proud to be utarean ! jyeah ;)

Posted by AQMAL IYLIA
9/10/2011 : 12.48 A.M (ahad)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .


gempak tahu tajuk entry tengku . kau ada ? takde buat macam takde okay :D harini takde apa sangat pun yang tengku nak sharekan . as we know , setiap negeri kat malaysia neh ada cara tersindiri loghat mereka kan . kalau kelantan , ada cara sendiri , kalau terengganu juga ada cara depa sendiri , perak pun ada cara sendiri juga . and KEDAH pun ada bahasa serta loghat dye sendiri . oh , tengku asal dari utara iaitu negeri KEDAH . bangga bak anggg . so , kat sini tengku nak share la sikit loghat utara terutama loghat kedah neh kat hampa . cer try kalau larat ;DD

qhe-ngau = cakar
seqheyat = reda/surut
hambat = kejar
contiang = conteng
ligan = kejar
cemuih = bosan
tokak = gigit
gerek = basikal
gon = cerun bukit
belemoih = kotor/comot
tetemoih = jatuh/tersungkur
kutey = cubit
tak dan = tak sempat
hebiaq = celupar
lencun = basah
lokoih = basah kuyup
kawaq = pencuri
ketegaq = degil
herot petot = senget benget
meqela = gatai
loqlaq = cuai
hawin = pusing
punggai = baling/lempar
ayaq acaq = air longkang
hemoi = muka tak malu
dak aih = mana ada .
celuih = muat
meqelip meqelap = berkilau kilau
capoi = celupar
terebey = lastik
qhenjong = tinggi lampai
peghongoih = panas baran
melewaq = keluar
melahaq = kebulur
rabat = naik/panjat
qhimbok = tumbuk
melilau = berjalan-jalan
ceroi = cair
tepeliot = terseliuh
gomoi = bergaduh/bergusti
nala = tersangat besar
pengkaq = kaki tempang
qhalet = cuai
katok = pukul
pedai ayam = kunci mangga
seriau = takut-2
gostan= reverse
sat = sekejap

ada yang tegeliat lidah gara-2 susah nak sebut dan tak tahu cara nak menyebut ? rajin-2kan la bercouple ngan orang kedah . HAHA . act , ada banyak lagi yang tengku nak tambahkan kat atas tu tapi mcm banyak sangat , tak larat plak tengku nak menaip . nanti hampa belajaq sendiri nah :) fun kot kalau belajaq loghat negeri lain . kadang-2 tu lawak pun ada sebab perkataan tu macam pelik . teheee . next time tengku buat loghat negeri lain pula . insyaallah .

kalau mana-2 yang tengku sharekan kat atas tu ada yang salah , maafkan tengku sebab tengku jarang sangat nak guna perkataan piangg kedah neh . selalu guna yang biasa-2 jea . kat rumah tengku hanya menggunakan kedah biasa sahaja dengan ada slang johor sikit . sebab SAJEN WAHAB asal johor . dan PUAN ZAILINA asal kedah . so , tengku dan adik beradik adalah campuran KEDAH+JOHOR ;) teheee .

p/s : okay la , sampai sini jea kot entry tengku . insyaallah akan ada entry tengku yang kedua buat harini ;) nantikan . HAHA . wassalam .
thankie for reading : Tengku Lea

2 comments:

Dinie said...

suka nye (:

AQMAL IYLIA said...

hahaa . terima kasih dinie syg ;) hehee

Post a Comment

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |