21/6/2012 : 10.00 PM (Khamis)
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger . Salam Khidmat Negara . Tak jawab salam dosa . Kalau jawab kau ohsemmm ^^ *ayat cik Mariaa*
Eh , memang sekarang musim durian eh ? Pegi sekolah bau durian . Balik sekolah pun bau durian . Nasib dalam sekolah tak bau durian . Kalau tak pakat pengsan saya rasanya . Saya teringin sangat nak makan durian tapi oleh kerana bau nya yang kurang menyenangkan itewww mebuatkan saya berpikir berkali kali untuk memakan raja segala buah itewww . Gedik sangat aih tambah *w* bebanyak . Seghupa budak budak bawah umur yang seringkali menaip atau mengupdate status *shayerrw shayunkkx awaqx gilewww* Boleh saya lempang mereka mereka neh ? Terasa seperti nak remove . Bukan setakat remove , nak block sekali . Haha . Tahu la kau bebudak pun , tak perlu la nak tulis sebegitu rupa . Geli sangat aih . Sumpah geli -_-
Okay sudah . Buang masa plak rasa cerita pasal geng bebudak tak reti mengeja tu . Lepasneh saya nak bukak sekolah yang pelajarnya terdiri oleh bebudak fesbuk yang suka tambah *w* banyak banyak dan menukarkan perkataan yang hanya ada tiga huruf kepada sembilan huruf :D Free of charge sekolah tu saya buka untuk anda ^^ Sudah cukup cukup sudah .
Okay , saya bukan totally nak cerita pasal bebudak dan juga durian . hehe . Tadi tu hanya mukadimah . Tudiaaa , mukadimah punya panjang kan ? Macam biasa harini , aktivit saya masih sama seperti lima tahun yang lepas . Masih ke sekolah awal awal pagi . takde la awal sangat . Keluar rumah pukul 7.25 dan sampai pukul 7.30 . Cepat kan ? Memang la cepat sebab sekolah belakang rumah jea . Sampai saja sekolah , masuk kelas dan belajaq seperti biasa . Sampai la waktu BM , Encik Safuan masuk kelas dan tanya kami tentang masalah yang sedang berlaku dikalangan Pelajar Pra U . Encik kata , beliau ada dengar beberapaa berita yang kurang enak dari pelbagai pihak . Dan beliau minta kami luahkan apa yang kami rasa sekarang neh .
perkara neh seringkali terjadi sejak dua tiga tahun neh . Memang hal remeh temeh yang sering dilakukan oleh pelajar Pra U akan menjadi buah mulut cikgu cikgu dan membuatkan masalah seremeh itu menjadi satu masalah atau kesalahan yang sungguh besar . Ponpangpongpang cerita sana sini . Subhanallah . Kesalahan kita depa nampak , kesalahan depa menjaja cerita , tak nampak kah ? kerana nila setitik rosak susu sebelanga . Nasib juga ada Cikgu cikgu yang memahami situasi kami . Nasihat depa *kita kena mengalah saja la , ikot apa yang depa nak . Kalau depa suh potong rambut , potong jea rambut . Potong sehari sehelai rambut . Lama lama pendek la rambut tu . Cikgu paham hampa sayang nak potong rambut tu * :DD Okay , sangat memahami disituu :D
Kami dah bertugas , dah hormat . Entah apa lagi tak kena kan ? Nasib saya takde di situasi dimana kawan kawan saya yang kena teguran tanpa usul periksa pagi tadi . Kalau ada dah lama saya bangkang . Takpun , saya akan buat muka toya . Kadang kadang saya neh boleh jugak buat benda yang tak dijangka bila sampai tahap saya hilang kesabaran . Bukan sebab saya tak hormat , tapi tak semestinya seseorang itu berpangkat tinggi , beliau boleh cakap serta bertindak sesuka hati . Hormat each other . Akibat terlalu marah dan ketidakpuasan hati , harini semua pelajar Pra U bersatu padu bertugas satu sekolah . Masing masing ada tempat yang harus dipantau . Dan saya tak tahu berapa orang murid yang saya telah jerkah gara gara tak dengar cakap . Kerana budak budak ketegaq neh jugak , kami kami yang tak tahu apa neh kena marah . Tak ke annoying tahap cipan disitu ? Ayat jerkah saya tadi berbunyi
*Apa yang tak dengaq cakap sangat ?! orang suruh keluaq kelas tu keluaq la . Satgi kena marah kaw kaw mula buat muka tak puas hati . Yang kena marah neh kami . Bukan hampa !*
Amboi , garang kan ? Haha . Saya marah sebab ada pelajar yang saya suruh keluar , depa keluar . Lepastu masuk balik . Saya pun patah balik , dan zapppppppppp , kena sound . Seksanya nak tunggu perubahan jadual lagi dua minggu . Laki perempuan sama saja . Nasib pelajar form5 boleh jugak ikot arahan . Senang jea nak jaga depa neh . Mungkin sebab masing masing dah besaq . Hat kecik kecik macam semut neh . Mak aiii , susah bebeno . Penyekk hidung , naya jea :DD The best moment bila pelajar Pra U *kamarul* jerkah bebudak lelaki tak dengar cakap tadi . Satu jea ayat yang keluaq dari mulut dye .
*Turunnnnnn !
Tempias lari bebudak tu . Lintang pukang . Berebut turun tangga . Siap ada yang jatuh lagi . Bayangkan beliau jerit di Blok B , suara beliau kedengaran sehingga Blok C . Btw , thankyou kamarul . Sumpah gamat sekolah tadi . Pelajar Pra U merata semata mata nak lakukan tugas . jerit sana sini . Ligan lagi . Apa depa ingat kami nak main aci ligan nyorok kot . Nak main habaqq . Nanti kita set tempat lepas habis sekolah .
p palang s : Tolong tamatkan semua neh secepat mungkin . Amin .
0 comments:
Post a Comment