kerana aku yakin apa yang digenggam Mu .
keharuman setanggi syurga .
bukan kilauan sebilah belati .
terseksa jiwa merindu .
bagai terkurung dibasah tengkujuh .
kewangian aroma bunga .
tak mengugat keteguhan iman .
cinta tak pernah terbunggar dan terlebur .
pada redup renung mata yang menipu .
tuntas ku mendaki ,
puncak cinta teragung .
izinkan aku melafazkan kata .
bicara hati yang mudah di terjemah .
betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung .
kerana awan itu rapuh .
yang membawa ke syurga hakiki .
yang abadi .
dendam tak marak menyala dan membakar .
oleh putih salju yang berguguran .
kerana dosa itu lebih hitam dan kelam .
aku anyam rindu menjadi hamparan .
kerana aku pasti adanya pertemuan .
disana nanti bukti cinta suci dilafazkan .
tak bertemu pengucapan .
by : In Team :)
0 comments:
Post a Comment