Form 6 , Matrik , Politeknik , Kolej Komuniti Dan Universiti ?

Posted by AQMAL IYLIA
10/6/2012 : 12.30 PM (Ahad)

Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh . Salam 1Malaysia salam 1Blogger dan salam Khidmat Negara


Okay . Saya jamin banyak student lepasan SPM 2011 tengah serabut pikir dimana tempat depa untuk melanjutkan pelajaran . Buat yang dah selamat di Universiti , matrik and so whatever . Tahniah . keep it up and Goodluck ^^ Buat yang nak berpatah balik , make sure keputusan awak tu betul . Buat yang baru nak pegi pulak , chaiyok chaiyok ! :)

Apa jua sekalipun yang awak pilih untuk masa depan awak terletak kat tangan awak sendiri . Kemana pun tempat awak sambung belajar is not a big deal langsung la saya rasa . Yang penting niat jea la kena betul . IPTA or IPTS , terpulang la kan . Kemampuan masing masing . Meh kita borak borak sikit pasal pusat pengajian neh . Walaupun saya tak berapa nak pandai mana dan pengetahuan pun tak seluas laut , tapi takat mana saya boleh kongsi , saya kongsikan la dengan readers kesayangan saya kan ? Alahai , baik nya saya :DD

Meh kita cakap pasal form6 dulu atau dikenali jugak as Pra Universiti . Jyeah ! Form6 kadang kadang orang kata susah . Masih perlu pakai baju sekolah lagi . Bangun pagi pagi . Setiap isnin perlu hadir perhimpunan segala bagai . Masih menghadap para guru yang entah entah dah boring menghadap anak murid yang sama . Hehe . Maybe ^^ Cuti hanya Jumaat Sabtu bagi belah Utara . Belah lain taktau nak kata . Banyak yang saya dapat feed back pasal form6 selalunya dikatakan susah . Tapi sebenarnya banyak kelebihan form6 jugak . Nama pun belajar mesti la susah kan . Nak mati pun susah . Kalau nak belajar pun mesti la susah jugak ^^ Dari kesusahan tu la akan menjadi kejayaan di masa akan datang . Actually guys , banyak kelebihan form6 yang kita tak nampak dan kita tak tahu . Tingkatan enam neh pun tak terlalu kecoh sana sini macam U or Poli .

Walaupun boring sebab masih perlu pakai baju sekolah , kau kasi la cadangan dekat pihak sekolah untuk pakai baju biasa macam pusat pengajian IPTA or IPTS yang lain . Senang kan ? Tingkatan enam neh jugak tak lama . Hanya memerlukan masa selama satu tahun enam bulan sahaja . For sure korang need to work hard la . Budak asasi pun belaja satu tahun tapi tu di Universiti la kan :) Kos pun takde la mahal mana sangat . Kau hanya perlu bayar untuk Muet sebanyak RM 101 dan anything yang perlu . Bajet pun takde la mahal sangat . Tak gaduh pun nak beli baju banyak and so whatever sebab pakai baju yang sama almost everyday . Peluang awak awak ke Ijazah jugak , awak hanya perlu lulus 2.8 or 3 . For muet plak , paling paling booshokkkk pun Band two lu kena dapat . Semua ada Band One the lowest one and Band six the highest one . Other than that , korang punya sijil STPM setaraf dengan diploma ^^

Okay , Matrik pulak . Feedback pasal matrik pun sama macam tingkatan enam jugak yang saya dapat . Susah . Jawapan tu jea yang terjah dalam lubang telinga saya neh haa . Susah , susah dan susah . Apa yang senang dalam dunia neh ? Okay . Matrik hanya memerlukan satu tahun pengajian . Lebih cepat dari Pra Universiti dan setaraf dengan Asasi :) Minta maaf , pasal matrik neh saya tak berapa tahu sangat . Politeknik pula , apa yang saya tahu , diploma pun ambil masa dalam dua tahun atau tiga tahun la :) Tapi nasihat saya , kalau anda dapat tawaran poli yang betul betul menjadi minat awak dan kena dengan diri awak dan kos pun tepat dengan awak , saya sarankan anda pergi sebab itu adalah apa yang awak nak kan . Nak belajar neh tak boleh memilih sangat . Tapi bagi saya , saya sangat memilih . Fokus saya nak jadi cikgu sahaja . Kalau bagi hat lain selain dari cikgu atau tidak berkaitan dengan pendidikan , memang muka saya akan menjadi kembang dan mulut muncung sedepa ^^

Kolej komuniti neh apa yang saya dapat info , masa pengajian lebih lama . Sebab apa yang depa bagitahu saya , bila anda masuk kolej , anda akan dapat sijil dahulu . lepastu baru dapat diploma . Kalau salah info yang saya dapat tu , sila beritahu yea . Kadang-2 manusia neh memandai mandai jugak . Macam saya :) Dalam banyak banyak , saya rasa Universiti la moment paling best dan heaven . Dari situ la kita akan rasa amarekaaa nya hidup . Dapat berdikari , dapat merasa suasana kampus , dapat merasa bilik kuliah dapat tingkatkan iman kerana iman kita akan sering diuji . Dan terasa diri begitu berjaya . Tak sabar rasa nak masuk Universiti . Pasal Universiti , tak perlu kot saya cerita sebab saya rasa semua dah tahu banyakkkkkkk sangat pasal Universiti terutama pasal kos , pinjaman PTPTN , berapa tahun belaja . Berapa tahun korang kena belaja tu jugak actually bergantung kepada kos yang korang ambik tau . Tak semua sama .

Last but not least , jangan buat keputusan menyambung pengajian kerana nak pergi jauh dari keluarga , nak rasa hidup BUJANG , padahal kos yang kau dapat belum tentu kau boleh bawak . Ingat , apa yang kau ambik , itulah cita cita kau . Dan saya harap , impian saya nak sambung belaja pada tahun 2014 , termakbul . Kalau tak dapat jadi cikguu , jadi pensyarah pun okay . Hehe . Buat kawan baik saya yang MUNGKIN akan belaja di Mesir , i wish you luck yea . Apa yang you buat , I akan sokong ^^ Buat orang penting kedua : Nanti kita sambung degree sama-2 yea . Hehe . You jaga i , i jaga you . Haha . Okay , saya gedik :DD

p/s : Selamat berjaya dan menempuh hidup hampa sebaik baiknya . Amin . Bye ^^
thankie for reading : Tengku Lea

1 comments:

Unknown said...

Wasalam, Malaysia Bolehhh!!!

Post a Comment

 

Aqmal Iylia Abd Wahab Template by Ipietoon |