Salam Aidilfitri :)

Posted by AQMAL IYLIA
15/8/2012 : 3.34PM(Rabu)

Assalamaualikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara . Salam Ramadhan Salam Aidilfitri :)

Zaman kanak kanak punya gambar . Saja wapelodd ! :)

Hye . Bertemu lagi . Hehe . Lama kan tak upate blog ? mintak maaf la . Sayaa basuh otak seminggu dua neh . Seminggu dua neh jugak otak saya tak berapa betul , so oleh itu saya elakkan agar mengupdate blog . Saya taknak lagi blog saya dicemari dengan perasaan yang bercampur baur . Tak manis dah orang tengok . Disebabkan dah berhari saya tak update blog , follower pun jadi kurang sebijik dua . kuikui ! :D

takpela , takde rezeki nak dapat follower ramai ramai . Kalau ada follower banyak pun , yang view tu 20 peratus jea . FAKTA ^^ Melainkan kalau kau blogger yang hots , meletups , debomms memang kau punya view lebih banyak dari follower la kan :) hehe . Macam blog cik Epal . Blog tu jea yang saya asek layan pun . Yang lain , time free saya layan macam blog MariaElena , FatinLiyana , CikYuyu and etc :) Jujur kan ? :D Neh kejujuran , bukan nak kejar hots .

Sebab bagi saya blog saya tak hots pun . Isi pun tak banyak . Hanya cerita what happen and bla bla saja :) tapi takpa , yang penting enjoy . Sepanjang saya tak update blog neh , banyak benda yang berlaku . makin lama makin tabah saya : Insyaallah . Sepanjang saya menghilang , saya tengah berjinak jinak menghasilkan sebuah novel yang belum mempunyai tajuk . Dan alhamdulillah , bab pertama bagi novel tu telah siap sepenuhnya . Cuma sekarang neh saya cuma perlukan penilai yang profesional untuk menilai bab pertama saya tu :) Hehe . Orang terdekat dan profesional yang layak untuk menilai novel saya tatkala ini ialah cik DyaDila , penulis novel Doktor Cinta .

Apa yang perlu saya buat sekarang ini adalah membuat temujanji dengan beliau . Haha . Malangnya saya segan . Maklumlah , saya neh newbie lagi . Hoho ==' Saya hanya tahu membaca novel tapi bakat menulis belum tentu ada . Yea dak ? :) eh , sabo jea la kann . Hehe . Dah sampai masa nanti , saya akan make sure beliau menilai jugak novel sekerat saya tu . Haha . Korang try layan novel Doktor Cinta tuu . Gempak kot . For me laa ^^ Okay done . jauh menyimpang dah neh haa .

Hm , raya dah nak dekat dah kan . Tak lama jea lagi . pejam celik pejam celik :) Ramadhan pun dah nak melabuhkan tirai . Cepatnyaaaa masa berlalu . Rasa ramadhan tahun neh setel cepat sangat . Mungkin sebab saya dah besar . Dah matang . Kalau dulu time puasa , balik sekolah jea lapa . Balik sekolah jea lapa . Asal lapa jea balik sekolah . Lepastu buka puasa . Sebab tu la kot rasa lambat jea masa berlalu . Alhamdulillah puasa kali neh tak banyak ragam . Tak gaduh dahaga teruk sangat sampai seru nak buka puasa . Adik adik pun penuh jea puasa setakat neh . Alhamdulillah :) keluarga neh dah makin matang ^^

Makin matang keluarga neh , makin meningkat la perbelanjaan untuk raya . Haha . Saya saja dah habis beratus . Tu pun ada lagi tak beli . Astagfirullah . Macam mana nak berjimat . Ish ==' Saya akan pastikan esok barang barang raya saya setel . Takmoo laie dah pk . Raya pun dah nak dekat . Esok keluar shopping kejap dengan membe membe . Buka puasa pun kat luar . Ketua mau belanja doh :D Rezeki tak baik ditolak . Yang masih memeningkan kepala adalah , dimanakah lokasi saya beraya untuk tahun neh ? di kampung Puan ka atau kampung Sajen atau dirumah sendiri ? hmmmm .

Tak pernah kami sekeluarga menjadi seblur neh memikirkan lokasi beraya kami . Hee . Kalau nak senang sangat ,, raya jea kat rumah atok . Senang . Adik beradik pun bersepah kat sana . Meriah pun meriah . Pagi pagi sahaja , suara ayam dengan suara penghuni rumah sama naik dari pukul 4 pagi . Hebat tak hebat suasana kampung ? Lepastu berebut bilik ayaq pula . Lepastu berebut kereta dengan moto plak nak p sembahnyang raya . Dah balik sembahyang raya pulak , berebut nak salam Puan dan Sajen . Ada udang di sebalik mee . Tengah syiok salam , Sajen la yang selalunya keluarkan sampul yang berisi duit . Hoyeah !

p palang s : tak sabar sangat sangat nak sambut Aidlifitri dan tak sanggup jugak nak biarkan Ramadhan pergi . Insyaallah ramadhan , tahun depan kita jumpa lagi :) Salam Aidilfitri semua . Chow . Assalamualaikum :)


thankie for reading : Tengku Lea

0 comments:

Post a Comment

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |