Number One For Me ^-^

Posted by AQMAL IYLIA
12/5/2012 : 8.11 PM (Sabtu)

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger . Salam Khidmat Negara .

Hyee semuaa . Harini wa agak blurr . Sedikit blur sebab wa tak ingat bila Hari Ibu . Haha . Sebab bagi wa setiap hari adalah hari ibu . Nampak macam anak mithali tak wa ? :DD Maunya wa tak blur . Budak2 fesbuk dah mula update status hari ibu . Wa pun gelabah la . Wa pun taknak ketinggalan ucap Hari Ibu kat SuperMother wa yang ohsem gitewww . Hukk ^-^


Ohsem ke ? Sumpah ohsem . Wa rasa mak wa jea yang sporting habis . Kalau wa buat salah , beliau tegur . Agak-2 wa takleh terima teguran beliau jea , mula la wa buat muncung panjang sedepa . Pastu buat-2 mogok makan . Pastu gaduh lapaq . Entah apa-2 . Apa yang buruk beno la perangai wa pun wa taktau . Okay , lupakan perangai wa yang *cantik* sangat tu . Haha . Okay , disebabkan esok Hari Ibu , wa pun nak story sikit pasal mak wa . Walaupun wa rasa ramai dah tahu mcm mana perangai mak wa . First wa boleh cakap kat lu , perangai mak wa sama ngan wa . happy go lucky sikit , tabah sikit , cute sikit . Dan yang penting ketinggian kami berdua adalah sama . Well guys , like mother like daughter .

Ada jugak yang cakap muka wa mcm mak wa . Maybe la . Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ^-^ Beliau juga seorang yang gengster . Kami anak beranak boleh sembang ngan beliau mcm sembang ngan membe-2 . Tapi , tengok keadaan jugak la . Jangan time dye moody , kau nak main tepuk tampaq mcm kau main ngan kawan-2 . Sekali kena lempang kang , balik Johor nanti ;DD Jujur dari hati , wa tersangat la rapat dengan mak wa . Anything wa cerita kat mak wa . Between us , takde langsung rahsia . Dengan beliau la , wa merajuk , dengan beliau la wa kena marah , dengan beliau la beliau cerita apa yang beliau tak puas hati and so on .

Wa akan cerita kat beliau kalau wa had any problem . Kadang-2 sampai teresak esak wa teriak depan muka beliau . Time tu wa tak kisah pun kalau muka wa buruk entah apa-2 tu . Tak kisah la masalah dengan cikgu ka , dengan membe ka , dengan bekas-2 pakwe ka . Dan beliau sedia ada dengan wa bila wa perlukan beliau . Wa rasa hidup wa mcm tak lengkap kalau takde beliau . Time wa tekanan perasaan teruk dulu yang ala-2 histeria tak hengatt  , beliau la yang tenangkan wa yang dah separuh gila time tu . Itulah gunanya Ibu dalam hidup kita . Hormat dan terima beliau seadanya walau teruk dan baik mana pun dia :')

Beliau la yang tempat wa call tiap-2 hari sepanjang lima hari wa kat PLKN Rimba Taqwa . Sampai beliau naik boring nak angkat phone . Tak habis-2 wa kol . Hampir setiap jam . Haha . Wa pun gedik sangat . Dulu depan mata taknak kol kaww-2 punya . Dah jauh tu , mula tehegeh hegeh kol . Kesian beliau terkejar kejar angkat telepon . Nasib tak terpeleot :DD Apa-2pun wa salute mak wa . Beliau boleh buat banyak kerja dalam satu masa . Beliau boleh jaga 14 orang anak dalam satu masa . 4 anak kandung , 5 anak yang beliau mengasuh dari kecik-2 tapak tangan sampai sebesaq besaq Domo yang wa dapat tu dan 5 ekoq anak kucing . Mak lu mampu ? :DD Walaupun beliau rajin beletiaq , tapi tangan tetap jalan buat kerja . Kau boleh ?

Last but not least , To my mum Puan Zailina Redzwan yang really really really ohsem , gojes , ketot , rajin , cute , caring and sweet : I really loveyou mum . You really important for me . Tengs kerana membesarkan yaa sepanjang hampir 18 tahun neh . Betul kata orang , menjaga anak perempuan neh lebih susah kan ? Haha . Terima kasih sebab bersusah dan berpayah serta bersenang dengan yaa nah . Haih . Taktau cena nak habaq lagi dah . Mak memang penting la untuk yaa ! Boleh tera tu ? Saya , Aqmal Iylia , Aqmal Hakimi , Aqmal Haikal dan Aqmal Danial serta Sajen Abd Wahab akan sentiasa menghargai anda sepanjang hidup . Insyaallah ^-^

Kepada Puan Norlida bt Ahmad , Selamat Hari Ibu from me and your son , Ully . Hehee .

p/s : Aku tidak berharap untuk menjadi orang yang terpenting dalam hidupmu kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar bagiku . Aku hanya berharap suatu saat nanti jika kau melihatku , Kau akan tersenyum dan berkata ,

"Dialah orang yang selalu menyayangiku ^-^
thankie for reading : Tengku Lea

0 comments:

Post a Comment

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |