Perangai Entah Apa Apa Perempuan yang Lelaki Perlu Faham

Posted by AQMAL IYLIA
12/4/2013 : 7.30 PM (Jumaat) 89 hari lagi sebelum Ramadhan datang #kalau tak silap la#

Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Ukhuwah Fillah.


Salam maghrib semua .
Im on my way nak siapkan laporan untuk subjek BM sebenarnya . tapi sambil menyelam kita minum air . saja search "perangai wanita and bla bla" . then terjumpa la satu post neh . saya pasti la post neh diupdate oleh seorang kaum adam yang mencintai kaum hawa . tentulah adam cintakan hawa . masakan adam cintakan kaum adam nya sendiri ? :DD kannnn ?

my first expression bila baca blog neh saya terkejut , saya tergelak . sebab bila saya baca , saya quit terasa dengan apa yang dia sampaikan kerana mmg kena sebijik sebijik la buat kaum hawa seperti saya neh . dia ada selitkan dalam entry dia tuu "kalau dalam 20 nie takde perangai korang perempuan  , kau kena check balik betul atau tak kau neh perempuan" .

1) perempuan akan merajuk anytime anywhere anyreason sesuka hati dia .
2) terlalu sensitif dengan benda benda kecik yang kau rasa macam "eh , takkan pasal neh pun nak merajuk ?" aah , dia merajuk pasal benda tu ! 
3) bila dia perempuan suka something dia nak beli tapi teragak agak , the boyfie kena sokong suruh dia beli . sebab dia akan main acah acah nak beli ke taknak and bla bla . 
4) menangkan jea kalau time bertekak tu . later dia akan reflect dan minta maaf . 
5) perempuan suka suprise . bunyi cliche tapi mmg perempuan suka suprise walaupun dia kata dia tak suka . 
6) akan dengar cakap boyfie kalau boyfie dia tegas . contoh "sudah , iylia!" #ehh
7) mudah rasa tersentuh dengan keprihatinan lelaki . even by doing some simple things , you can surely win her heart . 
8) dia nak kau msg dia dulu . dia nak kau cari dia dulu dan bukannya dia mulakan . 
9) effort . dia nak tengok effort kau untuk bersama dia . 
10) perempuan akan tertipu dengan mulut manis lelaki . like seriously . 
11) acting tough tapi lembut . hati tisu , hati kapas . semua yang lembut lembut la . 
12) manja . kasar mana , ganas mana , gengster mana pun awek kau , akan terselit perangai manja dalam diri . #aku punya manja kau saja boleh rasa
13) alert dengan setiap perubahan yang melibatkan org yang dia sayang . 
14) tak suka bila DIABAIKAN . tak suka bila bbm , whatsapp , msg tak dibalas or balas lambat .
15) pandai berlakon . cuba untuk tak tunjukkan apa yang ada dalam hati walaupun sebenarnya dia tengah menanggung kesakitan . 
16) apa yang dia tak luahkan secara direct , cuba kau cari dekat blog , status facebook or twitter .confirm ada . so nampak macam kau concern la jugak . #just like what im doing right now . 
17) BF di kena jadi BF kuasa dua . BoyFriend dan BestFriend . 
18) ego . ego lelaki mmg tinggi pun . tapi ego perempuan neh kau layankan jea . sebab dia saja jea bajet macam ego padahal tak pun . #yang dia ada cuma moto ego S
19) suka bila org ambil berat pasal dia . ingat tarikh birthday , wish goodluk for exam bla bla .
20) buat la apa pun . cakap la apa pun . in the end dia akan buat sukahati dia jugak . 

so , itu pendapat seorang lelaki terhadap seorang perempuan . dan pesanan untuk lelaki kepada lelaki tentang seorang perempuan . pheww ! nice job brader ! haha . nampak sangat kau telaah betul betul pasal perempuan . feel sorry kepada kaum adam sebab terpaksa melayan kelaku perempuan neh . tapi tulah perempuan . susah nak ubah :)

feel sorry buat AA sayang jugak sebab beliau mesti tension layan perangai eton dia . haha . entah apa apa eton neh . tiap tiap hari nak merajuk . siang okay jea , mai tengahari sikit dia nak merajuk . malam okay jea , mai pagi sikit dye nak merajuk balik . tapi rasanya AA faham yang eton perlukan perhatian dari dia . I hope so :/ AA busy sangat . kadang2 malam baru free tu pun bukan betul2 free . mai bila dia mengadap game , paiee laa . makan hati jawabnya . mai dye keluaq lepak plak , balas msg lambat pulak . merajuk la makan dia :D takdela eton tu mengharap nak msg 24 jam . tapi bayangkan kalau dalam 24 jam tu , tak sampai 12 jam jea pun boleh msg nye ha . cuma haritu masa beliau g kl jea dapat betul betul spend time , msg all the time and bla bla .

kadang kadang ada jugak si eton neh terpikir taknak msg langsung dengan AA . msg bila ada hal yg betul betul penting dan call setiap malam sebelum tdo dalam 5-10 minit . tu jea . tapi entah . rasanya mcm tak boleh . kang kehilangan AA secara perlahan lahan plak . sebab buat remaja mcm saya neh ha , kalau buat mcm tu kang pasangan jadi boring and lonelyy , im so lonelyy i have nobody , nobody have i . kang mula cari lain walaupun hakikat sebenarnya pasangan kita tak seteruk dan selemah serta semudah tuu untuk cari yang lain >.< letakkan kepercayaan sama tinggi dengan kasih sayang . maka takkan wujudlah ragu ragu dan bisikan syaitan yang cuba nak memburuk burukkan org sekeliling kita .

I do trust AA . so much . Takde benda pun yang boleh buat saya risau kalau beliau nak cari awek lain . kalau betul sekalipun , dia nak cari awek lain , i will let him go :) kalau betul jodoh saya dengan beliau , beliau bercinta dengan seribu perempuan sekalipun , seribu perempuan tu tak mungkin akan dapat beliau :) selagi saya belum menjadi yang halal buat sape sape , saya akn redha kalau saya terpaksa lepaskan seseorang walaupun saya akan mengalami masalah jiwa kerana terlalu sedih :DD kalau dah jadi yang halal , sorry , im not going to lepaskan :) please find someone else ye .

okay . blog dah update . sambung buat laporan balik . see yaa ^^






thankie for reading : Tengku Lea

0 comments:

Post a Comment

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |