UNGKAPAN CINTA dari seorang membe fesbuk buat tengku ? ^-^

Posted by AQMAL IYLIA
28/10/2011 : 1.46 PM (jumaat)

assalamualaikum warahmtaullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .

comel kan minah neh ? ngan spek besaq bagaii . cer kau usha tajuk tengku ? hot okayy . HAHA . ada ke yg nak bagi ucapan cinta kat tengku neh haa . kau ingat tengku neh retis ka ada owg nak bagi ayat-2 cinta neh . tak mungkin la kan . tengku terbaca benda neh so tengku nak share kan but yg penting dye tak tujukan untuk tengku . gila kau ? hahaa :DD

#cinta yg hakiki ialah cinta oleh akal dan hati . tanpa melihat atau berjumpa , ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yg bersatu adalah hati . bukannnya fizikal dan disatukan oleh tali ALLAH dan bukannya oleh NAFSU dan kepentingan diri sendiri . kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal . begitu juga dengan cinta , ia adalah kuasa tapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan . sebagaimana juga jasad memerlukan makanan begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta .

ALLAH menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan , membahagiakan dan mententeramkan jiwa  manusia . tetapi cinta sekarang banyak meruntuhkan erti kemanusiaan tu sendiri . bukannya menyelamatkan tapi merosakkan . hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptanya tercapai . cintailah sesiapa pun , asalkan cinta itu dapat memberi lorong yg sebaik baiknya untuk terus mencintai ALLAH . cinta itu harus dibina atas dasar cinta kepada ALLAH . sebagai bukti , dia akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada ALLAH melebihi kehendak kecintaan kita kepada orang lain .

cinta harus tumbuh atas dasar tapak yg murni yang selalunya didorong oleh faktor agama , akhlak , kewibawaan , dan keperibadiaan yg baik . dorongan dan ransangan yg menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-2 luahan yg indah , namun body language sudah cukup untuk membuktikan betapa dalamnya cinta tu .

kebiasaannya , cinta yang suci akan membawa kepada gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan . bahkan jika diizinkan ALLAH , ia akan bersambung di akhirat . suami yang soleh dan isteri yang solehah , akan bercinta lagi di akhirat . jika cinta seseorang itu benar-2 kepada ALLAH , dia akan lebih kusyuk selalu dalam solatnya , dan semakin bertambah amal ibadatnya #

nice kan ayat-2 kat atas neh . penuh makna tersurat , tersirat , terselit , tersembunyi :) so , sama-2 kita hayati note dari seorang membe fesbuk tengku sendiri :) tengs to you .

p/s : have a nice day . wassalam :)
thankie for reading : Tengku Lea

0 comments:

Post a Comment

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |