CINTA ITU FITRAH : credit to iluvislam.com =='

Posted by AQMAL IYLIA
6/10/2011 : 9.40 A.M (khamis)

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia salam 1Blogger .

sejujurnya kat sini , tengku nak buat stetement dimana entry tengku kali neh memang agak panjang . so buat siapa-2 yang agak malas membaca , tak reti mengeja atau rabun , amatlah digalakkan untuk tidak membaca entry tengku yg sweet neh . cukup la kalau hampa baca sampai kat sini jea . tu pun dah termengah kan ? HAHA :) sangatlah lancang jari tengku menulis kan . tehee . kira nak tulis pasal cinta jea kan ? kemaruk ke apa tengku neh ? jangan nak kurang ajar sangatt . hukk ==' okay , back to the tajuk .

cinta adalah satu pengalaman yg cukup indah , dan kehilangan cinta adalah cukup pedih . kan ? bagi saya yg tak pernah bercinta tapi amat percaya pada cinta , sy tak boleh komen lebih-2 mengenai perasaan bercinta mahupun putus cinta . tetapi sy ada satu kisah benar yg berlaku kepada kawan baik saya ketika di Amerika . kisah ini membuktikan bahawa cinta terbaik hadir apabila kita berubah menjadi yang terbaik :) sweet kan ?

KISAH S :

pada tahun 1996 , semasa saya melangkah kaki ke Illinois State University , tiada orang Melayu Malaysia dan saya satu-2nya wanita bertudung . selepas seminggu berada di bumi Amerika , S adalah orang pertama yang menegur dan memberi salam . ketika itu saya mengakui betapa mudahnya perkataan "assalamualaikum" menjadi common language antara dua insan berlainan bangsa dan warganegara .

S adalah gadis Pakistan yang lahir dan dibesarkan di Amerika . bersama samanya ketika itu ialah M , teman lelaki yang berbangsa black american yg baru setahun memeluk islam . dipendekkan cerita , setelah beberapa kali berjumpa , kami sepakat apabila semester seterusnya , kami akan tinggal sebilik di asrama .

apabila kami menjadi roomate bersama dua gadis white america yg lain , saya mengenali S dengan lebih rapat . setiap malam sabtu dia akan keluar dengan kawan-2nya . dia cukup rajin belajar dan antara pelajar cemerlang dalam bidang biologi :) saya pernah ke rumah keluarganya , adik perempuannya bermekap tebal ala-2 gothic , dan abgnya akan menyebut f*** di setiap akhir ayatnya . rumahnya sederhana dan berasa tenang sepertimana rumah keluarga yang lain . sy perhati hampir setiap dinding rumahnya tertera "786" . apabila ditanya , katanya , "that is the number of times BISMILLAH is mentioned in Quran" . sy diam sahaja kerana kurang arif ==' hanya sekali sahaja saya tegur dengan nada serius "S, if i saw you sleeping one bed  with M again , i sleep outside"

saya akui , kelemahan iman menyukarkan saya menegur perkara-2 lain , tetapi percaya perubahan total perlu datang dari dalam diri . saya menerima S seadanya .

sutau hari S kata , dia cuba nak memakai tudung . dia mula pakai tudung putih ke kampus dengan baju lengan pendek . sebulan kemudian , dia mula memakai jubah hitam di atas baju lengan pendeknya . dia juga mula membaca tafsir al Quran .

suatu hari S beritahu saya ," Mimi , do you know , when ALLAH send message for the women to wear hijab , they immediately pull the curtains and cover themselves with it . only their eyes were shown"

beberapa minggu kemudian , S menutup mukanya dengan kain . hanya mata yg kelihatan . sy berkesempatan ke rumah si S lagi . rumahnya masih sama tapi isi rumahnya sudah lain . adik perempuannnya sudah berjubah dan menutup muka , tiada lagi "786" sebaliknya diganti dengan ayat AL-Quran . abangnya juga sudah tidak menyebut perkataan f*** . adik perempuan nya juga mengambil keputusan untuk berhenti sekolah menengah dan hanya home school . mereka sekeluarga juga mengambil kelas bahasa arab .

untuk pegetahuan semua , dari saat S memberitahu hendak memakai tudung sehingga saat dye menutup wajahnya (termasuk tangan) ia mengambil masa kurang satu tahun . what a nice kan ? ^-^

okay , sekarang cerita cinta ...

sepanjang perubahan itu , S masih dengan M ( yang berubah menjadi muslim yg lebih baik ) . mereka berdua sudah tidak berjumpa berdua duaan . kalau berjumpa mereka akan berbincang tentang hadis atau ayat Al-Quran . suatu hari sepupu S (juga suatu ketika pernah melalui kehidupan bebas) masuk  melamar . sepupunya adalah antara pendakwah muda di beberapa konvesyen muslim di Amerika .

di bahu ini , S meluahkan perasaannya ..

"how can i love another man as i love M ?"

saya tak boleh nak jawab . S keraskan hatinya yg pilu dan menerima lamran sepupunya . M juga terpaksa menerima dengan hati yg berat .

tiga bulan kemudian , S bercerita pengalaman keluarganya bercuti . malah dia juga memberitahu bagaimana sepupunya (si tunang) terpaksa mengangkat punyalah banyak beg dan dia berjalan di belakang hanyalah berkekeh ketawa dgn adiknya . saya juga turut gelak kecil . S bercerita dengan nada gembira dan seri di muka .

semenjak saya pulang ke Malaysia , saya sudah lost contact dengan S . namun sy bersyukur sepanjang dua tahun setengah bersama S , tuhan menunjukkan erti perubahan sebenar .

to readers silent : even though belum bertemu cinta , percayalah apabila kita berubah menjadi diri kita yang  terbaik , tuhan akan buka laluan untuk cinta yg terbaik jugak . tengku doakan semoga kita bertemu cinta yg dijanjikan ;)

p/s : saya di dalam cerita neh bukan lah tengku yea . tak mungkin tengku belajaq kat Amerika sinun . cerita neh hanya dikongsi semata mata :) buat yg berjaya baca sampai perenggan yg terakhir , tahniah weh , sesungguhnya anda adalah orang yg sgt rajin . tehee . okay la . wassalam :)

have a good thursday (^-^)
thankie for reading : Tengku Lea

2 comments:

smilenajah93 said...

amin amin ! cinta hakiki insyaAllah :)

AQMAL IYLIA said...

cik najah syg : insyaallah :) sama-2 la kita doakan :)

Post a Comment

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |