BARU KAU TAHU ERTI KASIH SAYANG YG SEBENAR kan ?

Posted by AQMAL IYLIA
29/10/2011 : 9.27 AM (sabtu)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .


gambar neh sekadar hiasan yea . neh salah satu gambar yang menunjukkan kasih sayang diantara membe-2 yea . mereka neh membe dan bukannya couple . tangan yang buat bentuk love tu tangan sape entah . tengku pun dah lupa . gambar neh masa tengku dengan kengkawan buat photoshoot bersama abg Zack Ash dan abg Iem :) terima kasih la buat abg berdua . teheee .

okay guys , harini tengku akan buat sambungan entry semalam yang tak panjang dan tak pendek tu . satgi ada la tu follower yang korek balik entry tengku yang semalam letewwww . HAHA . kau ingat tengku tak tahu . tengku neh tak habeh-2 buat entry berbaur cinta . geli makkk . meh tengku kongsikan dengan hampa . make sure time kau baca neh , kau duduk diam sambil tongkat dagu untuk lebih feeling okay .

# kasih sayang dan cinta ada dimana mana , sejak dulu kini dan selamanya #ayat nak gud-2 jea# kita makhluk yang bernama manusia ini memang diciptakan , memang dilahirkan atas dasar cinta . kita membesar dengan penuh belaian kasih sayang orang-2 tercinta . bila sudah dewasa , kita telah belajar tentang kasih sayang dan cinta juga . tentang betapa besar dan dan betapa luasnya pengertian kasih sayang dan cinta itu sendiri . kita mungkin tidak mampu mentafsir keseluruhan kasih sayang dan cinta tu sampai bila-2 pun kerana ia terlalu besar maknanya .

ada waktu-2nya , kasih sayang dan cinta itu , memang sukar untuk dimengerti . kasih sayang dan cinta tu ada dalam diri setiap daripada kita . gengster mana pun kau siap boleh belasah -2 orang , gigit orang , tumbuk org sana sini , akan wujud jugak kasih sayang dan cinta dalam diri kau walaupun sekecil kuman kau tahu namun kadang-2 kita biarkan saja ia begitu . kadang kala kita langsung tak menghargainya . ada waktu pula kita bingung kerananya . malah , tak kurang ada yang menganggap kasih sayang dan cinta tu tak berharga .

di atas kasih sayang dan cinta lahirlah bahagia yang berpanjangan . ada yang mengatakan kerana kasih sayang dan cinta jugalah yang melahirkan derita . bagaimanapun sebenarnya kasih sayang dan cinta itu adalah suci . jika ada diantara kita yang merasakan ia nya adalah derita , fikirlah sekali atau berkali kali . renungkan sejauh ke dasar hati dan muhasabahlah diri . apapun keburukan dan kekurangan itu , adalah sesuatu yang menjadi milik kita sebagai makhluk yang tidak perfect .

bahagia itu satu anugerah dan dugaan . seperti derit , ia juga diberikan kepada kita kerana sebab-2 tertentu . mahu beri kita petunjuk agar lebih insaf . mahu kita berfikir bahawa kehidupan di dunia ini bukan semata mata mengecap kebahagiaan sepanjang masa secara percuma . mahu kita buka mata dan minda bahawa siapalh kita ini tanpa kasih sayang dan cinta Pencinpta yang Maha Agung itu#

okayy done . ada yang geli tekak takpun mata juling lepas baca semua neh . kot ada-2 yang juling mata gara-2 mebaca entry tengku yang banyak #kasih sayang# dan #cinta# neh , minta maaf la kan :) tengku sengaja :DD

p/s : have a nice day guys . wassalam :)
thankie for reading : Tengku Lea

0 comments:

Post a Comment

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |