Semua Neh Penting Weh by Dokter Cinta ^^

Posted by AQMAL IYLIA
12.00AM . 24/6/2012 (ahad)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger salam Khidmat Negara  .

Macam mana korang nak kekalkan kasih sayang , kesetiaan korang kepada pasangan korang . Yela , saya tahu . kadang kadang korang dah couple dengan pasangan korang setahun dua . Kadang kadang sampai boring . Sometimes asyik gaduh . Msg pun sampai tak tahu nak msg apa . Jumpa pun sampai tak larat nak jumpa . Kalau keluar date pun tak tahu nak keluar pergi mana . Kan ? So guys , itu memang masalah berat . Setengah tu ada yang sampai nak putuskan hubungan sebab dah boring sangat sangat dah .

Setengah tu plak boring tapi taknak putuskan hubungan . Tak kisah la boring ke apa ke . Janji masih ada hubungan . Tapi dalam satu perhubungan itu adalah sangat penting untuk korang mempunyai kesetiaan dan jujur antara satu sama lain . Meh sini saya cerita apa yang saya buat untuk kekal setia , tak curang , jujur and etc . Tapi sekarang saya tak couple . Saya single . Hehe .

First , seboring mana pun korang dengan pasangan korang , pastikan korang msg pasangan korang everyday  walaupun takde topik . Fokus on him/her . Jangan plak bila pasangan korang hantar msg , korang plak balas nak taknak jea . Itu boleh mengakibatkann pergaduhan . Ingat tau !

Second , jangan rajin sangat msg dengan terlalu ramai lelaki/perempuan dalam suatu masa walaupun orang yang kau msg tu hanya KAWAN . kalau kau lelaki , kau msg dengan perempuan la kan . Kalau kau perempuan , kau msg dengan laki  la kan . Kenapa saya kata jangan ? Sebab bila kita msg dengan orang lain , pasangan kita mungkin cemburu . Takpun bila kita rajin sangat msg dengan orang lain , karang terbit pulak rasa cinta , sayang rindu dengan kawan kau tu . Lepastu mula tawar hati dengan pasangan kau tu . Dan ini akan menyebabkan kau putus cinta dengan pasangan kau . nampak tak apa yang saya cuba sampaikan ? Hehe .

Next , korang tahu kan fesbuk or any laman sesawang yang lain boleh menyebabkan satu hubungan itu putus takpun gaduh kaw kaw . Maki tak hengatt . Post pun bukan bukan .Saya harap korang tahu itu . Bercinta di Myspace , putus di Facebook . Korang nak ke macam tu ? Simpang malaikat patplohpat :) My opinion la kan , fesbuk neh banyak juga keburukan dye . Keburukan melebihi kebaikan . Tapi  sekarang zaman teknologi . Kalau kau takde fesbuk tu kira ketinggalan zaman habis la kan . Kau bayangkan la mamat kat luar kalau ngorat awek awek , takdenya dye mintak number tepon dah . Ayat dorang *ada fesbuk tak ? Nama apa* . See , senang betul cara nak ngorat sekarang .

Nextttt , tetapkan hati dan set dalam kepala hotak kau yang kau dah ada pasangan kau . Kau tak boleh curang . Tak kisah la pasangan kau tak cantik ke tak handsome ke , yang penting dye terima kau seadanya . Kau ingat senang ke orang nak terima kau seadanya ? Manusia kan tak sempurna . Bila kau pikir semua tu , peratus untuk kau curang tu akan menurun .

Nexxtttt lagiii . Agak agak kau rasa macam nak putus dengan marka/balak kau ke , kau tatap gambo pasangan kau lama lama . Pastu kau pikio balik segala kenangan indah , pahit , masam , manis kau dengan dia selama neh . Takpun kau godek godek balik barang or anything yang penah pasangan kau bagi kat kau . Indah kan semua tu ? Penat lelah kau gaduh teruk dengan pasangan kau siap maki maki , wrestling segala bagai , menangis sebab dye . Takkan senang senang jea kau nak tinggal dye . Semua tu pengorbanan tau . Kita hanya akan berkorban untuk orang yang kita sayang . Pernah ka kau berkorban untuk orang yang kau benci ? tak kan ?

Seterusnyaa ! tak larat nak next dah . Haha . Kalau kau dah betul betul boring tahap cipan sangat dah dengan pasangan kau tu , kau wujudkan suasana yang boleh menggembirakan kau berdua . Contoh kalau keluar date , sembang benda best best jea . Jangan la plak kau keluar topik *abang , abang msg ngan joyah anak mak chaq kampung sebelah kan semalam ? Ayang tau laa . tayah nak tipu . mencikk tau . Mencik kay mencik* Kalau kau dapat jea topik or statement mcm tu , saya rasa kau patut lempangg jea . Haha . Tapi kalau betul la statement tu , sila kau lempang diri sendiri sebab buat keje kantoii . Huh ;p

Kalau msg plak , jangan hanya msg *hye buat apa ? dah makan belum ? dah cuci kereta ka ? dah basut kasut sekolah ?* Siyes tak suka soalan formal macam tu . Please kay elakkan soalan soalan macam tu . Please please please . Err , saya nak tolong korang , tapi saya pulak yang mintak tolong . Hm ^^

And last , bercinta hanya dengan seorang sahaja . Bukan berdua atau bertiga . Kalau hat laki jangan bercinta sampai berempat . Sumpah saya kata , awak awak tak mampu nak bercinta sampai berempat . Ada sorang pun dah gugur rambut . Bersyukur dan jangan tamak . Setia pada yang satu . Kalau dari sekarang kau tak belajar setia , tak mustahil dah kawen nanti pun kau susah untuk setia . TAKE A NOTE ! Thankyou .

p palang s : terima kasih sebab sudi luangkan masa dengan membaca entry daripada dokter cintaa . Haha . Yea , saya memang dikenali sebagai dokter cinta . Original entry dari saya buat anda . Assalamualaikum ^^ Impian saya masih ingin menjadi cikgu dan bukan dokter cinta :D
thankie for reading : Tengku Lea

0 comments:

Post a Comment

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |