Beza nya cuma saya tak sambut raya di Kedah . tahun neh saya jadi cucu perantau dengan beraya di Johor :) Semua neh tanpa dirancang . Mula mula , Sajen Wahab nak pergi beraya kat sana seorang diri . lepastu bila dipikirkan bertahun sudah kami satu famili tak balik raya kat sana , kami ambil keputusan balik sana beraya . Dan alhamdulillah sebulat suara setuju balik sana tapi dengan syarat petang raya pertama , balik Kedah semula . Sajen pun okay jea :)
So , Jumaat malam lepas berbuka , kami gerak balik sana . Slow and steady . Bawa qeta pun santai santai jea . Nasib baik jalan pun okay jea . Tak jem . Allah permudahkan urusan kami anak beranak . Hoho . Berapa kali entah kami berhenti kat RnR . Qeja kami makan and buang apa yang patut . Itu jea . Haha . Part makan tu jea la yang banyak . Then , setelah berjam jam dan jam pun hampir menunjukkan dua pagi , kami sampai di Seremban negeri pakwe pertama . Haha . Check in sebab driver dah ngantok katanya . Takleh go dah . Itulah , saya nak drive tapi Puan Zailina tak bagi . Katanya kalau saya bawak kang , saya melekat kat divider jea . Perli tauu ! ;p
Okay , kami check in kat hotel Grand apa tah . Pukul doblas tengahari check out . Hotel tu kat RnR . Okay la jugak hotel tu . Biliknya yang sedang sedang saja . Masuk jea bilik , kami adik beradik jadi jakun . Belek belek katil . Cantumkan katil , layan tv , main laptop then cukup time tdo . Haha . Dah nak balik plak , Neh la qeja kami . Masing masing muka semangat nak teruskan perjalanan ke Johorrrrrrr ;p Johor , here Tengku coming . kuikuii .
Okay , gambar saya jea banyak . Adik adik pun bebai . Haha . Saya gila camera . Tolong faham semua tuu . grr :D Tera masih muda neh la , layak nak gila camera pun . Dah tua pakai tongkat kang , takkan nak gila camera lagi kan . Dah tua kang , photographer suh say cheseee , kita pun chesee sambil keluarkan gigi dua batang . Jatuh saham la :D
Finally , kami semua sampai di :
Dalam tengahari kami sampai . Dah sampai Kampung Sepinang , sayu jea tengok atok kiah terbaring atas katil . Dan tua atok aku . Jalan pun pakai tongkat . Dulu , saya datang takde pun tongkat . Nampak sangat dah lama saya tak balik . Time tu rasa berdosa sikit . Hm ==' Atok Kiah pun macam nak nanges jea . Beliau terkejut . beliau pun tak sangka famili kami akan balik beraya kat sana sebab kami tak pernah beraya kat Johor . Dengar suara beliau serak serak . Sajen hanya senyum jea dari belakang :)
Rumah atok pun tak terurus . Yang jaga atok kiah kat sana cuma pakcik Ami . Umur pakcik Ami pun dah 40 tahun . Tak kawen kawen lagi . Tak sempat nak kawen sebab jaga atok kiah . Dah sampai then salam salam apa semua . Beliau cerita yang beliau pernah buat saya terhempap buai masa kecik kecik dulu . Tak sangka ingatan beliau masih kuat . Sebab terhempap buai tu la kot , saya jadi tak berapa betul sekarang neh bila dah besaq . Haha .
Dan hari yang dinanti telah tiba . 19 haribulan bersamaan hari Ahad , semua umat islam sambut hari lebaran . Begitu juga kami sebagai perantauu . guys , selamat hari raya dari saya dan keluarga ^^
Segala salah silap harap dimaafkan . Sekarang saya sudah berada di Kedah . Jemput jemput la singgah rumah . bawak kuih dan air sendiri okay . semua dijemput hadir . hee .
p palang s : okayy , chow ! Assalamualaikum .
0 comments:
Post a Comment