lawak 3 minit setengah : kutipan dari fesbuk ;)

Posted by AQMAL IYLIA
8/10/2011 : 8.32 P.M (sabtu)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia . salam 1Blogger .

tengku tulis balik apa yang tengku baca tu eh . disitu dye ada tulis hanya 3 minit diperlukan untuk umat islam membaca apa yang bakal ditulis neh . tapi memandangkan mukadimah tengku neh maka masa akan ditambah sebanyak seminit dua . maafkan tengku . HAHA .. okay . tengku tak tahu la sama ada tengku yang kuno sebab baru sekarang tengku baca semua tu kat fesbuk . tapi tengku nak share jugak . nak jugak , nak jugak :DD baca tau . neh second entry neh .

#mungkin ada yang pernah baca kisah neh tapi tak salah untuk diingatkan sekali lagi . Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang#

suatu hari ketika sembahyang Jumaat yang dihadiri lebih kurang seribu orang jemaah , tiba-2 masuk dua org lelaki yang menutupi seluruhnya dengan berpakaian hitam . tak nampak apa cuma sepasang mata dan mesin gun . lalu salah seorang lelaki tu bertempik " siapa yang sanggup mati kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu "

selepas mendengar arahan lelaki itu , maka segeralah bertempiaran jemaah-2 itu lari untuk menyelamatkan diri . daripada jumlah jemaah yg seribu tadi , hanya lebih kurang 20 orang shja yg masih berdiri di tempat masing-2 termasuk pak imam tu . lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya dan melihat kearah Pak Imam smbil berkata "OK Pak Imam , saya dah halau semua yang HIPOKRIT , sekarang boleh la pak imam mulakan sembahyang Jumaat " .. lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah .

macam mana ? lawak kan ? lawak kot . terhibur tu terhibur jugak tapi cuba fikir balik ..

lawak kan , dari seribu yang mengaku dye islam , hanya 20 yang betul-2 beriman kepada ALLAH # lawakkan berapa banyak manusia yang lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya . kedua lelaki hanya membawa mesin gun , dia tak kata pun nak bunuh tapi generasi sekarang amat lemah . baru kena ugut terus lari lintang pukang . lupakah yang dye tak sembahyang jumaat lagi ? #

lawak , ada yang agamanya cuma seminggu sahaja , tu pun bila time sembahyang jumaat . tunjuk muka kat orang kampung sinun . ada tu lagi dasyat . dua tahun sekali jea nampak kat masjid iaitu time raya aidilfitri ngan raya aidiladha #

lawakkan , ramai orang yg percaya kepada gosip yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang dicatit dalam al Quran #

lawakkan , kita boleh bersembang dengan boyfie/girlfie (ayat remaja macam tengku) berejam jam tapi nak berdoa kepada ALLAH , tak cukup masa , kadang-2 tu berdoa time dalam kesusahan takpun bila dah putus cinta #

dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat bila nak berkongsi dan menghantar artikel-2 yang berunsur agama lawak kan ? kenapa ? gelak tu kan realiti  #

tapii , yang paling lawak sekali , berapa orang yang lepas baca nie akan sampaikan kepada orang lain . berapa orang yang akan buka thread untuk luangkan masa untuk membaca ? berapa banyak ? wallualam .

p/s : okay guys , benda di atas neh apa yang tengku ambil dari fesbuk so sama-2 kita ambil iktibar yang mana patut , yang mana berguna dan sebagainya . siapa yang makan cili terasa pedasnya *tetiba* . HAHA . assalamualaikum ;)



lawakkan ,
thankie for reading : Tengku Lea

0 comments:

Post a Comment

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |