan semuanya selesai dengan cepat. Katakan hari ni kita gaduh, lepas tu kita terus tidur, malas nak layan. Pastinya perkara itu akan berlarutan panjang, sampai ke esok, lusa, minggu depan. Nanti lama-lama stress. Aiyoyo

13 Jangan cuba menjadi seorang yang sempurna, cubalah menjadi yang terbaik



"Aku nak beli BMW, supaya dia bangga dengan aku"
Cuba berfikir secara matang untuk kebaikan bersama, "kalau aku dapat membeli sebuah kereta memudahkan kita bergerak ke mana sahaja, kalau aku membeli sebuah rumah yang luas sedikit pasti memberi keselesaan tambahan pula anak makin ramai, esok kena beli katil besar pasal badan dia makin besar" ;p





Copy and Paste . Thankyou ! :)

thankie for reading : Tengku Lea

Indah Kan Naik Moto Dok Dalam Raga :)

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
4/8/2012 : 1.33 PM (Sabtu)

Assalamualaikum .

Bukan gambar sebenar :)

Hai *lap habuk* yea yea , saya sihat :) Alhamdulillah :D Jangan tanya banyak kali . Sini saya nak share sikit cerita masa saya kanak kanak hingusan . Pakai seluar tak cukup kain , pakai baju takde lengan . tudung kadang kadang terbang kadang kadang ada . Nama pun budak budak kan . Tido pun bawah ketiak mak . naik moto ngan Sajen pun duk dalam raga . Nasib muat :D Indahnya semua tuu .

Dunia kanak kanak saya best :) Kanak kanak tu tak sangat la . Dalam darjah dua , tiga , empat atau lima mcm tuu . Dulu masa abah saya masih berpangkat koperal dan rumah empat tingkat . hebat tak ? Haha . Keluarga saya memang sporting . Tahu macam mana bakat menyanyi saya boleh timbul ? Macam jea korang nak tahu kan . Hukhuk

First , kemampuan atau bakat saya menyanyi mungkin datang dari makpak saya sendiri . Dulu mak saya ahli koir :) bapak saya suka karoke . Dan saya sebagai anak , dapat bakat tu dari dorang la .yea tak ? Dan adik beradik serta saudara mara saya pun semua boleh menyanyi . Masuk pertandingan sana sini . Menang :) Hee .

Kat rumah saya dulu siap ada set karoke . Speaker besaq nauzubillah . Mikrofon tayah cakap la kan . Berapaa banyak pun tak tahu laa . Rosak satu , buang . Pastu beli lain . Pusing kot situ laa . tapi masa saya kecik dulu takde la nak karok lagu justin bibiaq baby babyy , selena gomez i love you like a love song ke apa ka . Genre muzik saya nyanyi sama dengan abah saya . Muzik 60-an jea semua . Dulu saya kenal sangat dengan Ahmad Jais . A Rahman Hassan , S Jibeng , A Ramlie . Otai tuu . Haha . Karoke lagu zaman tak lahir lagi dengan abah sendiri . Ohsem tu ohsem :)

Lagu lagu hot pulak  yang selalu duk pasang macam lagu Inai D Jari , Che Ainon Janda Muda , Oh Fatimah , Dara Pujaan . Memang banyak la . Nak list satu satu bukan qeja saya la gamaknya . Heh . Dah bergiat aktif karoke dengan abah , saya masuk plak pertandingan koir masa sekolah rendah  . Masa tadika dulu masuk nasyid . Kalau masuk mengaji kan lebih baik . Huk ==' Sekolah menengah pun masuk koir tapi bukan pertandingan . Hanya persembahan biasa :) Saja syiok syiok . Tu pun sekali dua jea . Maklumlah , dah remaja . Segan nak nyanyi depan orang ramai . Pastu saya bergiat aktif plak karok kat landmark since form3 kot . Setiap bulan mesti jejak sana la . Lepas gian . Acano suara tak sedap ? Haha .

Tapi dalam teruk teruk saya asek berkaitan dengan nyanyi jea , ada jugak la pertandingan yang berkaitan dengan agama sikit saya masuk sejak tadika . Pertandingan yang saya suka sangat masuk adalah pertandingan tulisan jawi . Bukan nak berlagak tapi saya memang pro habes la tulisan jawi neh . Dari tadika sampai sekolah menengah mesti menang punya tulisan jawi . Hoho *maluuuu* Kadang kadang segan jugak naik pentas masa sekolah menengah sebab menang pertandingan tulisan jawi . tapi jujur saya kata , tak ramai pelajar sekarang yang dapat tulis tulisan jawi dengan baik . *tumpang sedih* . Belajar la . unik tulisan jawi neh :)

p palang s : Orang kata , kita hidup neh kena banyak belajar sesuatu yang baruu . Tapi saya tak suka . Hehe . Bye .
thankie for reading : Tengku Lea

hye August ! Muet Lebih Susah Dari Pengajian AM ^^v

Posted by AQMAL IYLIA 0 comments
1/8/2012 : 4.58 PM (Rabu)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara .

Hye August . Pelase be nice all the time yaww ! :)

Hye rakyat jelata . Sihat dop ? Okay okay , saya sihat . alhamdulillah . berat saya dah turun 1 kg . puih ! :DD fakta tak saheh saja semua tuu . Takde beza punn . taktau la kalau orang lain nampak perbezaan . Wink wink *angkat kening kanan* tapi saya rasa macam sama jaa . takde beza *turun kening* hmm . Lupakan , bukan niat saya berpuasa untuk menguruskan badan . Kalau kau nak kurus kurus tayah tunggu bulan puasa baru nak kurus . Pergi berlari satu malaysia . jangan kata kurus , kiok terus saya rasa :D

Betulkan niat yea adik adik . Niat puasa plak jangan lupa yea . Kau tak niat puasa , sama jea macam kau tak puasa . jangan ingat orang pergi beli nasi kandaq tiap tiap petang bermakna org tuu tidak puasa . Tiba tiba* Saya bukan apa . Kerja saya tiap tiap petang pergi beli nasi kandaq bungkuih untuk adek besaq dan abg besaq . Untuk berbuka . Bukan sebab ceng puasa . Tapi boleh jea ada muka toyaa gelak gelak , senyum senyum sinis mulut herot petot tanda perli . Grr . Nak tengok seseorang tu puasa atau tak , tengok kening dye la !

Korang jangan pegi usha betul betul pulak kening orang . Saya memain jea kot . Why so serious ? :D Oh yea , saya ada test harini . 3 paper dalam masa satu hari . Satu paper sejam . Actually ada empat paper harini . tapi satu subject lagi saya tak ambik . So empat tolak satu sama dengan tiga ! ^^v alhamdulillah semua pernah pergi tadika . So subject untuk paper saya harini cuma la pengajian am , muet , dan bahasa melayu . And guess what ? muet lagi susah dari pengajian am . Haha . Naik juling baca text that given to us ==' aiyyoo ! panjang lebar awok . Soalan pengajian am pulak , cikgu kata kalau kamu tengok jawapan dekat buku , terang terang jawapan kamu salah sebab soalan yang diberi berkaitan dengan KBKK . tapiiii , saya tak rasa macam KBKK pun cikguu ? err =='

entahlah . cikgu kata jangan ambil pusing sangat dengan test yang cikgu bagi neh . Hanya untuk lihat tahap students saja . Kalau kau gagal pun takpe . Kita perbaiki sebelum bulan sebelas . The real one . Hoho . Masa dah tak banyak . Tapi jangan terlalu gelabah . APTB nantii . Santai la jugak jawab paper paper alah tadi ditemani dengan sakit perut . haih . Entah kenapa . Asek sakit perut jea qeja . Kepala pun mula la lentok atas meja berkali kali sebab nak tahan sakit . meluat nya ! ada rama rama ka dalam perut i neh ? :(

Hm , yang lepas biarkan berlalu . Ready untuk paper esok plak . Ready ke ? Dari balik kelas tadi sampai sekarang asek mengadap fesbuk and twitter jea . Kalau la dalam exam ada subject twitter , confirm 4.0 ohkayy . And makpak mesti bangga . *translate* . Bagi saya kalau ada subject fesbuk lagi makpak saya bangga kot . Saya like sana , share sini , tag sana , post sini . and last buh relationship .Setaii ! :D

p palang s : no matter what happen , i will always loveyou boy . *muntah sebakul* bye .
thankie for reading : Tengku Lea

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |